Thursday 30 June 2011

perempuan gedik.make up tebal..euuuwwwwww~~


Assalamualaikum

Girls adalah satu creature yang paling pelik di dunia. Combinasi sel-sel di dalam diri mereka termasuk kandungan hormon mereka yang selalu tak tentu arah amat menakutkan para lelaki. Serious shhhht menakutkan. Setiap bulan, bila bulan mengambang, mereka seolah-olah di kurniakan 'Immunity' untuk memarah sesiapa sahaja.

Tapi bukan itu yang aku nak cakapkan dalam entri ni. Aku nak cakap pasal sesuatu yang lagi besar. Well, you know what, masa aku pergi tengok wayang sambil main bowling semalam, aku terjumpa seorang awek comel. Perh, gila ah comel awek ni. Pakai kemeja ketat-ketat. Pipi gebu dan mulut kecil.  Member aku kat sebelah tak berhenti pandang awek tu. Tapi memandangkan mmbe aq ni terdiri dari kaum lelaki yang baik, tak gatal dan setia. Maka, diorg tak approach lah diorang. Tapi almost the whole way tu, memang kitaorang asyik bercakap pasal awek tu je lah. Tapi actually, awek tu tak ada lah comel sangat. Tapi dah tu je stock yang ada pada masa tu. So, layan je lah.

And the, selepas tu, aku terjumpa pula dengan awek yang... Ewwwww, make up tebal nak mampus. Baju pula umpama baju prostitute, rambut berkarat tak cukup zat dan perangai pulak gedik macam retarded.  And, korang tau tak apa yang lelaki akan nampak kat perempuan macam tu? Yes, lelaki akan nampak macam INI.


Or INI:

Dan, dalam banyak-banyak part yang si perempuan suka make up, aku paling tak suka bab mata. Bukan sahaja bab letak benda-benda pelik di mata, tapi bab cukur kening. Ya, bagi aku, kening yang paling huduh adalah bila ianya di cukur.


Come on lah girl. Banyak lagi bulu lain yang korang boleh cukur selain dari your bulu kening.

And then then then, the hair. Yes, your hairy hair. Why the hell it must be karat? Seriously bila rambut korang berkarat, adakah korang feeling like "Rambut saya warna perang. Saya hot."? And then korang rasa ramai lelaki akan tertarik dengan rambut karat korang? Oh pehlis. There is nothing special dengan rambut berkarat. Aku tahu sebab errr.... aku pernah try masa sem satu dulu. Ehem. Ehem(dusta semata2). Dan seriously bila aku karatkan rambut aku,(tipu) tak ada satu pun lelaki terpikat kat aku and now you girls rasa bila korang karatkan rambut korang, lelaki akan terpikat? Again, pehlish.

Well. Seriously, bila korang karatkan rambut dan letak tepung yang di campur dengan bahan pewarna di muka korang, korang rasa ianya akan membuatkan muka korang jadi lawa? Lawa, ayu dan anggun macam my Fasha Sandha?

Peh-lishh.




Wednesday 29 June 2011

lagu2 terpilih

 
*ku duduk sendirian di kamar ku
menangis kesepian kernamu,
Kau tinggalkan aku
Kau cari yang lain
Tergamakmu merobek hatiku
ulang *
Tapi setelah kau pergi aku
Mendapat lebih baik darimu
Dia hargai aku
Dia sayangi aku
Lebih dari padamu
Aku ingin kau tahu
Betapa ku gembira
Tidak lagi bersamamu
Namun pastinya
Nanti kau akan sedari
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku
Yang kau perlu cintaku

Wednesday 22 June 2011

first time in Love

Bila dah bercinta mesti tak boleh berenggang dengan handphone je kan? Sehari boleh habis kredit 10 hinggit. Sehari phone kena cas sampai dua tiga empat kali sebab lama sangat bergayut dengan kekasih hati. Ye. patik paham keadaan itu dan pernah alami suatu ketika dahulu.

Itulah masalahnya. Bila dah selalu text and call. Last-last bila weekend you like tak tahu nak cakap apa dengan si dia bila dating secara face to face - skype webcam video call or whatsoever. Terus jadi kelu lidah.

Bila dah biasa sangat texting dengan bf gf, bila si dia tak balas your text rasa macam tak keruan kan? Sampai ada yang sanggup mengamuk kat Facebook sana bila si dia tak reply text dia langsung. Hey! Rilek lah. Benda peribadi tu tak payah lah kot story kat sana. Setel luar sudah :D. Bukan apa. Takut ada yang jadi batu api ke tahi api ke - eh? nak rosakkan hubungan you all.

Bila baby you tu tak angkat langsung phone call you. Terus you hantar text bertalu talu tanya kenapa tak angkat call. Sekali si dia tengok OMFG, ada 100 missed call dari kau. Pitam terus nak pujuk hati kau yang dah merajuk sana sebab tak jawab your call. Kenapa nak gelojoh sangat? Maybe dia sibuk sangat sampai tak dapat angkat your call :D. Tapi biasalah bila dah bercinta ni. Benda yang sepatutnya +ve kau boleh fikir jadi -ve. Benda common sense kau boleh jadikan complicated. Orang kata minda tak sama dengan apa yang hati kau nak. Angau katanya.

Sini ada tipsnya!

Stalk Facebook beliau.
Kalau dia offline kan chat fb konon-konon dia tak online, kau tengok recent activities dia hoi.
Sekarang kan fb dah lain. Kau boleh baca sikit apa dia tulis kat wall orang dengan komen status orang. Kalau kau tengah-tengah refresh ada recent activities yang baru. Sah-sah dia tengah online tak nak text kau or jawab call kau. Time ni jangan serang dulu. Kau perhatikan jah gerak geri dia kat Facebook sana. Hoi! Jangan main mengamuk no. Pandai-pandai lah tanya soalan perangkap contohnya dia online ke tak hari ni.

Yang janji jangan pasang spy. Spy sendiri boleh? - haha. Nanti kantoi dia akan rasa kau tak percaya dengan dia langsung. Kan tak pasal-pasal boleh putus sebab hal macam ni jah.

Sebenarnya antara pukul 10PM - 12AM merupakan waktu yang sangat sesuai untuk call si dia. Sebab waktu tu si dia tengah berbaring seksi di atas sofa sambil melayan cerekarama! haha! Itu dari persepsi aku lah. Kau nak texting bila-bila masa boleh kan? Tapi kalau si dia kata dia busy. Sila faham sikit keadaan dia yang mungkin dia lambat atau langsung tak akan reply your text.

Semua tips ni dari pengalaman cinta monyet aku waktu zaman sekolah. Lain orang lain caranya.

surat wat isteriku tercayang (mood : bengong)

Menemui isteriku yang dicintai separuh hati. Lagi separuh untuk bakal madu awak. Kehkeh. Tujuan abang menulis surat ini adalah untuk memberitahu sesuatu yang abang tak penah gtau ayang. Abang rasa abang tak boleh mati dengan tenang selagi abang tak buat pengakuan ni kat ayang. Walaupon agak berani mati, takpelah. Abang redha juga pasrah.

Sayangku,

Sbnanye, sebelum kita kawen, abang mempunyai sejarah yang sangat hitam. Kurang sket je hitam daripada kulit ayang tu. Tapi, abang tak penah pon gtau kat sesape pasal sejarah abang ni, terutama sekali mak ngan abah. Kat ayang lagilah! Memang tempah maut kalau abang gtau. 

Tapi, itulah... Sejarah hitam ni orang kate nak cerita pon serba salah jadinya abang ni. Tapi takpelah. Abang rase abang kena gtau jugak kat ayang. Ayang pon bukan boleh sembur abang depan-depan kan, sebab ayang hanya mampu baca surat ni. Kalau ada pon rasa nak mencarot, ptuih jela di surat ni yang ayang mampu lakukan.

Adakah ayang sudah bersedia? Here we go... Cewah. Terspeaking london pula abang. Hekhek.

Sebelum abang jumpa ayang, abang sbnanye pengekah nafsu seranah. Ya, yang macam dalam lagu 'Kalau Berpacaran' tu. Yang part setan tu kan? Haa. Macam tulah abang. Abang tak join kaki-kaki rempit ni. Yang abang join, minum kat bar-bar, pub-pub, pastu dah mabuk-mabuk, abang sebarkan berjuta-juta bakal perosak dan pemusnah bangsa. Boleh kata, hampir setiap malam aktiviti abang ni. Nape perosak dan pemusnah bangsa? Sebab abang pon cilakak macam haram jadah, takkan nak ada baka elok pulak, ye dak? Memang itu aktiviti abang tanpa bosan, tanpa jemu. Masa tu, tempat-tempat pelacuran semua dah jadi syurga dunia untuk abang.

Tapi, lepas je abang jumpa ayang, pandangan abang berubah. Abang dah mula rasa apa yang abang buat selama ni tak best. Abang tetiba je pandai pulak nak fikir pasal dosa pahala. Padahal selama ni mane penah abang ingat Tuhan. Sebut nama Allah, jauh sekali. Last abang solat pon masa 6 tahun. Sebab abang masuk tadika yang wajib solat. Itu jela pon yang abang ingat. Haaaa. Nampak tak, jahil tak jahil abang dulu. Bukan salah mak ngan abah pon sebab dorang tak penah tahu apa yang abang buat. Bukan dorang tak penah amek tahu, tapi abang yang terer sangat sorokkan daripada pengetahuan dorang. Hahahaha. Eh sempat lagi abang nak bergelak evil kat sini. Sorry...

Dipendekkan citer, masa abang jumpa ayang pes taim tu, abang terus terjelepuk jatuh tangga. Serius tak tipu. Sebab abang tengah naik tangga masa abang nampak ayang jalan dengan kawan-kawan ayang. Gila berdegup kencang jantung abang masa tu. Walaupon dah dekat beratus betina yang abang penah sedekahkan pejuang-pejuang tegar, tapi dengan ayang lain. Abang rase errrr macam nak tua bersama ayang. Pehh. Boleh tahan romantik jugak abang ni. Ingatkan romen je tahu. Huuuu.

Tak lama lepas abang nampak ayang, abang dah decide to take you as my wife. Alhamdulillah. Memang dah kita dijodohkan agaknye, berbekalkan rupa paras abang yang hensem sket daripada Aaron Kwok, kita menikah. Tapi, memang panas tak sampai ke petang, hujan di tengah hari. Izinkan abang berperibahasa di sini. Nak gak tunjuk skill. Hehe. Abang buat ujian saringan dan didapati abang menghidap penyakit Aids. Gila gelap dunia masa tu abang cakap ayang! Tapi, abang taknak gtau kat sesape pon. Abang hanya pasrah dan menunggu masa kematian abang tiba.

Sebab takde sape yang abang gtau, takde sape pon la yang tahu kan. Jangan nak lampi sangat yang oi. Jadi, abang pon tuleslah surat untuk ayang. Nak tules surat wasiatkan harta berjuta-juta, abang pon hidup dengan duit ayang selama ni. So, ini jela yang mampu abang bagi kat ayang. Oh selain pejuang-pejuang tegar tu la. Itu boleh berjuta-juta. Hikhik.

Surat ni pon ayang dapat lepas abang telah pon selamat dikebumikan. Dah lah ayang tengah sedih abang pergi buat selamanya, mesti lagi sedih kan bila dapat tahu yang ayang pon akan menyusuli abang. Eh apa nak sedih pulak. Ayang patut gembira sebab takdelah abang keseorangan nanti. Hoorayyyy! So, ayang bolehlah buat persiapan untuk teman abang kat sini. Beli kain kapan sepapan ke, tempah kepok dan nisan ke, buatlah pape yang patot k. Dah. Dah. Jangan nak sedih-sedih sangat.

Ohh! Pasal anak kita yang dalam kandungan ayang tu! Dah dekat lahir dah pon kan? Macam tak sempat je nak gugurkan, so ayang lahirkanlah dia dengan selamat k. Errrr... Abang nak pesan apa ek? Hurm... Haaaa! Jangan ikot jejak langkah papa ye sayang. Kalau nak ikot gak, make sure pakai kondom supaya orang lain tak terjangkit sama. Be a nice and wise player, baby...

Ok lah sayang. Sampai di sini sajelah warkah abang untuk ayang ni. Inilah warkah yang pertama dan terakhir. Memang ini yang terakhir pon. Mane dan nak tules kat kubur ni kalau dah asek kena bantai dengan Mungkar Nangkir je keje. Akhir kalam, kesian sayang kannnn.... Maafkan abang...


p/s: Jangan gtau mak ngan abah. Biar dorang teruskan dengan fikiran dorang yang abang mati eksiden. Abang taknak dorang sedih. Sayang sedih takpe. Dah terjangkit dah pon. Huhu.



Yang menyayangimu,
Suamimu yang hensem tapi celaka.

Bila bF tinggi ILMU IT nya ~~

Kesahnya begini. Dua sepasang kekasih. Bercinta Ms S dan Encik A. Encik A yang baik hati dan bajet hebat hacking pon menanam script/virus kedalam komputer gefren tersayang atas tujuan menyekodeng aktiviti sosial gefren beliau. Malangnya hasil penyekodengan beliau melalui penanaman script/virus itu meng"faktab"kan diri beliau sendiri. TAPI, yang anehnya gefren beliau tak nak kalah lagi. Menuduh Encik A melanggar paras privasi beliau lalu diburuk-burukkan Encik A kepada semua masyarakat planet bumi. Haih. Mana pointnya sekarang? Salah siapa sebenarnya? Si boifren yang ganggu privasi gefren kecintaan beliau? atau salah gefren beliau yang memoyamoya? atau kedua-duanya sekali? Ah! aku sendiri tak dapat fikir! faktab!


mulianya wanita :)


Allah swt tidak menjadikan nabi di kalangan wanita. Tetapi Allah swt memuliakan wanita di dalam Al-Quran dengan menamakan surah -An nisa'-.
Manusia yang pertama beriman kepada Allah swt selepas Rasulullah saw ialah wanita -Khadijah r.anha-.
Manusia pertama yang syahid kerana agama Allah juga adalah wanita - Sumayyah r.anha -.
Dan Allah juga mengangkat perbuatan Siti Hajar r.anhayang juga seorang wanita yang berlari-lari antara Safa dan Marwah di dalam rukun haji, iaitu saie.

Wanita adalah yang paling mudah memasuki syurga tetapi wanita jugalah yang paling ramai menjadi penghuni neraka. Sabda Nabi yang mafhumnya; "Wanita yang solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan mentaati suaminya, maka masuklah dia ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya".
 Masya Allah, senang bunyinya. Tapi hakikatnya tidaklah semudah itu. Jika kita lihat bagaimana pengorbanan Siti Khadijah r.anha, tentunya kita takkan dapat tiru apa yang beliau telah lakukan. Sebelum memeluk Islam dan menjadi isteri Rasulullah saw, beliau ialah seorang hartawan, peniaga yang mashyur dan terkenal. Tetapi sebaik sahaja beliau beriman kepada Allah, seluruh hartanya diinfaqkan(dibelanjakan) ke jalan Allah swt. Sehinggakan di akhir hayatnya, ketika di pangkuan Rasulullah saw, katanya "Ya Rasulullah, jika tulang belulangku ini dapat dijadikan jambatan untuk keluar ke jalan Allah, maka ambillah. Aku redha ya Rasulullah".
 Begitu juga kisah Sumayyah r.anha yang semua ahli keluarganya habis di bunuh oleh pembesar kafir Quraisy. Iman di dadanya sedikitpun tidak goyah hatta nyawanya menjadi korban kerana dia yakin, syurga Allah telah menantinya.
Kesabaran dan ketaatan Siti Hajar r.anha kepada suaminya dan iman yang kental terhadap Tuhannya, membuatkan beliau tidak sedikit pun gentar ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir yang panas, yang tiada asbab untuk hidup bersama bayinya Nabi Ismail a.s yang masih merah. Tetapi Allah Maha Besar, setiap hamba yang taat kepadaNya akan dibalas dengan kebaikan. Dari hentakan kaki nabi Ismail a.s, maka terpancutlah air zam-zam yang Allah janji tidak akan kering sehingga hari Kiamat.
Allahu Akbar!. Betapa besarnya pengorbanan para sahabiah r.anha ketika itu. Sanggup kehilangan harta, suami, anak-anak demi agama Allah swt. Kerana mereka yakin dengan janji Allah swt, Allah telah beli diri, harta dan masa orang mukmin dengan syurga Allah swt. Apa lagi yang kita harapkan jika Allah swt sendiri dah tawarkan syurgaNya untuk kita? But for sure, ada harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ganjaran itu. Dan dunia ini adalah tempat untuk kita membuktikannya. Sabda Rasulullah saw yang mafhumnya, "Dunia itu adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir".

Friday 10 June 2011

pergi xkembali

kau suruh aku pergi..

dan aku benar-benar pergi..

selamat tinggal, jaga diri..

ihsan google [link]

kadang-kadang patik tak faham dengan manusia yang bernama lelaki. lelaki selalu tuding jari kepada perempuan, sebab perempuan sering meletakkan emosi di hadapan apabila berhadapan dengan kemelut masalah yang menjerut-jerut. tapi sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kalau dalam hati kita tidak semaikan benih sabar, macam itu lah jadinya.

sekejap..

isu ini meluas. tidak semestinya terhad kepada hubungan kekasih-kekasih, malah boleh juga terpakai dalam hubungan kawan-kawan.

yang terjadi, bila salah faham timbul, salah satu pihak mahu pergi. salah satu pihak menjauh. salah satu pihak berdiam. salah satu pihak akan suruh pihak yang lagi satu itu pergi dari hidupnya. tinggalkan dia. pehhhh !! emosi tak agak-agak.

macam budak-budak baru mumayiz tahu?

bila seorang naik minyak, seorang lagi pulak membara-bara macam api
sikit pun tak mahu semai sifat sabar dalam diri
apa salahnya sekali sekala cuba jadi air
tidak akan terkalahkan ego seorang manusia kalau berlembut seperti air
air itu sebenarnya lebih power daripada api kau tahu?

patik ada menonton satu drama di TV1 tempohari
pasangan yang saling mencintai, bercerai macam tu saja hanya kerana sifat baran dan sifar sabar
talak tiga pulak tu
lepas tu aku malas nak cerita panjang.. cuma isu yang mahu aku highlight terang-terang di sini, lelaki pun boleh jadi super emosi bila hati mereka kosong, sifar sabar.

jadi..
tolong semai sikit sifat sabar dalam hati..
jangan bercakap ikut sedap mulut sendiri..
sebab bila minyak bertemu api..
terbakar hangus, tak ada gunanya lagi..
kau tabur saja abu dalam sungai nanti..



p/s: sedalam-dalam lautan, dalam lagi hati seorang perempuan. kau suruh pergi? dia pergi tak balik-balik lagi.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template