Sunday 30 December 2012

Awesome messnite

assalammualaikum . .

last night aku pergi makan malam dekat park avenue. mula-mula macam segan la pegi, tapi demi nak tolong orang yang dalam kesusahan, so aku pegi jugak la. For your information, aku p dengan ikhlas. P makan je pon.

but i got the view bila time aku pulak yang messnite nanti. so take a look !
i just snap yang mana boleh je :)

view kat dalam dewan makan.

band yang memeriahkan majlis :)
this is spoon sup. mushroom sup aq lupa nak snap.sebab kusyuk makan :0

menu for that night. the dish is delicious~
main dish. jemput makan semua :)
naseb baik xterbang ayam ni.kalau x, hidup lagi. hahahaha
view time depa serve.aq risau depa xmakan lagi.( tiba2 )
this is my partner. hepy sungguh dia malam tu :)
Wulan : keep up the good worrrrkkkk!!
tiramisu. nyum3.
this is great!

lepas makan ada la nyanyi2. .performance dari penari kebudayaan kedah n a band called second generation.. yang paling best, this person can do rap! umo bukan penghalang. hahahaaha
da menari bangra, siap guling kat lantai lagi. memang bollywood sungguh.
from panglima, dy nyanyi lagu rock siot. memamg sporting habes malam tu. dengan menari poco-poco.
aku xpandai menari-nari ni. just tolong rakam and snap pic je.

last from me :)
hehehe.

Sunday 9 December 2012

cabaran

assalammualaikum..
 sorry xupdate lama entry.just cannot get the idea atau mungkin aku sudah malas. sorry again sebab blog aq yang bersawang dengan bapak spidey.mungkin hampa tertanya-tanya ataupon buat xtau pa aku nak wat entry kali ni.

Aq try la wat even dah lama.sorry again kalau makna entry aq terlalu mendalam untuk difahami. entry aq memamng menguji kepintaran hampa untuk paham.hanya orang yg tau meaning of her/his life will understand this. 

 Lets start!

Dalam hidup sentiasa ada cabaran
Ada time kita hadapi ujian
Untuk menguji pertahanan
Bukan setakat fizikal,tetapi juga iman.

Kita
Maybe masih lagi manusia biasa bukan superheroes
didalam hati kita elok,tapi boleh terluka
kita ceria, tapi boleh berduka
yang dalam senang,boleh jugak merana.


satu cabaran datang.
kita hadap dengan tenang

dua halang
kita senyum dan kekal tenang.

Tapi sampai bila kita nak terus bertahan?
Adakah cabaran akan terus mendatang?
sampai hati kita tenang.

Sudah tiba masanya untuk kita cari ketenangan
Teruskan kerja dalam senyuman.
Demi mencari sebuah kebahagiaan
Walau apa jua rintangan.

Saturday 20 October 2012

Three words

assalammualaikum.



susah buat aku untuk melafazkannya. Bagi aku, ia adalah kata hanya untuk insan teristimewa dalam hidup aku. Dan aku masih belum menemuinya.
Mungkin dia juga sedang mencari aku. Aku harap aku dapat mengenalimu pada pandangan pertama, dan begitu juga kamu. 


| n u n a | -- Aku harap kau mengenali ku di saat kau pandang aku buat pertama kalinya, dan kau yakin aku hanya diciptakan untukmu.

Wednesday 10 October 2012

Mistakes


[#Now Playing : Kelly Clarkson - Dark Side]

hari ni aku nak speaking london cikit.lama xspeaking.sebab xdak orang nak speaking dengan aku.Since, aku dah bejauhan dengan mama, lama xpractice speaking. hoho. .


Everyone makes mistakes. Some people repeat the mistakes. You and me, we make mistakes. Mistakes mature us, when we learn not to repeat.

At this very moment, you may be the dumped, or the one who dumped. Or even both. Either which, it could be one of the biggest mistakes of your life, to have had a fated relationship. The dumped is usually not very keen to forgive, forget and move on. They just can't. Forgiving is harder than the rocks fromMars.

Yes, your past may be bitter. But the present you're living should be sweet and better. To successfully move on is to forgive (even unwillingly). It helps to cure the bitterness in your heart. You and me, neither of us is as perfect as any of Allah's Messengers. You may find it's hard at times to forgive, forget, and move on. Well, that just shows you're human anyway. Human with bitterly-torn heart.

Give yourself some time, but you can't have all the time in the world. Afterall, it's not worth to hold grudges and carry it to the afterlife. You can just forgive all the wrongs, the painful wrongs and it's all settled here. The art of forgiving is, never hold grudges.

Remember, anytime is the best time to forgive.

Tuesday 2 October 2012

Forgive Him

assalammualaikum. .

Hai Kak Mira, Its me!!

 entry ni aku buat semata-mata sebab rumet aku yang asyik dalam dilemma. terbit inspirasi ni pada pukul 4.50 am. Thanks Kak Mira ceta hang telah dapat memenuhi entry aku. So dis is my advised to you, Baca jangan tak baca ye.

Awak,
Sejak kebelakangan ni dia kureng jiwa,
kurang stabil dengan urusan kerja,
Paling annoying, dia mudah terasa.

Awak,
Sikap degilnya makin terbawa,
Sifat berdikarinya tidak dapat dikikis dari jadi pelindung utama,
sikap lantang bersuara,
sikap sembunyikan kesakitan yang dirasa.

Awak,
Maafkan dia,
Bukan dia mahu berahsia,
Tapi awak juga dia mahu jaga.
Dia enggan awak terluka,
Dengan dia yang cepat terasa.
Hatta dengan benda berkaitan kerjaya.
Dia rasa diri dia cukup celaka.

Awak,
Jangan risau satu perkara,
Kebendaan atas dunia bukan perkara utama,
Walaupun awak mungkin risau dengan sikap berdikari dia,
Tapi yakinlah bahawa dia hanya sayang awak sahaja,
Lebih tepat, hanya awak yang dia cinta.
Ya, awak yan mungkin membaca. hehehehehe :))

sory aku cilok. Moga bahagia,
Jangan dok gaduh sakan no!

|nuna| --> kadangkala kita terlampau mementingkan diri sendiri bila enggan mahu pasangan kita terluka dengan sikap kita yang cepat terasa bila keruh, mendung jiwa tidak dapat diluahkan segala.


Monday 17 September 2012

Andai Masanya Belum Tiba

assalammualaikum.update a new entry for today.Enjoy it !

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri. 

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Saturday 8 September 2012

Single

Assalammualaikum,

selepas sekian lama,hari ini terasa nak update.mungkin entry ni agak bermadah, tapi layan je la. .hehehe :)

Kau sayang dia
Dia mungkin sayang kau
Kau cinta dia
Dia mungkin cinta kau

selama ini kau sahaja yang yakinkan diri bahawa dia segalanya buat kau, tetapi dia mungkin tidak mempunyai perasaan yang serupa. Kau tanam perasaan dengan harapan dia akan buat perkara yang sama pada kau. Tetapi harapan kau hanya kekal sebagai harapan. Kau pernah bagi tahu dia apa yang kau suka dan tidak suka,tetapi malangnya dia tetap buat ikut suka hati dia.

Kau malas nak ulang banyak kali,
Kau tak nak dia anggap kau pentingkan diri sendiri
Tapi kau sudah penat tanam perasaan makan hati
Kau susun semula perjalanan hidup apa yang kau mahu dalam menuju mati
Dan kau tak nampak keperluan dia di sisi

kau berhasrat mahu berhenti
BERPISAHLAH kau kini
Dengan dia yang tak mahu mengerti


Dan malangnya dia masih tidak mengerti
Mengapa kau melangkah pergi.

| n u n a | - kadangkala kita perlu jadi hero untuk diri sendiri, kerana orang yang kita tidak boleh hidup tanpa mereka, mereka boleh hidup tanpa kita.Lebih baik kita hargai kebolehan diri sendiri tanpa bersandarkan orang lain. ( 8 September 2012)

Friday 17 August 2012

menabung~

assalammualaikum . .

terasa nk menaip malam ni, so terjadi lah entry yg tah apa2 ni. xdak content yang benefit langsung untuk disampaikan kepada readers. hahahaha. entry kali hanya sekadar suka-suka.

setiap hari aku menabung, walaupun hanya syiling sekupang, aku masukkan juga dalam tabungan aku.
aku memenuhi segala keperluan ku pada setiap hari, dan menghiraukan keinginan aku demi mencapai impian ku.walaupon, impian hanyalah duniawi semata-mata tapi aku mahu membelinya dengan hasil keringat aku.

Canon EOS 1100D
bila lah agaknya impian aku tercapai???ya allah permudahkan urusan hamba mu ini~
second, aku tengah kumpul duit nak beli superbike. what superbike???mest, ada yang cakap, gurl xsesuai nak bawak superbike. hello?? Do I care?

by the way, aku adalah minat several superbike.insyaallah, dengan kesabaran yang aku pertahankan, akan membawa kepada keuntungan.

yamaha R1
actually, aku suka sangat superbike, just addicted with it! so, kalau aku jumpa kat mana-mana da superbike, i will snap!! ( R A R E )
 i will see the the superbike until it lost from my sight~ (  R A R E )
superbikes.jpg
taken at queensbay mall.
Also taken at QB mall.



errr...lupa ar kat mna??

snap kat padang kota. :))
I WISH I COULD HAVE IT ONE DAY. THAT DAY WILL COME, SOON!!!

Friday 3 August 2012

Expired date!!

Assalammualaikum.

dah lama xupdate blog. teras kekurangan di rutin harian di arau ini.. bukan xmau update tapi internet kat kolej aku ni ohsem sangat!! depresssed!. ok, Back to topic, arini nak bermadah cikit, hope u all u will like it, sampai menjilat hidung. . . wakakakaka!!

Bukan roti saja yang ada tarikh luput
bukan sahaja makanan sahaja boleh mereput
bukan rambut saja boleh kusut
Tapi perasaan boleh juga merosot.

Kadangkala kita perlu sedar
tidak semua benda kita boleh sambar
tidak semua benda kita boleh langgar
kerana manusia ada had sabar.



adakalanya kita perlu berhenti.
kerananya segalanya tidak akan kembali
ada yang datang,kekal disisi
ada yang muncul, berlalu pergi.

hakikatnya, kesakitan itu muncul dalam diri
kesakitan akan merayau dalam arteri
membunuh perasaan yang tidak terperi
Hanya demi kelangsungan nyawa di atas Bumi.

Nuna :: Hanya kerana orang buat baik kat hang,tu tak bermakna hang boleh ambil kesempatan pada dia!!

Tuesday 3 July 2012

Maaf



assalammualaikum. .

Maaf aku mohon kerana tidak dapat meng'update' entry baru buat sekian lamanya. Tulisan aku kali ini hanyalah melepaskan rasa yang terbuku di hati dan jiwa atau pengalaman sesiapa sahaja.
Selama aku hidup, aku hanya berpegang pada prinsip ini,


"Maaf tidak dapat menyembuh hati yang luka, tapi aku percaya ia akan membawa kepada hidup yang lebih bahagia dan sempurna."
(nuna, 3 July 2012)

Malangnya bagi sesetengah manusia, kata-kata maaf bukanlah dari mulut mereka. Menghilangkan diri dan lari dari tanggungjawab sudah sebati dalam darah. Untuk manusia begini, aku harap kalian tidak malu menggunakan jenama manusia.


Tuesday 26 June 2012

Papan kenyataan

assalamualaikum. .

sebenaqnya entry ni saja aq buat suka-suka. boring memalam ni. kalau hampa rasa entry ni tak best,. tolong jangan singgah lagi. aku tak nak stalker aq kecewa ja.
Dengan ringan tulangnya, aq buat la board aku bagi cantik sikit. barulah timbul rasa nak belajaq yang membuak-buak. Berbekalkan kertas notepad yang banyak-banyak kaler, gunting, double sided tape, and a few pieces of my pictures aku telah menghasilkan board yang agak pening + happening.

Lets check out! !

agak blur picture ni. . sory :(
p/s : kalau ada masa yang terluang lagi, nanti aku upgrade aku punya board.

Monday 18 June 2012

Kecewa

Assalammualaikum .

Rajin bebenor aku update entry untuk bulan ni. Sebab thats a lot thing happen in my life.
Jangan la hampa kata aku pulun sebab selalu update blog. Blog is part of my life, the place where I shared happiness, sadness and so on. Aku seorang yang tak pandai nak luahkan perasaan melalui kata-kata. I think this is the place.

Hidup yang kita mahukan seringkali hanya tinggal impian. Bukan kita tidak berusaha, ke arah yang kita impikan, cuma usaha itu tidak mencukupi, tidak berhasil dan belum ada rezeki dan kemungkinan manusia macam kita semua untuk berputus asa amatlah tinggi. Mana ada manusia yang tidak kecewa apabila yang mereka usahakan bersungguh-sungguh tiada hasil pada penghujungnya - tetapi akhirnya, kita perlu kembali kepada kenyataan bahawa kekecewaan itu nilai yang dibawa oleh manusia itu sendiri.

Kecewa dengan keputusan peperiksaan.
Kecewa dengan percintaan manusia.
Kecewa dengan penulisan yang menemui jalan buntu.

Tetapi hanya kita saja yang tahu, berapa lama kita mahu tenggelam dalam rasa kecewa- menanam diri sendiri dalam kenyataan bahawa usaha tidak berbaloi dan macam-macam lagi. Bukankah lebih baik bangkit dan ukir senyuman untuk diri sendiri??



N U N A : Tiada siapa yang memahami erti penderitaan dan kebahagiaan manusia itu sendiri kecuali mereka sendiri selain daripada Yang Maha Esa tentunya.

Thursday 14 June 2012

Chances

assalammualaikum. . .

lama dah xupdate blog. sebab buzy dengan new semester. so sapa-sapa yang rindu saya, tolong kenyitkan mata hampa * dua-dua belah* siap ada sound effect lagi * wink-wink*.


Memang betul peluang hanya datang sekali dalam hidup kita. Peluang yang datang kemudiannya mungkin tidak sama seperti yang kita mahukan. Malangnya, apa yang kita mahukan biasanya takkan muncul kembali- atau mungkin muncul atas sebab yang mungkin kita sendiri tak dapat jangka. Manusia lemah mana bisa tahu benda yang menjadi rahsia Allah.

Begitulah dalam perhubungan. Kadangkala, peluang yang datang dalam membina bahagia itu hanya sekali. Manusia yang setia itu barangkali hanya akan muncul sekali sahaja. Barangkali rasa sayang selama ini hanya palsu atau sekadar permainan yang tidak dijangka memandangkan proses pencarian siapa yang paling layak bertakhta di jiwa. Mungkin dia saja yang mampu mencairkan hati yang penuh noda. Anda mungkin tidak sedar dan terus mempermainkan manusia sedemikian rupa.


Peluang hanya datang sekali ( mungkin ). kESABARAN manusia dalam memberi peluang adalah sangat nipis. Kalau kita bicara tentang peluang yang Allah berikan untuk kita, pastinya itu sudah menjadi kisah lain. Tetapi dengan manusia yang mempunyai banyak kelemahan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perasaan, dan emosi, kita perlu prihatin sebenarnya. Adakah peluang itu sudah habis kita guna?

Friday 1 June 2012

Gilak #01

" awak gila."

" kalau saya kata, saya gilakan awak, apa yang awak akan kata? "

" memang sah awak gila."

"walaupun saya cuma gilakan awak?"

" orang gila tak kan mengaku dia gila."

" tapi saya cuma gilakan awak. "

" itu penipuan awak yang paling tidak bijaksana."

p/s : kejadian yang penah berlaku antara aku dan si dia. hewhewhew :3

nuna :: sebenarnya sebab ego maka kita masing-masing rindu. Tiada siapa nak mula tegur dulu.
Masing-masing keras kepala, degil walaupun ia hanya akan merugikan kita.

Tuesday 29 May 2012

Sandiwaramu

assalammualaikum. .
saja post kat sini ingin meluahkan rasa tidak puas hati saya kepada seseorang. saya kecewa and terguris bila dia bersandiwara dengan kawan dia sendiri tanpa pengetahuan aku. Saya pon ada perasan jugak. This is my first time setia kat seseorang. Takkan karma datang kejaq aku pulak? Ini ka balasan yang aku dapat atas kesilapan aku zaman aku nakal-nakal dulu?

Pada pendapat hampa, bila kawan hampa menghantar SMS dan berkasih sayang seperti panggilan ' sayang, ayang , papa mama ', what do you think? kawan ke kalau nak hantaq sms macam tu atau ada agenda lain yang kadangkala kita tak sedar yang kita menaruh hati kat seseorang even dia sudah berpunya.

Pada pendapat hampa, apa yang hampa patot buat bila hampa baca SMS yang berbaur manja between your bf/gf with his/her frens?? it is normal to you?


p/s :: saya hanya insan yang tidak mahu hatinya disakiti oleh orang yang dia cintai. .

Friday 25 May 2012

Jalan - jalan Pantai Merdeka II

Assalammualaikum. .

So this is part II. . sorry la ye buat my stalkers tertunggu-tunggu. So, sapa yang tak sabar-sabar nak baca, tolong angkat dua jari. . hehehehehehehe

Lets check out !

yang tengah tu dia nak jugak, bagi p!

Gila nak start dah~ Aigoo!

Semua pakat tutup. .? 

change position? our fingers :) Kahkahkahkah XD

kami kawan forever ! Friends For Life 

sapa adik dalam ini. . semua pakat buat muka comey :)

\
bila snap, mesti da yang nak menyebok! 
kami geng gila Camera. Fullstop!

feel Shocked?? why? day going to dark~

Kosong by Us ~ muka biaq selebet !

menahan Angin senja yang gila gempak!

kamera tinggi sangat. aq larat nak langut. tengkok patah. hehehehehe

stressss!!!

atas tembok pon jadik! haishh... kawan2 ku APTB~

its going to dark! heee <3

malam suda. mata kami sakit akibat flash!
yang sorang tu beruk bebeno muka mu. .

sakit mata. . silau siot!
FLASH OUR ENEMY !!

kenapa tutup mata sebelah? comey ka buat macam tu?
:\

say cheese ! thats all for this entry. .

p/s :: nanti kami nak pi ALOR STAR pulak.. mintak2 la jadi.
saya nak fulfill wish my frens. sebab depa tak penah naik tren.  saya akan bawak hampa jenjalan kat  A.S

Peace yo !

Monday 21 May 2012

Jalan-jalan kat Pantai Merdeka

assalammualaikum. .

Entry kali ini nak saja suka-suka post. Saja nak bagitau aku pi jalan-jalan kat mana. By the way, gambaq Lanz tak dak kat entry kali ni, sebab dia tengah dalam mood exam.
Dia xikot  ( cian kat dia )

DESTINATION : Pantai Merdeka Beach Resort
OBJECTIVE : Just want to play , havoc , release tension and so on with my BFF.
Lets check out snap picture by us ! !

ni gambaq kami bertiga. kawan bila SUSAH and SENANG

Habis basah seluaq aku kena ombak rindu. Kaki ku masin Hehehehehehe
yang besaq tu beg helmet tau. BUKAN handbag. Saya xsuka bawak beg.

tema colour untuk haritu blue and black 
( favourite kot )

ALERT :: Gambaq yang hampa snap takleh bergerak ! ! ( bukan cerita Harry Potter)
KAKI AQ KENA PIJAK GARA-GARA bila SNAP PIC owang tu dia p UNDUQ BELAKANG !
~$#@#@!$~

2  Little Duyung ??? 
duyung sangat, urrrggghhh ( mulut senget )

kasut jadi props :)
untuk menaikkan mutusamy sesekeping gambaq. Kahkahkahkahkah XD

kami berdua . Ann sekerat ja nampak. .


adoi ! ! macam-macam perangai dok ada. haish !
xtau nak kata apa dah.

sand scatch. EVANESCENES~~

ombak rindu datang ! ! air dia xjernih. .SPOIL~

solo pose! ni ann. tawan tami la. .
credit to the shirt :  FT ISLAND . Its AWESOME.

kalau boleh angkat kamera ?? awat ' rendah ' sangat.

mari kita masinkan kaki beramai-ramai. . 

its just me. saya xkata saya baik. saya pon jahat jugak.
don't jugde me before u know me . Peace \m/

tengok la pa yang ada, sambil menikmati angin yang gila AWESOME!

peace from me :)

sapa nak tau sapa sebelah saya?? skandal ?? 
no, no no! zaman skandal2 sudah berlalu.


orang cakap kalau tangkap gambaq dari atas nampak comey. KAHKAHKAHKAH !!

ADA APA DENGAN JARI ??? sapa tau, angkat jari macam kami.

muka sedih. sebab sampai takat ni ja post aq.

Eh ! abes dah ka ?? 
ermmm.... belum lagi. relax dulu der ~ nantikan part II xlama lagi. hahahahaha XD
saja bagi saspen tahap cipan kena lengek! 

PEACE YO !




 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template