Thursday 19 January 2012

A piece of Me

assalamualaikum.

hari saya nak share pasal diri saya. selama saya hidup 20 tahun ni dengan penuh kasih sayang.
harap hampa semua terhibur dengan picture kat bawah ni. . sedikit sebanyak dapat imagine saya ni orang yang macam mana. .

saya suka minum air pakai dua straw :)
saya xtau kenapa. . maybe ni hobi saya .
ignore muka yg kat straw tu.. hahahaha :\

hobi saya suka menyanyi.
nyanyi dalam bilik air ja. . sora xsedap mana pon. .
kalau masok akademi fantasia rasanya dia swoh go back n practice, huahuahua
  saya suka snap pic dalam keta. .check out da g pic dalam keta.
1. . 2 . . 3 snap~
ni dalam keta gak. . ignore paper bag papa roti..hahaha.
bukan saya yang makan,tp driver yang makan.

saya masuk wataniah. .
sebab saya suka benda2 adventure ni..

ni team paintball. . kami tough2 belaka.
bila pkai baju camni. . saya dah jadi cam orang lain
jadi brutal n kasaq. .
saya ada sepasang mata yang besar. 
"Mata saya, aset saya "


ni first time saya pakai skirt. . 
selama saya hidup ni first la. . kelako aq pakai skirt B)


this is my FFL. . xberapa nak hensem tapi ada hati yg baik. sapa berkenan boleh comment. nanti saya bagi no fon.
dia cute la B)
suka hair style dia..keep it up temok!

ini la saya sekarang. . saya xberapa cantik, tapi saya ada hati yang baik B)





Jalan- jalan dengan Mr. Temok

Assalamualaikum . .

hari ini saya kuar jalan-jalan dengan mr temok
hepy sangat sebab dapat spend time dengan dia. Mula-mula kami take a walk kt Jeti Merbok :)


jenoh snap banyak kali,bru dapat pose macam ni. .

saya tak reti pose2 ni. . saya bukan model
reti berdiri camni ja. . .

the best snap picture.
aku suka picture ni . thanxz to mr. temok :))

lepaih tu. . dah letih2, kami p makan dulu. . kami mengidam makan McDonald. dah lama tak makan kot :)
so sambil makan-makan tu dan la dok snap2 pic. . kami memang suka snap pic. check out!

eleyh. .belagak ngan henfon putih dia ar tu..
sory. .saya xjeles. .huahuahua

tgah bergaya ngan straw. .
mr temok xbagi amek dua straw. 

kenangan ni akan saya ingat selalu. . so, tunggu entry lepaih ni. . kat langkawi pulak :)

Tuesday 3 January 2012

Mencari Harga Sebuah EGO

assalamualaikum semua.

Setiap manusia ada sifat ego.
Ego mungkin boleh dikatakan sebagai satu naluri manusia yang terselit keangkuhan dalam sesuatu perkara. Angkuh dan ego setiap manusia tidak sama, tidak serupa dan mungkin berbeza tahapnya. Manusia kan pelbagai, unik sementelahan pula harga diri masing-masing berbeza. Perbezaan yang ketara membawa kepada keangkuhan yang berbeza tentunya.



Ada yang menyatakan manusia ego bila tiba soal cinta.
Suka pada seseorang, pendam perasaan disebabkan perasaan ego.
Jatuh hati dengan seseorang, enggan membuat pengakuan kerana ego.
Perempuan suka pada lelaki, kunci mulut, diamkan diri bersandarkan ego.
Lelaki cinta pada perempuan, tidak mahu mengaku berpunca dari sifat ego.
Dan macam - macam lagi yang menjadikan sifat itu sebagai suatu punca dan alasan - Ego.





Tapi, adakah semua itu boleh dikatakan sebagai ego, angkuh itu sebagai punca?
Tiada keberanian, maka gunakan alasan itu sebagai satu cara.
Sengaja mahu pendam, agar tiada siapa yang terluka - maka perkataan itu dijadikan alasan semata.
Bermain dengan perkataan tersebut kerana takut kehilangan bahagia.
Tiada lagi rasa gembira.
Pudar segala suka.
Yang tinggal hanya duka.
Begitukah apa yang kau rasa?

Lelaki dan perempuan masing-masing ada perasaan begini.
Ya, itu sudah ada sejak azali.
Cuma masing-masing mungkin tidak mengerti.

Kadangkala sifat itu boleh dikatakan sebagai menjaga harga diri.
Sebagai benteng pertahanan sejati.
Mengawal segala serangan berani mati.

Tetapi, acapkali juga ia dikaitkan dengan sifat yang dibenci.
Sikap aneh yang boleh bawa diri dikeji.
Manusia jelak dan memaki.

Sebab itu apabila ada yang melaungkan mahu mengatasi sesuatu yang dipanggil keegoan manusia atau kelompok lain, apakah benar dan pasti bahawa kumpulan itu adalah mengandungi sifat keji ini? Aneh. Pelik. Manusia memang gemar membuat tafsiran sendiri. Entah-entah yang mahu dihentam adalah manusia yang sedang diuji. Manusia yang dizalimi.

Tapi, ada manusia yang takut dengan puak begini?
Ada yang mahu mengambil tindakan hapuskan suara haluan kiri?
Tikam dari tepi.
Baling barang tepat di dahi.
Tidak sama sekali.

Harga ego mungkin sama dengan harga telur di pasaran.
Kadang kala murah sampai rasa dicuri dari reban.
Kadangkala mahal sehingga menimbulkan baran.
Apa yang penting, nilai kesabaran.


nuna : Hidup ini bagaikan kepingan gambar. Kita boleh lihat semula apa yang kita mahukan pada kenangan, tetapi kita tidak boleh mengambil gambar tersebut semula dengan keadaan yang sama. (Nuna, 2012)

Don't Fall In L.O.V.E.

Assalamualaikum (:

Aku ni bukanlah penulis terkenal untuk punya komen lebih dari 5. Lagipun tu cerita hidup aku. Aku pun terkebil-kebil kenapa orang begitu ambil berat dengan aku waktu aku publish entri jeng3(suspen sangat) tanpa ada promosi sana sini. Haha.


Di akhir ini (ayat kemain spm lagi), aku tengok gejala putus cinta semakin menjadi-jadi dekat sekeliling aku. Betapa Tuhan nak tunjuk bahawa mungkin di antara kita yang mungkin mengabaikannya semasa bercinta sesama manusia?


"Eh, aku sembahyang okay setiap kali azan masa dating."


Aku pun sembahyang setiap kali azan masa dating dulu, habis kenapa aku pun sekali terlibat dalam gejala putus cinta yang semakin menjadi-jadi ni? Jangan lupa, agama bukan sekadar sembahyang sahaja (akur dengan kelalaian lampau). Akan tetapi, duduknya saya di sini menekan papan kekunci di sebuah komputer riba yang agak nazak ni, aku bukanlah nak mengupas tentang cerita kepada Tuhan, kerana aku rasa, tu sangat dasar dan semua orang patut tahu pantang larangnya. Malahan aku bukanlah alim ulama dan serbanitas nak menegaskan fatwa-fatwa dan hukum agama di sini.


Aku nak mengupas mengenai cinta itu sendiri. Cinta sesama manusia itu sendiri.


Gambar Hiasan Ihsan Google.

Kau kibarkan panji kemesraan, kau berjalan rapat-rapat-an. Kau kongsi minum sebuah cawan dan makan sebuah pinggan. Kau beri pendapat ketika dia dalam kesusahan. Kau suap dia dengan kasih sayang. Mengapa satu tahap kau rasa semua itu tak berbaloi untuk diteruskan? Benar orang kata, jodoh ketentuan bukanlah pada manusia punya tangan. Kita yang rancang Tuhan menetukan. Tapi kenapa beri segala kepastian sedangkan hati kau sendiri tak punya percaya yang dia yang akan isi kekosongan?


Bagi aku, zaman ini, ramai orang inginkan kepastian. Baik lelaki atau perempuan. Bukan tempat nak beri dan rebut mainan. Sudah kau beri, dan rasa bosan, kau tinggalkan sambil beri alasan,


"Awak boleh dapat yang lebih baik."


Padahal sudah di dalam hati punya satu ayat 3 perkataan iaitu 'aku sudah bosan'. Kenapa perlu kau ungkap ayat itu? Sedangkan, kau tahu tak, kalau dia rasa kau tak cukup baik, dia tak terima kau bulat-bulat? Kau perasan tak dia sentiasa ada semasa kau jatuh bangun? Dia tak pernah rungut tentang kedungu-an kau? Kalau ada tidak kena, mengapa perlu simpan dan terus kau bagi keputasan tanpa ada perbincangan?


Kau rasa hidup ni kau sorang sahaja yang punya?

Hey, aku bukan tulis untuk pihak aku seorang, aku tulis untuk semua lelaki dan perempuan yang aku yakin ramai punya masalah yang sama. Selepas kau tinggalkan, dia cuba sedaya upaya untuk lupa, dan kau marah dia block kau di laman maya, dia bakar apa sahaja kau beri di taman. Kau marah. Kau tahu betapa seksanya ditinggalkan? Dia cuba sedaya upaya untuk padamkan memori itu. Selagi dia tak sentuh kau, dan peribadi kau, kenapa kau perlu melenting? Bukannya dia memburukkan kau, cuma dia tak keruan dan melangkah dengan cara sendiri tanpa haluan.


Dan bila dia cuba rapat dengan orang lain yang cuba beri dia bimbingan, kau menuduh bukan-bukan. Kononnya rasa yang dia beri dahulu adalah palsu semata dan bila-bila masa boleh kau dilupakan. Padahal dia hanya perlu masa dan bersembang untuk menegakkan benang yang tak akan pernah tegak. Kemudian, setelah beberapa bulan, kau jenguk dia di laman maya, kau anggap semua kemarahan dia tulis tuju terus dekat kau, dan kau lari bertempiaran mencarut ke atas nama nya.


Memancut-mancut darah serupa kibas yang di sembelih terus putus dua urat.


Benda Paling Manis Untuk Aku Ialah
Kekalkan Cinta Halal Sampai Mati. Gambar: Google

Kau tahu dia perlu masa untuk kembali berjalan seperti biasa. Dia perlu ruang untuk kembali dongak ke depan setelah kau tinggalkan kekosongan. Sudah-sudahlah terseksa apa luka yang kau tinggalkan. Dia begitu setia dengan kau, membaca doa setiap hari untuk kebahagian kau, hapuskan doa kau, membaca yasin tiap kali kau nak ambil perperiksaan, kau ada tahu semua tu? Takkan semua benda dia nak cerita, memang meleret sampai kesudah akibat membongkak.


Sebab dia tahu membongkak tiada guna dia berusaha. Kerana Tuhan takkan makbulkan juga.


Kau berikan dia harapan ketika dia perlukan. Dia beri kau cinta ketika kau masih ragu-ragu dan mengucap tanpa perasaan. Kau tak yakin dengan keadaan dia, kenapa kau masih cuba di waktu yang pertama? Aku punya ulasan tak panjang mana, harap kau, wahai lelaki atau perempuan, jangan salah faham apa aku cuba sampaikan. Bukan marah atau menuduh bukan-bukan. Dengar sini aku punya ulasan,
"Kau jangan cuba beri harapan atau menerima cinta dari seseorang kalau kau belum sedia. Kerana kau akan menyeksa orang yang mencintai kau. Dia boleh maafkan, tapi boleh ke dia lupakan?"

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template