Monday 16 April 2012

Lepak V.M during earthquake

Assalammualaikum. .

11 April yang lepaih. . aq dengan membe-membe kamceng dah plan nak lepak Village Mall. So, selalunya kami semua p naik transport masing-masing. tapi nak dijadikan cerita, si Lan nak p jugak. kiranya nak join adventure ar. . sebelum tu dia kata dia xleh p. Tup-tup nak p pulak dah. so, apa lagi, aq dengan rela hati offer naik keta dia p sama2. . kan senang . . hehehe . Sebenaqnya malas nak naik moto,sebab jauh gak V.M dari rumah aku. .

main event nak p makan TUTTI FRUTI, tapi. . . .so check out my pictures wif my frens . . Enjoy |||| :)

ni membe2 gila . . XD

wohooooo......canon deligthing u always hahahahahhahaa

punya dok snap last2 pekerja kat situ kata xleh tgkap gambaq  . . . hahahaha. 
mak aq nama Esah, ada aq KESAH ! ! !

 ni tengah membelek-belek gadget yang uptodate. . 
hehehehehe XD

 
single snap . .

 ok. . . ni semua kawan baik saya. termasuk yang interframe kat belakang tu . .
see de SHIRT. LOL~
 erm.. nampak tak ann kat cermin tu??

 perut dah lapaq. . kami p makn pizza. . so mushroom sup yang sampai dulu. kami sebat.!
mamat ni gila camera ok. .

 ni mesti dia update status. . dia jumpa artis malaysia. nama artis tu secret!!
wakakakakaka 

 ayaq pon baru sampai. . n Shaherul tuang kan air untuk kami. .
tq ye kawan :)

 pizza time. .  jom makan :))

thanks to Syamim Zaidi sebab join kami lepak. walaupun hang buzy mengalahkan YB. tapi yang bestnya. . dok kusyuk punya makan. . ramai lari lintang pukang keluaq V.M . kami pun macam heran ar, pasaipa depa laqi. . tiba2 si syamim kata depa kejaq aris kot. da artis nak mai.. memang gelak ar. . tiba2 STARBUCKS yang ramai org tu katup. . tu lagi heran, pergghhh pasaipa tiba2 ja katup. Pastu da ar membe aq sorang kata ' GEMPA BUMI KOT' ?? what?? pasaipa aku xrasa . . yang lain pon xrasa. sorang ja rasa . . jeng3

update status earthquake ! tapi pegang sudu satu. wat comey ar tu kan2???

 sempat lagi snap. . tapi kami dan beli satu tutti fruti ja. . sebab nak katop dah.
satu mangkuk empat sudu. memang kawan sejati larh.

 ni nak tunjuk mangkuk TUTTI FRUTI ja, hehehehe

 cik lan p teman syamim amek moto. .
errr. . . colar V watch out!!! hahahahahahahahaha

memang akan pergi lg tutti frutti len kali..ksian dh aku tgk ahahhaha. XD

picture kredit to ANN. . love u cayang. jadi camerawoman kami yang bertauliah.  thanks a LOT :))
p/s : hurmmmm . . t kita lepak lagi ok.. kawan-kawan ku . . minggu depan

█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Nuna Chin-Hwa

coretan hati buat mu d(=,=)b

Mr. A :)
andai kata awak ditakdirkan berpisah dengan saya.
saya akan merelakan tanpa sedikit pon pertanyaan.
saya akan merelakan awak pergi tanpa titisan airmata.
kerna saya tahu. jika kita ditakdirkan bersama,
pasti awak akan datang meraih saya dalam pelukan awak semula.


awak.
dulu saya ragui kasih sayang awak terhadap saya.
saya ragui kesetiaan awak pada saya.
saya ragui cinta awak pada saya.
saya ragui ketulusan hati awak mencintai saya apa adanya.
tapi sekarang ...
awak tahu.
saya percaya kan awak sepenuh hati saya.
saya takkan mencurigai lagi kasih sayang awak terhadap saya .
saya harap kisah awak dan saya takkan berakhir di sini.
 

awak.
andaikan mati memisahkan kita satu hari nanti.
saya nak awak tahu.
saya ikhlas sayangkan awak sepenuh hati saya,
saya ikhlas mencintai awak setulus hati saya.
saya tulus menerima awak seadanya.
maafkan saya sebab tak mampu membahagiakan awak waktu ini.
maafkan saya kerana tak mampu memberi awak sebuah cinta yang begitu mesra dan penuh dengan bunga2 cinta.
maafkan saya kerana hanya mampu memberikan awak sebuah percintaan yang sederhana.
maafkan saya kerana hanya mampu memberikan sebuah cinta yang tidak semesra orang lain.

 

awak.
saya tahu kadang2 saya terlalu mengada2 bila awak di samping saya.
saya tahu kadang2 saya terlalu mengjengkelkan bila saya bersama awak.
saya tahu kadang2 saya terlalu manja bila kita bersama.
tapi awak tahu tak. apa yang saya buad ada sebabnya ?
saya mengada2 sebab awak tak selalu di samping saya.
saya mengjengkelkan sebab saya nak tengok kesabaran awak.
saya manja sebab saya tak punya waktu yang banyak bila bersama awak.


awak.
waktu kita singkat .
dunia kita sudah uzur.
masa yang kita ada, tak banyak.
lambat laun dunia ni akan musnah.
saya tahu, saya tak berani janji saya akan bersama awak hingga ke syurga.
Kalau ditakdirkan orang lain yang tercipta dari tulang rusuk awak.
saya tak kan mampu bersaing dengan takdir yang Allah telah tuliskan utk kita.


awak.
kalau lah saya mampu untuk suarakan cinta saya pada dunia.
saya takkan mampu berbuat demikian.
sebab cinta saya tak sehebat Khadijah kepada Rasulullah.
sebab cinta saya tak Seagung cinta Yusuf kepada Zulaikha.
sebab cinta saya tak Sesuci Cinta Adam Kepada Hawa.
biarlah hanya Dia yang Tahu Ketulusan cinta Saya pada Awak.
 
awak.
kalau berakhirnya cinta kita dengan satu tragedi yang membuatkan awak terluka.
saya harap awak tidak membenci saya .
berpeganglah pada ini.
kita bukan ditakdirkan untuk bersama seperti dulu.
awak. maafkan saya.


█║▌│█│║▌║││█║▌║▌║
Verified Official by Nuna Chin-Hwa

Friday 6 April 2012

Ego perempuan

Assalammualaikum.

hello kepada jejaka dan gadis semalaya sekalian. Entry hari ini sedikit sebanyak berkaitan dengan aq. so harap dapat paham bila baca ni.


Mungkin sesetengah lelaki akan pikiaq perempuan yang payah untuk mulakan apa-apa dulu sebab ego punya pasai. Contohnya, sebelum couple, the guy did all the works. Dari bahagian meng’usha’, bersusah payah dptkan nombor telefon, ajak keluaq hinggalah mengayat jd gf. Perempuan pilihan tu hanya tunggu and nantikan whats next. Tapi sebenaqnya dalam proses menunggu tu, banyak yg berlaku. Hampa dah tau kan perempuan byk pikiaq, jadi dalam masa itu sebenaqnya perempuan tengok keikhlasan lelaki tersebut, cara dia melayan, kaji latar belakang lelaki tu (aku tak panggil ‘stalking’ aku panggil ‘kaji selidik’ ). Even, baca artikel tentang hubungan (tak semua tetapi bagi yang pernah ada sejarah hitam dlam bercinta), tengah basuh pinggan, basuh baju semua pun pikiaq patut terima atau tak. Bagi mereka, sebab untuk tak memulakan dulu takut nampak terhegeh-hegeh, seperti perempuan murahan senang sgt nak dapat sebab tu perempuan berikan cabaran selain tgk sejauh mana kesanggupan lelaki tu untuk dapatkan cinta tulus suci, auwww.




Perempuan bukan ego tapi depa berhati-hati or beringat la katakan . Kalau depa dah suka, depa pikiaq caqa tak nak bagi hang bosan tapi depa masih letakkan benteng supaya tak mudah nak ceroboh hati depa. Bila dah couple, si lelaki yang mulakan semua, lama kelamaan lelaki rasa tak adil, bosan, jiwa kacau, tak disayangi. Memang tak adil tapi itu untuk sementaqa waktu bila perempuan tu dah betul2 selesa, able to lower their guards. Kenalah bersabaq dan teguq secara tak langsung.


Keep the communication going. Baru depa nampak dan cuba untuk berubah. Itu pun tak boleh buat ke? Perempuan tak mesej/sms atau call dulu bukan sebab ego tapi maruah beb. Bukanlah girlfriend hampa langsung tak nak buat dulu kan cuma most of the time hampa yang kena buat.perempuan insan yang lemah beb hampa kena paham.

 


Traditionally(ayat kemain lagi), biaq lelaki nampak macho jadi gentleman, err comel. Perempuan suka macam tu, rasa diperlukan. Sebab depa takut bila depa mulakan, lelaki akan rasa selesa (comfort zone) dan serahkan semua pada perempuan, mula untuk ambil mudah, fikir yg apa2 pun perempuan tu tetap akan caqi dia, kemudian rasa bosan dan usha awek lain. Takut ditinggalkan bila lelaki feel the urge to chase some other girls. Jadi kenapa masa nak usha tak kisah buat semua kerja bila dah dapat, rasa selesa, kemudian bosan dan kejaq perempuan lain? Rutin hampa sama je kan. so pathetic!!!


Sayangilah girlfriend hampa, manjakan depa secara berhemah, setia(paling penting), komitmen sebab untungnya hampa bila berjaya tawan hati perempuan idaman. Perempuan baik-baik yang perlukan usaha untuk dapat. Cabaran yg hampa tempuh adalah untuk kesenangan dimasa hadapan. Tinggi mana pun ego sorang perempuan itu tak kan dapat melampaui ego seorang lelaki. Kalau hampa tau handle girlfriend hampa, hampa akan tau cara untuk puaskan hati depa dan ya, berjaya kekalkan hubungan. Berkorbanlah sikit, dah kahwin nanti balas dendam suruh depa masak ketam lemak cili api dan jaga anak-anak yg ramai.


N U N A said :Girls build a wall not to let anyone in because they are afraid of uncertainty. When you manage to destroy the wall, you know you are one special guy.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template