Tuesday 26 June 2012

Papan kenyataan

assalamualaikum. .

sebenaqnya entry ni saja aq buat suka-suka. boring memalam ni. kalau hampa rasa entry ni tak best,. tolong jangan singgah lagi. aku tak nak stalker aq kecewa ja.
Dengan ringan tulangnya, aq buat la board aku bagi cantik sikit. barulah timbul rasa nak belajaq yang membuak-buak. Berbekalkan kertas notepad yang banyak-banyak kaler, gunting, double sided tape, and a few pieces of my pictures aku telah menghasilkan board yang agak pening + happening.

Lets check out! !

agak blur picture ni. . sory :(
p/s : kalau ada masa yang terluang lagi, nanti aku upgrade aku punya board.

Monday 18 June 2012

Kecewa

Assalammualaikum .

Rajin bebenor aku update entry untuk bulan ni. Sebab thats a lot thing happen in my life.
Jangan la hampa kata aku pulun sebab selalu update blog. Blog is part of my life, the place where I shared happiness, sadness and so on. Aku seorang yang tak pandai nak luahkan perasaan melalui kata-kata. I think this is the place.

Hidup yang kita mahukan seringkali hanya tinggal impian. Bukan kita tidak berusaha, ke arah yang kita impikan, cuma usaha itu tidak mencukupi, tidak berhasil dan belum ada rezeki dan kemungkinan manusia macam kita semua untuk berputus asa amatlah tinggi. Mana ada manusia yang tidak kecewa apabila yang mereka usahakan bersungguh-sungguh tiada hasil pada penghujungnya - tetapi akhirnya, kita perlu kembali kepada kenyataan bahawa kekecewaan itu nilai yang dibawa oleh manusia itu sendiri.

Kecewa dengan keputusan peperiksaan.
Kecewa dengan percintaan manusia.
Kecewa dengan penulisan yang menemui jalan buntu.

Tetapi hanya kita saja yang tahu, berapa lama kita mahu tenggelam dalam rasa kecewa- menanam diri sendiri dalam kenyataan bahawa usaha tidak berbaloi dan macam-macam lagi. Bukankah lebih baik bangkit dan ukir senyuman untuk diri sendiri??



N U N A : Tiada siapa yang memahami erti penderitaan dan kebahagiaan manusia itu sendiri kecuali mereka sendiri selain daripada Yang Maha Esa tentunya.

Thursday 14 June 2012

Chances

assalammualaikum. . .

lama dah xupdate blog. sebab buzy dengan new semester. so sapa-sapa yang rindu saya, tolong kenyitkan mata hampa * dua-dua belah* siap ada sound effect lagi * wink-wink*.


Memang betul peluang hanya datang sekali dalam hidup kita. Peluang yang datang kemudiannya mungkin tidak sama seperti yang kita mahukan. Malangnya, apa yang kita mahukan biasanya takkan muncul kembali- atau mungkin muncul atas sebab yang mungkin kita sendiri tak dapat jangka. Manusia lemah mana bisa tahu benda yang menjadi rahsia Allah.

Begitulah dalam perhubungan. Kadangkala, peluang yang datang dalam membina bahagia itu hanya sekali. Manusia yang setia itu barangkali hanya akan muncul sekali sahaja. Barangkali rasa sayang selama ini hanya palsu atau sekadar permainan yang tidak dijangka memandangkan proses pencarian siapa yang paling layak bertakhta di jiwa. Mungkin dia saja yang mampu mencairkan hati yang penuh noda. Anda mungkin tidak sedar dan terus mempermainkan manusia sedemikian rupa.


Peluang hanya datang sekali ( mungkin ). kESABARAN manusia dalam memberi peluang adalah sangat nipis. Kalau kita bicara tentang peluang yang Allah berikan untuk kita, pastinya itu sudah menjadi kisah lain. Tetapi dengan manusia yang mempunyai banyak kelemahan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perasaan, dan emosi, kita perlu prihatin sebenarnya. Adakah peluang itu sudah habis kita guna?

Friday 1 June 2012

Gilak #01

" awak gila."

" kalau saya kata, saya gilakan awak, apa yang awak akan kata? "

" memang sah awak gila."

"walaupun saya cuma gilakan awak?"

" orang gila tak kan mengaku dia gila."

" tapi saya cuma gilakan awak. "

" itu penipuan awak yang paling tidak bijaksana."

p/s : kejadian yang penah berlaku antara aku dan si dia. hewhewhew :3

nuna :: sebenarnya sebab ego maka kita masing-masing rindu. Tiada siapa nak mula tegur dulu.
Masing-masing keras kepala, degil walaupun ia hanya akan merugikan kita.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template