Thursday 5 December 2013

Dua perkataan

assalammualaikum. lama gila tak update blog. penuh dengan sarang semut ni, sebab blog ni terlebih manis. hahaha. ok back to topic! enjoy!

Dua perkataan.
Kadangkala lebih dari perbuatan.
Walaupun sekadar satu percakapan.
Pemula bicara yang ada sedkiut kejanggalan.
Ataupun pemati perbualan.

Dua perkataan yang sering saja dilontarkan sejak sedikit dewasa ini barangkali membentuk kita sebagai manusia. Lihat saja, dalam banyak benda yang selalu kita ucapkan - pastinya ada dua perkataan tang tidak akan terlepas dari bibir. Ya, kita sebut terima kasih bila orang buat baik atau menolong kita. Ada ke kita maki orang yang menolong kita? Ada juga - kalau orang tu tolong menjahanamkan masa hadapan dan kerjaya kita - memang terima kasih itu jarang kedengaran.Cacian makian atau apa sahaja yang luncur langsung terus dari mulut. Benar bukan??

so, just check it out, apa yang selalu orang sebut. hehehe

01- Terima Kasih
Mungkin ada yang kurang sedar ucapan terima kasih jarang kita dapat dari orang. kalau aku beli barang/ makanan aku akan cakap terima kasih pada orang yang menjual walaupun dia pandang pelik.tak salah pun cakap terima kasih pada makcik yang sediakan makanan kan?

02- Jaga Diri
dah lama tak dengar pesanan ni.Baca selalu juga la kot? Selalu pesan pada orang jugak. Ala, kita semua pesan macam ni jugak pada orang kesayangan kita kan? Hatta pada rakan atau sesiapa saja yang kita suka.

"Awak, jaga diri. Bawa moto elok-elok."

Itu adalah contoh. hahaha!

03 - Sayang awak.
Ececece!
Tak nak mengaku pulak ke selalu sebut mcam ni? hehe

Kadangkala kita sebut Sayang mama, Sayang Ayah, Sayang adik, Sayang Abang, Sayang Kakak dan sebagainya. Eh, tak nak terima juga?

Itu sahaja.
:)

thanks for coming to my event recently. hehehe
Batch 32 Awesome! !

Tuesday 1 October 2013

Cycle of Love.

[Now Playing: Purnama Merindu]

Hidup bagai roda yang sentiasa berputar.
Cinta sebahagian daripada hidup itu sendiri.
Ada naik, ada turun, mungkin juga mendatar.

Bila awk cinta dia, awak terluka.
Bila awak terluka, awak mula membenci dia.
Bila mula membenci dia,awak cuba belajar untuk melupakan dia.
Bila awak cuba melupakan dia, awak mula merindui dia.
Awak mula merindui keadaan kosong disisi.
Awak mula merindui tapak kosong dihati.
Dan tanpa awak sedari, awak akan mula jatuh cinta lagi.

Dengan siapa?
Dia?
Orang lain?
Itu tidak pasti.
(nuna, 1 Oct 2013)

Monday 16 September 2013

Awak, Dia sudah Penat Mencari.

[Now Playing : Wrecking Ball by Miley Cyrus]

Awak.
Dia sudah penat mencari.
Kelibat awak yang selalu muncul dalam diri.
Dalam diam, dia menahan sunyi.
Mengajar diri supaya jangan rasa sepi.

Awak.
Dia sudah penat mencari.
Awak yang dia tidak akan temui.
Walaupun dia ajar diri supaya terus menanti.
Gerangan manusia yang dia sendiri tak kenali.

Awak.
Mungkin awak pernah muncul dalam hidup dia.
Mungkin dia terlepas dari jatuh cinta.
Klaupun awak melalui, dia harap awak akan menyapa.
Supaya dia kenal, awaklah orangnya.



Awak.
Mungkin sebenarnya awak adalah orang yang sentiasa disisi.
Dia masih tidak sedar akan isi hati.
Bahawa awak yang sedang menanti.
Agar dia tahu dia tak pernah sendiri.
Cuma awak masih enggan berkongsi.
Perasaan hati, luahan rasa peribadi.
Awak masih mahu memerhati.

Awak,
Kalau awak datang,datanglah bila bersedia.
Untuk mulakan segalanya.
Bukan termenung begitu saja.

Nuna: Kalau saya rindu, awak tidak akan pernah tahu kan?

Monday 9 September 2013

Awak, Kadangkala Mimpi Membunuh Dia.

Now Playing: Sandiwara Cinta Cover by M.O.S

Awak,
Dia terjaga dari lena.
Dia mimpi yang membuatkan dia tersenyum bahagia.
Dia mimpi benda yang buatkan dia gembira.
Tapi rasa itu tidak kekal lama.
Dia terfikir, apakah harapan tinggi mengundang celaka?
Adakah syurga yang diidamkan akan bertukar neraka?
Ah, dia mula sakit kepala.

Awak,
Kalaulah awak mengerti.
Kalaulah awak memahami.
Kalaulah awak memerhati.
Kalaulah awak menyayangi.
Kalaulah awak merindui.
Kalaulah awak sedia berkongsi.

"Not all relationships are meant to last forever, but it can still be a mystery as to why they end."

Awak.
Mimpi itu memang indah.
Khayalan yang dicipta memang meriah.
Angan yang dikarang bersama tiada yang susah.
Segala yang dicitakan tiada erti payah.

Awak.
Untuk terus bersama, dia sanggup kesat air mata.
Untuk terus bersama, dia sanggup kekal berpura.
Untuk terus bersama, dia sanggup senyum palsu sentiasa.
Untuk terus bersama, dia sanggup berlakon ketawa.
Untuk terus bersama, dia sanggup terus bersandiwara.

Awak.
Tapi awak tahu sesuatu yang buat dia kecewa?
Itu semua hanya mimpi dia.
Yang membunuh sebab dia mengharapkan ia menjadi nyata.
Dalam diam dia mati begitu sahaja.

Nota kaki :
Hari dan dunia yang panjang semoga makin mematangkan dan memudahkan segalanya.
Disambut dengan senyuman, dilalui dengan penuh redha dan tabah demia apa yang dipanggil kejayaan.

Monday 5 August 2013

Peminat or Crush.

[ Now Playing: I Love You by NajwaLatif ]

Jadi manusia yang pernah jatuh hati pada seseorang dalam masa yang singkat tanpa diketahui apa yang menyebabkan berlaku demikian, mungkin pernah dilalui oleh semua orang.
Kita tak tahu kenapa kita boleh menyukai seseorang yang secara tiba-tiba muncul sama ada hati terbiar, kosong atau kesunyian, kita biarkan dia menapak dalam hati, walaupun ternyata dia bukan orang kita cintai.
Sakitnya bila mengetahui dia berpunya di saat hati yang terbiar itu mula kenal rasa sayang. Pastinya membunuh lebih daripada keadaan asal yang hanya kosong tanpa perasaan.

Rahsia tersimpan kukuh. *senyum*

Dibiarkan saja, dan perasaan mula bernanah, kau beritahu kesakitan pada manusia paling kau percaya. Dia jadi permerhati kau menyulam kesakitan sendiri, mengubat hati dengan ketawa sepi serta memberi galakan pada manusia yang kau sukai. Manusia yang kau sukai  mula menunjukkan dengan gembira, pasangan dia pada kau tanpa mengetahui kau sedang memendam perasaan yang tidak kesampaian pada dia. Kau cuma rasa sayang dan takut kehilangan, walaupun hakikatnya kau bukan cintakan dia. Hanya sayang tanpa cinta tapi kau tidak sanggup kehilangan orang yang bikin kau ketawa.

*Senyum sinis*


Rahsia terbongkar. *tekejut*

Dia tahu kau simpan rasa suka pada dia. Dari gelak ketawa palsu kau yang cuba disembunyikan, dia mampu hidu kepincangan tarian kau di atas persahabatan yang terusik sedikit garisannya bila kau ketahui dia sudah berpunya. Celakanya diri kau bila dia sudah menyedari perasaan kau pada dia. Bahkan, dia berterus terang yang kau hanya kekal sebagai kawan baik dan dia tahu kau simpan perasaaan sayang pada dia. Dia tidak menafikan dan kau hanya gelak ketawa kosong melepaskan perasaan sebab bila dia nyatakan, kau sudah tidak lagi berkesan. Menyukai dia hanya sebagai seorang kawan kerana kau tidak pernah terlintas mahu jadikan dia pasangan.

Ya.
Kau pernah jadi peminat dia. Meminati personaliti dia tanpa kau sedari, itu hanya minat semata-mata bukan cinta. Mungkin reaksi yang kau tanggung terlampau dalam sebab kau sukar mahu tunjukkan rasa sayang pada manusia lain sekeliling kau. Dan bila kau bertemu lagi dengan dia, kau mampu tenung mata dia tanpa mengalihkan pandangan seperti kali pertama kau jumpa dia.Tanpa rasa sedih, tanpa rasa memalukan sebab kau hanya nampak dia sebagai kawan dan bukan manusia yang kau dambakan sebuah percintaaan.

Bila kau berpisah sebelum kau sempat memulakan sesuatu, itu bukan apa yang kita panggil kecewa dalam perhubungan. Itu lebih kepada kau tidak memikirkan perasaan sendiri dan bertindak melulu dalam membuat keputusan.

n u n a : Bila mata memandang dengan sinis, kami hanya mampu tersenyum manis. Ah, kalian tidak tahu persahabatan kami ibarat magis. Nah, cemburu buat kalian menangis.


Tuesday 23 July 2013

awak, dia KAWAN atau CINTA HATI??

assalammualaikum. . .

Awak.
Dia kawan?
Atau sekadar kenalan?
Ataupon seorang pasangan?

Awak.
Dia tahu dalam cinta, pasangan adalah kawan.
Dia tahu dalam cinta, pasangan adalah teman.
Dia tahu dalam cinta,pasangan itu ada batasan.
Tapi dia tidak mengerti bila awak layan kawan macam pasangan.
Macam sudah terbalik bukan?

Awak.
Bila ada waktu lapang, dia mahu habiskan masa bersama.
Tapi awak selalu beri alasan sibuk bekerja.
Ada saja aktiviti awak, walaupon hakikatnya dia tahu awak ada waktu percuma.
Tapi bila kawan ajak keluar bersama,awak bingkas bersiap segala.
Awak katakan itu waktu untuk awak bergembira.
Jadi bagaimana dengan dia?
Bukan sesiapa?

Awak.
Siapakah dia sebenarnya?
Adakah sekadar peneman bila kawan awak tiada?
Adakah cuma kenalan biasa?
Adakah manusia yang awak cari bila awak suka?
Adakah dia orang yang awak cinta?
Dia sudah tiada jawapan lagi bagi soalan yang bergema.

Awak,
Dia tahu dia masih lagi mampu bertahan.
Walaupun semakin lama, semakin rapuh benteng pertahanan.
Walaupun semakin lama semakin reput kesabaran.
Walaupun semakin lama semakin perit kesakitan.
Walaupun semakin lama semakin nipis iman.
Dia menangung segala sebab awak masih lagi kesayangan.
Dan dia tak tahu berapa lama semua ini berkekalan.

Awak.
Siapakah dia sebenarnya?
Hanya awak yang boleh beri jawapan jujur berdasarkan apa yang awak rasa.
Dan dia tidak mahu lagi meneka.

nuna : Hati manusia adalah ruang yang terbaik menyimpan semua rasa. Alangkah kuatnya sekeping hati menahan segala macam perasaan, dari baik hingga seburuknya tetapi masih kekal berfungsi untuk dicanai terus benteng manusia.

Sunday 21 July 2013

Flight time.

assalammualaikum.

entry kali ni pasal kitaorang gi Sabah pada 23/6/2013. banyak preparation kena buat. banyak barang kena bawak. Tension!sebelum p sabah pukol 4 pagi dah PT. biasalah lari-lari sikit, bagi keluar peluh. Then, kami semua pakai smart Kasual~ semua smart2 cantik2 belaka~ gambar semua  kat airport. hoho! jom pi sabah!


Excited nak pegi Sabah~
snap dulu sebelum bertolak ke Penang Airport~



Breakfast kat Penang!
Dah setel makan

kak mira dengan mal. tunggu check in luggage~
Already check in~ jom naik flight!
my besties!jom p sabah!
model Garuda Indonesia.




time to go to KL.
have a blast!

kami kena tinggai. .  Stress!! xdak tiket nak p KK.
hurm, kena tinggai... (T___T)

kami geng kna tinggai kat KLIA!!


Fake smile everybody!
baru lepas makan kat KLIA~
peace from Kimi. saya naik AirAsia~

see the view at the back~

muka letih kena tinggal. sian kat kami.

excited ! kami dah dapat naik flight~ depa semua mesti dah sampai~

sedih, xdapat makan dalam flight!!

lets go to KK.
KK here I come ~







ni geng transit p KK terus. time menunggu~

kat tangga pon jadi la, ok , everybody pose~

ok, Cep comel dengan tie purple.

asma + cep + kila

Hero Malaya!!
 wuhhoooo~

last from me :)
senyum walaupon letih.


Saturday 20 July 2013

Finally!


Assalammualaikum.

For the last 2 weeks, aku dengan skod aku terbang ke Sabah. kami p sabah sebab nak jadi leftenan muda, hohoho! best gila~ banyak pengalaman, banyak kawan, banyak duka, suka, kenangan!
ohsem experience once in our lifetime. DOOM3! ! ! ikot beat la bengong~


get ready guys~ kita nak p berjuang ni!

get ready gurls!

sebelum nak masok padang kawad.

muka semua gelap! sama spesis.

sesat sorang?

our best cadet~
#Adnin

hepy2 dulu!! kebas kaki kemudian~ bhahaha

bersama staff dan cik RSM.
#trademark: DOOMMM3!!!!

eh, airforce sesat kat darat napa ni??

bersama Mejar Zaid~ smart tak?

matnoor~~ wuhooo!

dari kanan Aiman, Syed, Mat Noor, Aidie dan Rain.
#HeroMalaya

kami akan buat yang terbaek!

hehehe~ its me!


jaga2 tercucut benet pulak nanti ~

tunggu ketibaan yang sakit kaki ni!!
sambil nyanyi lagu g, xtau brapa kali ulang~

detachment satu !!!
come on skod! hampa boleh!!!

Penanda kami!!!

detachment dua!! hampa the best!
perlahan jalan. kebas tangan lama sangat hold senjata!
ouh,, buat muka asko sikit, media ambek gambar!!kami masok tv tau!
kawad keluar padang kawad!!! thanks UMS~



breakfast pagi lepas kawad! makan roti ja haa.



sebelum masuk dewan watikah~snap sat!!
comfirm tdo dalam dewan. . letih tunggu!
ramai sangat~

kami menang detachment terbaik! first time in history of UITM!!!
#ProudToBeUiTm

we have win!!! time ni Uitm jerit2 kot. xsangka menang!
#Alhamdulillah
segala penat lelah akhirnya terbalas jugak.

Alhamdulillah, semua dah selesai!
Kapten saiful, u have taught many thing for us!
#hatimaukeras

semoga hampa berjaya dengan study masing2. 

bersama CI. and skod yang xberpecah dari junior g.
46,47,48,49!!!
bersama Cik rahim!
#ikotbeatLa doom3~~ bhahahahaha.
Kila dengan Cik mat. wuhhooo~
Cep! comey~ hahahaha
this is dewan watikah~  thanks to all~
this is Uitm arau~ we are tough!
now we are Y.O!
#Proud
bersama stap yang guide kitaorg time watikah!!
kila, dy nak jugak tangkap gambo~ bg p!
ingat no untuk tangkap gambar ramai2
#hehehe


last from me with besties!
lepas ni misi putihkan kulit!!! mood: PUASA + RAYA
Kami Dah Leftenan Muda


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template