Saturday 16 February 2013

Tidak Semestinya Dia

assalammualaikum. .

untuk santapan para sweet stalkers aku, sebelum aku balik ke bumi Perlis. Pasni lambat sikit aku nak update sebab busy dengan test, assignment and of course Final Exam.
Ini adalah nasihat untuk diri aku sendiri dan semua yang terlibat secara tidak langsung.

Awak,
Mengapa mahu lagi tunggu dia.
Yang sudah tiada lagi cinta.
Yang sudah makan gembira.
Manisan sudah tukar cuka.

Awak,
Mengapa mahu dikejar hingga gila.
Apabila awak sudah cukup berusaha.
Tetapi dia enggan mahu setia.
Tetap mencari cinta baru ikut suka.

Awak,
Kalau dia sudah tidak mahu.
Berhentilah jadi penunggu.
Tidak perlu buang waktu.
Untuk manusia begitu.

Awak, 
Buang saja rasa simpati.
Tanpa awak, dia masih boleh hidup sendiri.
Tanpa awak, dia masih kekal berdiri.
Tanpa awak, dia boleh cari cinta lain lagi.
Apa perlu awak terus menanti?

Awak,
Tak perlu korban segala untuk dia.
Bukan dia pandang awak siapa.
Dia tidak ingat bantuan awak masa dia jatuh papa.
Dia lupa masa dia susah awak sanggup jual segala.
Supaya dia dapat bangun dari jatuhnya.
Sekarang, dia sudah bagus awak dia buang begitu saja.

Awak,
Kalau dunia berpusatkan dia,
Awak masih punya banyak benda.
Dari Yang Maha Esa hingga keluarga.
Untuk apa menanti dia?
Orang luar tanpa ikatan bermakna.
Bahkan merosakkan jiwa.

Awak, 
Berhenti persiakan masa.
Masih banyak orang luar di sana.
Yang mencari pasangan setia.
Untuk mendirikan rumahtangga.
Bukan setakat jadi mainan masa gembira.

| n u n a |----> Awak, Percaya janji Tuhan kan?


Wednesday 13 February 2013

Knowing You

assalammualaikum. .

dah lama xupdate. . buzy bebeno aq ngan survey kat site, btw aq ucapkan HAPPY CHINESE NEW YEAR for my friends who celebrate it.
time cuti ini, adalah masa-masa untuk aq berbloging sebab internet kat umah laju. g pon dok kat perlis tu, aq xdak idea nak tulis. let's read it !



Awak,
bukankah awak kenal dia?
setiap inci dalam hidupnya ada dalam minda
setiap gerak lakunya awak boleh baca
Jadi, kenapa kerap bertanya?
Tentang dia setiap masa.

Awak
bukankah awak kenal dia?
Dia sudah berpunya
untuk apa lagi awak tertungu-tunggu
untuk apa lagi awak setia
padahal dia tak pernah cinta
Dengan awak yang pasang gila

Awak,
Bukankah awak kenal dia?
Diri awak xpenah wujud di mata.
Apatah lagi terlintas di minda.
Bagaimana awak mahu laungkan awak derita?
Menunggu dia separuh gila
Sedangkan kewujudan awak langsung tiada khabar berita.
Dalam hidupnya awak tidak pernah ada.

http://farm3.staticflickr.com/2371/5767122878_bf295e6d04.jpg

Awak
Sudah tiba masanya untuk berhenti
dari buang masa menanti
Lebih baik belajar sayang diri sendiri
itu lebih baik dari meracau diri tanpa henti.
#Belajar kenal Hati.

#Awak merujuk kepada Aku
#Dia merujuk kepada someone.

| n u n a |---- Macam mana nak tentukan hidup kalau hati sendiri kita xleh baca.



 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template