Monday 5 August 2013

Peminat or Crush.

[ Now Playing: I Love You by NajwaLatif ]

Jadi manusia yang pernah jatuh hati pada seseorang dalam masa yang singkat tanpa diketahui apa yang menyebabkan berlaku demikian, mungkin pernah dilalui oleh semua orang.
Kita tak tahu kenapa kita boleh menyukai seseorang yang secara tiba-tiba muncul sama ada hati terbiar, kosong atau kesunyian, kita biarkan dia menapak dalam hati, walaupun ternyata dia bukan orang kita cintai.
Sakitnya bila mengetahui dia berpunya di saat hati yang terbiar itu mula kenal rasa sayang. Pastinya membunuh lebih daripada keadaan asal yang hanya kosong tanpa perasaan.

Rahsia tersimpan kukuh. *senyum*

Dibiarkan saja, dan perasaan mula bernanah, kau beritahu kesakitan pada manusia paling kau percaya. Dia jadi permerhati kau menyulam kesakitan sendiri, mengubat hati dengan ketawa sepi serta memberi galakan pada manusia yang kau sukai. Manusia yang kau sukai  mula menunjukkan dengan gembira, pasangan dia pada kau tanpa mengetahui kau sedang memendam perasaan yang tidak kesampaian pada dia. Kau cuma rasa sayang dan takut kehilangan, walaupun hakikatnya kau bukan cintakan dia. Hanya sayang tanpa cinta tapi kau tidak sanggup kehilangan orang yang bikin kau ketawa.

*Senyum sinis*


Rahsia terbongkar. *tekejut*

Dia tahu kau simpan rasa suka pada dia. Dari gelak ketawa palsu kau yang cuba disembunyikan, dia mampu hidu kepincangan tarian kau di atas persahabatan yang terusik sedikit garisannya bila kau ketahui dia sudah berpunya. Celakanya diri kau bila dia sudah menyedari perasaan kau pada dia. Bahkan, dia berterus terang yang kau hanya kekal sebagai kawan baik dan dia tahu kau simpan perasaaan sayang pada dia. Dia tidak menafikan dan kau hanya gelak ketawa kosong melepaskan perasaan sebab bila dia nyatakan, kau sudah tidak lagi berkesan. Menyukai dia hanya sebagai seorang kawan kerana kau tidak pernah terlintas mahu jadikan dia pasangan.

Ya.
Kau pernah jadi peminat dia. Meminati personaliti dia tanpa kau sedari, itu hanya minat semata-mata bukan cinta. Mungkin reaksi yang kau tanggung terlampau dalam sebab kau sukar mahu tunjukkan rasa sayang pada manusia lain sekeliling kau. Dan bila kau bertemu lagi dengan dia, kau mampu tenung mata dia tanpa mengalihkan pandangan seperti kali pertama kau jumpa dia.Tanpa rasa sedih, tanpa rasa memalukan sebab kau hanya nampak dia sebagai kawan dan bukan manusia yang kau dambakan sebuah percintaaan.

Bila kau berpisah sebelum kau sempat memulakan sesuatu, itu bukan apa yang kita panggil kecewa dalam perhubungan. Itu lebih kepada kau tidak memikirkan perasaan sendiri dan bertindak melulu dalam membuat keputusan.

n u n a : Bila mata memandang dengan sinis, kami hanya mampu tersenyum manis. Ah, kalian tidak tahu persahabatan kami ibarat magis. Nah, cemburu buat kalian menangis.



 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template