Friday 12 December 2014

Peluang

[Now Playing : Relakan Jiwa by Hazama]

Kadangkala peluang itu terhidang di depan mata, cuma tidak mahu digunakan. Disebalik kenakalan dia yang suka mengusik sana sini, dia malangnya tidak pernah terfikir untuk menggantikan manusia yang sering buat dia terluka dan kecewa. Sialan, dia pernah mengutuk dirinya yang sentiasa berfikiran terbuka hatta manusia itu membunuhnya bukan sekali dua. Tapi, celakanya dia masih setia menunggu walaupun tanpa khabar berita.







Dalam mencari keseronokan lain tanpa perlu dia terbuai dengan kesakitan, banyak peluang untuk dia bersama manusia lain yang dapat dia lihat. Hatinya memberontak mahu mencuba,mana tahu dia dapat menghukum kekasihnya (padahal dia sedar yang dia bakal mati sendiri disebabkan si kekasih tidak memberi reaksi)  - dia akhirnya hanya mampu melihat peluang itu pantas berlau tanpa dia sempat menyentuhnya. Ah, dia mungkin lebih rela membiarkan peluang itu pergiberbanding dia meletakkan diri sama hina dengan manusia yang dia kenali mengkhianati cinta. Bahagianya, dia tidak pernah menghukum manusia yang sering membuat onar pada jiwanya. 


Sialan.
Peluang depan mata.
Mahu teruskan atau lepaskan saja?

Dia diamkan saja. Sebab dia percaya pada nilai setia ( walaupun sesetengah orang menyumpah dia kerana bodoh mahu kekal setia pada manusia yang tidak pernal kenal erti cinta dan hanya bertuhankan nafsu semata-mata) dan dia mahu terus sahaja jadi setia walaupun dia yang bakal musnah di penghujungnya. Kawannya pernah bertanya kenapa dia mahu terus setia. Jawapannya mudah seperti dia lepaskan angin busuk ke udara.



"Jangan ambil mudahpada manusia yang baik dan setia.Kerana, satu hari nanti pasti akan ada seseorang yang akan datang untuk mengambil benda yang tidak dihargai dan akan menyayanginya lebih daripada kau mampu untuk bayangi"


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template