Wednesday 28 January 2015

Bekas.


 [Now Playing : Mewangi // Akim ]

Tidak semua apa yang kita mahukan akan tercapai.
Kita berkenalan sejak kecil. Membesar bersama-sama.Pergi ke sekolah mengayuh basikal seterusnya berkejaran pada waktu rehat. Apabila hujan saling berebut tempat teduh. Tolak menolak, tarik menarik sudah menjadi permainan kita dikala bosan. Usia meningkat, jarak semakin jauh dan entah kesilapan apa entah,persahabatan itu sudah tidak ada nilai langsung. Tiada lagi bertegur sapa, yang ada cumalah sekadar tahu sapa dia. Mana segala kenangan bersama?

Itu jadi bekas. 
Bekas kawan.

Kita bercinta bagai nak gila,separuh dengan manusia yang buatkan kita teruja, tetapi akhirnya berpisah dengan dia. Kita tinggalkan dia, atau dia tinggalkan kita dengan sebab yang entah kukuh,entah tidak.Yang kita tahu,secara tiba-tiba, dalam ikatan yang sekadar aku cinta padamu,kau juga cinta padaku, musnah begitu sahaja. Manusia yang kita sayang itu, sudah jadi orang asing pada kita.

Itu jadi bekas. 
Bekas kekasih.

Kita habiskan wang berpuluh ribu. Jemputan beribu, sanak saudara yang terdekat, jauh datang mendoakan yang terbaik bila kita menjalinkan ikatan yang sah dengan manusia kita cinta. Tidak kira sama ada diaturkan keluarga,berkenalan di alam maya,perkenalan oleh kawan, hatta terkahwin tanpa perasaan, kita menerima takdir dan ketentuan dengan gembira. Percintaan yang mungkin sekejap, mungkin lama atau baru saja disemai selepas nikah tidak dapat diselamatkan. Amarah menguasai, lafaz memutuskan ikatan sah tekeluar. Yang halal jadi haram kembali.

Itu jadi bekas. 
Bekas pasangan.





Tidak ada sesiapa di dunia ini yang suka ditinggalkan. Meninggalkan mungkin ada,tapi ditinggalkan dengan kesakitan, aku percaya kebanyakan dari kita enggan melalui kesakitan yang bukan kepalang tersebut. Kadangkala kita kena melepaskan manusia yang hadir dalam hidup kita. Semua manusia yang hadir dalam hidup kita memberikan makna yang berbeza, tetapi kita harus tahu bukan semua akan kekal dengan kita sampai ke penghujungnya.

Kalau kita dengar orang menyatakan bahawa mereka telah melupakan segala bekas-bekas (tak kira lah kawan, kekasih atau pasangan hidup mereka - kecuali bekas makanan mungkin. . Hee~) sebenarnya sedikit sebanyak aku merasakan itu adalah satu bentuk penafian yang sangat ketara penipuannya. Ya, kita boleh kata manusia datang dan pergi dalam hidup kita. Itu mungkin betul.Tapi hakikatnya, manusia tak pernah pergi dalam hidup kita.Cuma peranan ataupun watak mereka sahaja yang berubah didalamnya. Kalau sebelum ini dia mungkin kekasih yang kita tidak sanggup kehilangannya, saat ini dia mungkin hanya seorang teman yang kita enggan dengar nama dia langsung.

Kadangkala kita akan merasa pelik bagaimana itu semua berlaku. Orang yang rapat, terlampau raapat dengan kita, hatta berkongsi katil bantal dan juga tempat mandi boleh berubah dalam sekelip mata. Manusia yang sangat memahami (ya, kita rasa begitu) - boleh berubah tanpa kita duga,kesakitan yang dia bawa dalam perubahan ituitu boleh membawa bencana (dan mungkin berita gembira). Daripada serapat rapat manusia, mereka jadi orang yang sangat asing bagi kita,

Siapa dia?
Siapa mereka?
Bekas kita.
Bekas awak semua.
Bekas mereka.

Nuna: Hello cinta pertama. Awak mungkin yang pertama tapi awak bukan segalanya. Awak mungkin yang pertama, tapi awak mungkin bukan yang terakhir.


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template