Monday, 17 September 2012

Andai Masanya Belum Tiba

assalammualaikum.update a new entry for today.Enjoy it !

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri. 

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Saturday, 8 September 2012

Single

Assalammualaikum,

selepas sekian lama,hari ini terasa nak update.mungkin entry ni agak bermadah, tapi layan je la. .hehehe :)

Kau sayang dia
Dia mungkin sayang kau
Kau cinta dia
Dia mungkin cinta kau

selama ini kau sahaja yang yakinkan diri bahawa dia segalanya buat kau, tetapi dia mungkin tidak mempunyai perasaan yang serupa. Kau tanam perasaan dengan harapan dia akan buat perkara yang sama pada kau. Tetapi harapan kau hanya kekal sebagai harapan. Kau pernah bagi tahu dia apa yang kau suka dan tidak suka,tetapi malangnya dia tetap buat ikut suka hati dia.

Kau malas nak ulang banyak kali,
Kau tak nak dia anggap kau pentingkan diri sendiri
Tapi kau sudah penat tanam perasaan makan hati
Kau susun semula perjalanan hidup apa yang kau mahu dalam menuju mati
Dan kau tak nampak keperluan dia di sisi

kau berhasrat mahu berhenti
BERPISAHLAH kau kini
Dengan dia yang tak mahu mengerti


Dan malangnya dia masih tidak mengerti
Mengapa kau melangkah pergi.

| n u n a | - kadangkala kita perlu jadi hero untuk diri sendiri, kerana orang yang kita tidak boleh hidup tanpa mereka, mereka boleh hidup tanpa kita.Lebih baik kita hargai kebolehan diri sendiri tanpa bersandarkan orang lain. ( 8 September 2012)

Friday, 17 August 2012

menabung~

assalammualaikum . .

terasa nk menaip malam ni, so terjadi lah entry yg tah apa2 ni. xdak content yang benefit langsung untuk disampaikan kepada readers. hahahaha. entry kali hanya sekadar suka-suka.

setiap hari aku menabung, walaupun hanya syiling sekupang, aku masukkan juga dalam tabungan aku.
aku memenuhi segala keperluan ku pada setiap hari, dan menghiraukan keinginan aku demi mencapai impian ku.walaupon, impian hanyalah duniawi semata-mata tapi aku mahu membelinya dengan hasil keringat aku.

Canon EOS 1100D
bila lah agaknya impian aku tercapai???ya allah permudahkan urusan hamba mu ini~
second, aku tengah kumpul duit nak beli superbike. what superbike???mest, ada yang cakap, gurl xsesuai nak bawak superbike. hello?? Do I care?

by the way, aku adalah minat several superbike.insyaallah, dengan kesabaran yang aku pertahankan, akan membawa kepada keuntungan.

yamaha R1
actually, aku suka sangat superbike, just addicted with it! so, kalau aku jumpa kat mana-mana da superbike, i will snap!! ( R A R E )
 i will see the the superbike until it lost from my sight~ (  R A R E )
superbikes.jpg
taken at queensbay mall.
Also taken at QB mall.



errr...lupa ar kat mna??

snap kat padang kota. :))
I WISH I COULD HAVE IT ONE DAY. THAT DAY WILL COME, SOON!!!

Friday, 3 August 2012

Expired date!!

Assalammualaikum.

dah lama xupdate blog. teras kekurangan di rutin harian di arau ini.. bukan xmau update tapi internet kat kolej aku ni ohsem sangat!! depresssed!. ok, Back to topic, arini nak bermadah cikit, hope u all u will like it, sampai menjilat hidung. . . wakakakaka!!

Bukan roti saja yang ada tarikh luput
bukan sahaja makanan sahaja boleh mereput
bukan rambut saja boleh kusut
Tapi perasaan boleh juga merosot.

Kadangkala kita perlu sedar
tidak semua benda kita boleh sambar
tidak semua benda kita boleh langgar
kerana manusia ada had sabar.



adakalanya kita perlu berhenti.
kerananya segalanya tidak akan kembali
ada yang datang,kekal disisi
ada yang muncul, berlalu pergi.

hakikatnya, kesakitan itu muncul dalam diri
kesakitan akan merayau dalam arteri
membunuh perasaan yang tidak terperi
Hanya demi kelangsungan nyawa di atas Bumi.

Nuna :: Hanya kerana orang buat baik kat hang,tu tak bermakna hang boleh ambil kesempatan pada dia!!


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template