Wednesday, 10 October 2012

Mistakes


[#Now Playing : Kelly Clarkson - Dark Side]

hari ni aku nak speaking london cikit.lama xspeaking.sebab xdak orang nak speaking dengan aku.Since, aku dah bejauhan dengan mama, lama xpractice speaking. hoho. .


Everyone makes mistakes. Some people repeat the mistakes. You and me, we make mistakes. Mistakes mature us, when we learn not to repeat.

At this very moment, you may be the dumped, or the one who dumped. Or even both. Either which, it could be one of the biggest mistakes of your life, to have had a fated relationship. The dumped is usually not very keen to forgive, forget and move on. They just can't. Forgiving is harder than the rocks fromMars.

Yes, your past may be bitter. But the present you're living should be sweet and better. To successfully move on is to forgive (even unwillingly). It helps to cure the bitterness in your heart. You and me, neither of us is as perfect as any of Allah's Messengers. You may find it's hard at times to forgive, forget, and move on. Well, that just shows you're human anyway. Human with bitterly-torn heart.

Give yourself some time, but you can't have all the time in the world. Afterall, it's not worth to hold grudges and carry it to the afterlife. You can just forgive all the wrongs, the painful wrongs and it's all settled here. The art of forgiving is, never hold grudges.

Remember, anytime is the best time to forgive.

Tuesday, 2 October 2012

Forgive Him

assalammualaikum. .

Hai Kak Mira, Its me!!

 entry ni aku buat semata-mata sebab rumet aku yang asyik dalam dilemma. terbit inspirasi ni pada pukul 4.50 am. Thanks Kak Mira ceta hang telah dapat memenuhi entry aku. So dis is my advised to you, Baca jangan tak baca ye.

Awak,
Sejak kebelakangan ni dia kureng jiwa,
kurang stabil dengan urusan kerja,
Paling annoying, dia mudah terasa.

Awak,
Sikap degilnya makin terbawa,
Sifat berdikarinya tidak dapat dikikis dari jadi pelindung utama,
sikap lantang bersuara,
sikap sembunyikan kesakitan yang dirasa.

Awak,
Maafkan dia,
Bukan dia mahu berahsia,
Tapi awak juga dia mahu jaga.
Dia enggan awak terluka,
Dengan dia yang cepat terasa.
Hatta dengan benda berkaitan kerjaya.
Dia rasa diri dia cukup celaka.

Awak,
Jangan risau satu perkara,
Kebendaan atas dunia bukan perkara utama,
Walaupun awak mungkin risau dengan sikap berdikari dia,
Tapi yakinlah bahawa dia hanya sayang awak sahaja,
Lebih tepat, hanya awak yang dia cinta.
Ya, awak yan mungkin membaca. hehehehehe :))

sory aku cilok. Moga bahagia,
Jangan dok gaduh sakan no!

|nuna| --> kadangkala kita terlampau mementingkan diri sendiri bila enggan mahu pasangan kita terluka dengan sikap kita yang cepat terasa bila keruh, mendung jiwa tidak dapat diluahkan segala.


Monday, 17 September 2012

Andai Masanya Belum Tiba

assalammualaikum.update a new entry for today.Enjoy it !

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri. 

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta. 


Ya Allah,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.
Ameen..

Saturday, 8 September 2012

Single

Assalammualaikum,

selepas sekian lama,hari ini terasa nak update.mungkin entry ni agak bermadah, tapi layan je la. .hehehe :)

Kau sayang dia
Dia mungkin sayang kau
Kau cinta dia
Dia mungkin cinta kau

selama ini kau sahaja yang yakinkan diri bahawa dia segalanya buat kau, tetapi dia mungkin tidak mempunyai perasaan yang serupa. Kau tanam perasaan dengan harapan dia akan buat perkara yang sama pada kau. Tetapi harapan kau hanya kekal sebagai harapan. Kau pernah bagi tahu dia apa yang kau suka dan tidak suka,tetapi malangnya dia tetap buat ikut suka hati dia.

Kau malas nak ulang banyak kali,
Kau tak nak dia anggap kau pentingkan diri sendiri
Tapi kau sudah penat tanam perasaan makan hati
Kau susun semula perjalanan hidup apa yang kau mahu dalam menuju mati
Dan kau tak nampak keperluan dia di sisi

kau berhasrat mahu berhenti
BERPISAHLAH kau kini
Dengan dia yang tak mahu mengerti


Dan malangnya dia masih tidak mengerti
Mengapa kau melangkah pergi.

| n u n a | - kadangkala kita perlu jadi hero untuk diri sendiri, kerana orang yang kita tidak boleh hidup tanpa mereka, mereka boleh hidup tanpa kita.Lebih baik kita hargai kebolehan diri sendiri tanpa bersandarkan orang lain. ( 8 September 2012)

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template