Tuesday, 1 October 2013

Cycle of Love.

[Now Playing: Purnama Merindu]

Hidup bagai roda yang sentiasa berputar.
Cinta sebahagian daripada hidup itu sendiri.
Ada naik, ada turun, mungkin juga mendatar.

Bila awk cinta dia, awak terluka.
Bila awak terluka, awak mula membenci dia.
Bila mula membenci dia,awak cuba belajar untuk melupakan dia.
Bila awak cuba melupakan dia, awak mula merindui dia.
Awak mula merindui keadaan kosong disisi.
Awak mula merindui tapak kosong dihati.
Dan tanpa awak sedari, awak akan mula jatuh cinta lagi.

Dengan siapa?
Dia?
Orang lain?
Itu tidak pasti.
(nuna, 1 Oct 2013)

Monday, 16 September 2013

Awak, Dia sudah Penat Mencari.

[Now Playing : Wrecking Ball by Miley Cyrus]

Awak.
Dia sudah penat mencari.
Kelibat awak yang selalu muncul dalam diri.
Dalam diam, dia menahan sunyi.
Mengajar diri supaya jangan rasa sepi.

Awak.
Dia sudah penat mencari.
Awak yang dia tidak akan temui.
Walaupun dia ajar diri supaya terus menanti.
Gerangan manusia yang dia sendiri tak kenali.

Awak.
Mungkin awak pernah muncul dalam hidup dia.
Mungkin dia terlepas dari jatuh cinta.
Klaupun awak melalui, dia harap awak akan menyapa.
Supaya dia kenal, awaklah orangnya.



Awak.
Mungkin sebenarnya awak adalah orang yang sentiasa disisi.
Dia masih tidak sedar akan isi hati.
Bahawa awak yang sedang menanti.
Agar dia tahu dia tak pernah sendiri.
Cuma awak masih enggan berkongsi.
Perasaan hati, luahan rasa peribadi.
Awak masih mahu memerhati.

Awak,
Kalau awak datang,datanglah bila bersedia.
Untuk mulakan segalanya.
Bukan termenung begitu saja.

Nuna: Kalau saya rindu, awak tidak akan pernah tahu kan?

Monday, 9 September 2013

Awak, Kadangkala Mimpi Membunuh Dia.

Now Playing: Sandiwara Cinta Cover by M.O.S

Awak,
Dia terjaga dari lena.
Dia mimpi yang membuatkan dia tersenyum bahagia.
Dia mimpi benda yang buatkan dia gembira.
Tapi rasa itu tidak kekal lama.
Dia terfikir, apakah harapan tinggi mengundang celaka?
Adakah syurga yang diidamkan akan bertukar neraka?
Ah, dia mula sakit kepala.

Awak,
Kalaulah awak mengerti.
Kalaulah awak memahami.
Kalaulah awak memerhati.
Kalaulah awak menyayangi.
Kalaulah awak merindui.
Kalaulah awak sedia berkongsi.

"Not all relationships are meant to last forever, but it can still be a mystery as to why they end."

Awak.
Mimpi itu memang indah.
Khayalan yang dicipta memang meriah.
Angan yang dikarang bersama tiada yang susah.
Segala yang dicitakan tiada erti payah.

Awak.
Untuk terus bersama, dia sanggup kesat air mata.
Untuk terus bersama, dia sanggup kekal berpura.
Untuk terus bersama, dia sanggup senyum palsu sentiasa.
Untuk terus bersama, dia sanggup berlakon ketawa.
Untuk terus bersama, dia sanggup terus bersandiwara.

Awak.
Tapi awak tahu sesuatu yang buat dia kecewa?
Itu semua hanya mimpi dia.
Yang membunuh sebab dia mengharapkan ia menjadi nyata.
Dalam diam dia mati begitu sahaja.

Nota kaki :
Hari dan dunia yang panjang semoga makin mematangkan dan memudahkan segalanya.
Disambut dengan senyuman, dilalui dengan penuh redha dan tabah demia apa yang dipanggil kejayaan.

Monday, 5 August 2013

Peminat or Crush.

[ Now Playing: I Love You by NajwaLatif ]

Jadi manusia yang pernah jatuh hati pada seseorang dalam masa yang singkat tanpa diketahui apa yang menyebabkan berlaku demikian, mungkin pernah dilalui oleh semua orang.
Kita tak tahu kenapa kita boleh menyukai seseorang yang secara tiba-tiba muncul sama ada hati terbiar, kosong atau kesunyian, kita biarkan dia menapak dalam hati, walaupun ternyata dia bukan orang kita cintai.
Sakitnya bila mengetahui dia berpunya di saat hati yang terbiar itu mula kenal rasa sayang. Pastinya membunuh lebih daripada keadaan asal yang hanya kosong tanpa perasaan.

Rahsia tersimpan kukuh. *senyum*

Dibiarkan saja, dan perasaan mula bernanah, kau beritahu kesakitan pada manusia paling kau percaya. Dia jadi permerhati kau menyulam kesakitan sendiri, mengubat hati dengan ketawa sepi serta memberi galakan pada manusia yang kau sukai. Manusia yang kau sukai  mula menunjukkan dengan gembira, pasangan dia pada kau tanpa mengetahui kau sedang memendam perasaan yang tidak kesampaian pada dia. Kau cuma rasa sayang dan takut kehilangan, walaupun hakikatnya kau bukan cintakan dia. Hanya sayang tanpa cinta tapi kau tidak sanggup kehilangan orang yang bikin kau ketawa.

*Senyum sinis*


Rahsia terbongkar. *tekejut*

Dia tahu kau simpan rasa suka pada dia. Dari gelak ketawa palsu kau yang cuba disembunyikan, dia mampu hidu kepincangan tarian kau di atas persahabatan yang terusik sedikit garisannya bila kau ketahui dia sudah berpunya. Celakanya diri kau bila dia sudah menyedari perasaan kau pada dia. Bahkan, dia berterus terang yang kau hanya kekal sebagai kawan baik dan dia tahu kau simpan perasaaan sayang pada dia. Dia tidak menafikan dan kau hanya gelak ketawa kosong melepaskan perasaan sebab bila dia nyatakan, kau sudah tidak lagi berkesan. Menyukai dia hanya sebagai seorang kawan kerana kau tidak pernah terlintas mahu jadikan dia pasangan.

Ya.
Kau pernah jadi peminat dia. Meminati personaliti dia tanpa kau sedari, itu hanya minat semata-mata bukan cinta. Mungkin reaksi yang kau tanggung terlampau dalam sebab kau sukar mahu tunjukkan rasa sayang pada manusia lain sekeliling kau. Dan bila kau bertemu lagi dengan dia, kau mampu tenung mata dia tanpa mengalihkan pandangan seperti kali pertama kau jumpa dia.Tanpa rasa sedih, tanpa rasa memalukan sebab kau hanya nampak dia sebagai kawan dan bukan manusia yang kau dambakan sebuah percintaaan.

Bila kau berpisah sebelum kau sempat memulakan sesuatu, itu bukan apa yang kita panggil kecewa dalam perhubungan. Itu lebih kepada kau tidak memikirkan perasaan sendiri dan bertindak melulu dalam membuat keputusan.

n u n a : Bila mata memandang dengan sinis, kami hanya mampu tersenyum manis. Ah, kalian tidak tahu persahabatan kami ibarat magis. Nah, cemburu buat kalian menangis.



 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template