Thursday, 4 September 2014

Pasangan/ Partners

Assalammualaikum
FUH FUHH FUHHH ! berhabuk dah. Second entry for 2014. check it out!

Pasangan itu mungkin manusia yang kau sayangi sepenuh jiwa. Yang kau hargai sepenuhnya, walaupun dia tak lakukan begitu rupa pada kau.

Alasan dia mungkin mudah.
Dia ada cara tersendiri untuk menunjukkan dia kisah.
Walaupun pada hakikatnya, itu semata tipu helah.
Kau telan saja walaupun mengah.
Kau hadam saja walaupun lelah.
Kau sudah malas mahu telagah.
Bila tipu muslihat dia semakin indah.
Kau senyum sahaja dan minta dia dijauhkan dari tulah.


Cantik.
Dia mungkin pasangan paling cantik untuk manusia lain, tapi dia kurang cantik untuk bergandingan dengan kau. Bukan dia tidak menarik, atau kau kurang daya penarik, cuma bila dipasangkan berdua, kalian nampak agak sedikit carik dan tiada istilah pelik. Mungkin juga jelik?


Entah.
Dia pasangan kan?
Kalaulah dia dan kau ada hubungan.
Ah, dia mohon manusia sekeliling berhenti berangan.
Dia sudah benci pasang angan.
Pergi mati sana impian.
Dia cuma hidup untuk masa hadapan.


Nuna : Kadangkala kita mahu semua benda kekal seperti dahulunya, tetapi kita kekal dalam angan dan impian. Manusia berubah dan manusia tidak akan kekal lama di satu tempat,walaupun kita pertaruhkan hati sendiri sebagai galang gantinya,





Wednesday, 26 February 2014

Love is..

"Bila kita jatuh cinta pada seseorang, jangan menyiksa diri dengan menganggap bahawa cinta kita tak diterima. Cinta itu tak pernah ditolak kerana, setiap insan memerlukan, menginginkan untuk dicintai. Wujudkan cinta itu dengan memberikan sesuatu bukan mengharap harap akan sesuatu sebab, apa yang diberikan kerana cinta selalu datang pada hati kita disaat itu juga. Kebahagiaan memberi jauh lebih sempurna dari pada kebahagiaan kerana menerima. Tapi…lain bila kita menginginkan sesuatu yang kita cintai. Keinginan itulah yang memberikan pahit pahit yang menghiris dada… Jangan menyiksa diri dengan menginginkan sesuatu…. Jangan sia kan cinta dengan beban yang berat mengharap mampu di pikul bahu. Keinginan memiliki mungkin tak kesampaian… Tapi… Percayalah pada diri… Selalunya cinta yang kita berikan seadanya Takkan pernah bertepuk sebelah tangan.."

Thursday, 5 December 2013

Dua perkataan

assalammualaikum. lama gila tak update blog. penuh dengan sarang semut ni, sebab blog ni terlebih manis. hahaha. ok back to topic! enjoy!

Dua perkataan.
Kadangkala lebih dari perbuatan.
Walaupun sekadar satu percakapan.
Pemula bicara yang ada sedkiut kejanggalan.
Ataupun pemati perbualan.

Dua perkataan yang sering saja dilontarkan sejak sedikit dewasa ini barangkali membentuk kita sebagai manusia. Lihat saja, dalam banyak benda yang selalu kita ucapkan - pastinya ada dua perkataan tang tidak akan terlepas dari bibir. Ya, kita sebut terima kasih bila orang buat baik atau menolong kita. Ada ke kita maki orang yang menolong kita? Ada juga - kalau orang tu tolong menjahanamkan masa hadapan dan kerjaya kita - memang terima kasih itu jarang kedengaran.Cacian makian atau apa sahaja yang luncur langsung terus dari mulut. Benar bukan??

so, just check it out, apa yang selalu orang sebut. hehehe

01- Terima Kasih
Mungkin ada yang kurang sedar ucapan terima kasih jarang kita dapat dari orang. kalau aku beli barang/ makanan aku akan cakap terima kasih pada orang yang menjual walaupun dia pandang pelik.tak salah pun cakap terima kasih pada makcik yang sediakan makanan kan?

02- Jaga Diri
dah lama tak dengar pesanan ni.Baca selalu juga la kot? Selalu pesan pada orang jugak. Ala, kita semua pesan macam ni jugak pada orang kesayangan kita kan? Hatta pada rakan atau sesiapa saja yang kita suka.

"Awak, jaga diri. Bawa moto elok-elok."

Itu adalah contoh. hahaha!

03 - Sayang awak.
Ececece!
Tak nak mengaku pulak ke selalu sebut mcam ni? hehe

Kadangkala kita sebut Sayang mama, Sayang Ayah, Sayang adik, Sayang Abang, Sayang Kakak dan sebagainya. Eh, tak nak terima juga?

Itu sahaja.
:)

thanks for coming to my event recently. hehehe
Batch 32 Awesome! !

Tuesday, 1 October 2013

Cycle of Love.

[Now Playing: Purnama Merindu]

Hidup bagai roda yang sentiasa berputar.
Cinta sebahagian daripada hidup itu sendiri.
Ada naik, ada turun, mungkin juga mendatar.

Bila awk cinta dia, awak terluka.
Bila awak terluka, awak mula membenci dia.
Bila mula membenci dia,awak cuba belajar untuk melupakan dia.
Bila awak cuba melupakan dia, awak mula merindui dia.
Awak mula merindui keadaan kosong disisi.
Awak mula merindui tapak kosong dihati.
Dan tanpa awak sedari, awak akan mula jatuh cinta lagi.

Dengan siapa?
Dia?
Orang lain?
Itu tidak pasti.
(nuna, 1 Oct 2013)

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template