Sunday, 28 August 2011

wHy u like heR??

assalamualaikom..
terasa nak update blog,akhir2 posa ni. Entry kali ni mungkin da kena mengena ngan personal life aQ..so harap terhibur (:

"aQ suka dy sebab dia adalah dia"

apa maksud hg dia adalah dia?

aQ just suka dia sebab dia adalah diri dia yang sebenar,yang aq boleh terima,dia adalah sebahagian dari hidup aq.
.


Lelaki sering memberikan jawapan yang seakan seperti di atas. Ia seperti bait-bait dalam lagu I Knew I Love You oleh Savage Garden. Bertemu dengan cetusan hati. Apabila dada seseorang lelaki itu berdegup secara tidak sekata dengan sebuah pandangan pertama. Itu lah cara seseorang lelaki sejati menemukan cinta. Ia tidak sama dengan lelaki yang 'sekadar cuba mencuba'. Mungkin lah ada, tapi ia boleh di katakan terpencil.

Namun, perasaan cetusan hati dari lelaki itu juga boleh terjadi kepada yang bukan pandangan pertama. Ia pernah berlaku dan akan terus berlaku kepada kawan-kawan, kawan sekerja, sekuliah, kawan lama, dan kenalan-kenalan. Malah ada juga yang terjadi kepada sepupu dan saudara jauh.

Kalau kau tanya aku, adakah cetusan hati itu senang terjadi atau tak. Aku akan jawab sebagai TAK. Dan cetusan hati itu tidak boleh di samakan dengan istilah Crush. Kerana crush itu untuk perempuan. Ia sebenarnya tak boleh di gunakan untuk lelaki. Kerana, perempuan mempunyai jiwa yang lembut. Fragile. Mudah tersentuh. Beralun. Maka mudah untuk perempuan kerap Crush kepada seseorang lelaki. Tetapi, lelaki tak!

Semua orang tahu hati lelaki bagaimana. Keras dan.. ya, puaka. Kadang-kadang busuk hati. Yang tidak busuk hati itu mesti cukup solat lima waktu. Kehkehkeh.(mmg padat)

Jadi, apa kejadahnya crush bagi lelaki? Aku rasa kita kena letakkan istilah baru untuk cetusan hati lelaki ini. Sebab cetusan hati lelaki, bagi aku jarang berlaku. Kita namakan sebagai.... Touch.

Dari touch inilah terjadinya scene dialog di atas. Ia seolah seseorang lelaki itu tiada alasan lain untuk men-describe-kan kenapa lelaki itu menyukai dan menyintai kekasihnya. Kalau crush (perempuan), kita akan dapat reason seperti ; 'Dia hensem, muka macam Jung Hung Yun, Kim Hung Ju, Ju-On, susu cap junjung, badan berketak, baik hati sebab belanja, pandai belajar, banyak duit dan sebagainya'. Ataupun kerana suka dengan Leplep kerana kelakar melihat fanpage 1000 orang menyukai Leplep barangkali.

Mungkin kita boleh beri excuse kepada lelaki yang menyukai perempuan kerana kecantikkan. Ya, kecantikkan itu realiti. Tapi, semua lelaki rasanya sedar bahawa kecantikkan perempuan itu tidak kekal. Besok lusa sudah tua, besok lusa kena simbah acid, besok lusa gara-gara salah produk pencuci muka, muka keluar tompok-tompok hitam, keluar radang dan sebagainya. Tak menyesal ke muka dah elok-elok, tapi sebab nak cantik punya pasal, tiba-tiba kena effect yang sooooooooo... Nauzubillah, tak baik kutuk ciptaan Tuhan.



I love you because i know my future is only with you.

Frasa di atas selalunya timbul apabila seseorang lelaki itu ada keyakinan dan jaminan. Keyakinan kerana percaya bahawa perempuan yang di cintainya itu akan menjadi miliknya. Jaminan kerana perempuan yang di cintainya itu telah memberi balasan kepercayaan kepadanya. Itu saja.

Tapi, aku terus-terang nak cakap. hampa boleh lupakan semua apa yang aku cakap tadi kalau kau seorang lelaki yang tiada ;




Duit.

Love needs money. But, money don't need love.

Kalau masih ada yang katakan tanpa duit pun boleh bercinta, berkahwin dan beranak-pinak zaman sekarang. Sila-silakan ringankan tangan bagi penampor sepam-dua.

Sunday, 7 August 2011

camna nak tackle lelaki yang ego



Yo. Macam biasa, setiap hari bila aku balik dari kelas yang dipenuhi dengan masalah-masalah yang tak di duga, aku akan on laptop, start online dan buka fB aku.

Antara soalan yang paling ramai orang tanya untuk tahun ni adalah soalan mengenai perigi mencari timba. Yes, perempuan sekarang dah gatal. Maklum lah, bilangan lelaki kan semakin... err.... priceless. Maksudnya, yeah, nilai seorang lelaki sekarang dah meningkat.(not so sure)

Antara jenis soalan yang ada ditanya kat aku adalah:

“Saya ada suka kat seorang lelaki ni. Apa yang perlu saya buat? Macam mana nak tackle hati dia?”

Well, dulu aku selalu cakap yang it is okay bila perigi pergi mencri timba. Tak ada hal. Tapi, I think im gonna change my mind due to own and friends’ experiences. Well, there are two things you (girls) must remember kalau you all nak luahkan perasaan dan memikat lelaki.

1. You are his type + cute + high confident.
You are cute. You are awesome. You are not cheap. You play hard to get. Not so social. Yeah, perfect package. So, mesti ada lelaki yang suka kat hampa. Lelaki tu pulak asyik stalk hampa ja. So, kalau hampa pun suka dia, and then, what the hell you waiting for? Lelaki kalau dia serious suka kat gurl, memang dia akan rasa malu-malu bila face to face dengan kau. Biasalah, lelaki kan pemalu. So, bila gurl at this point, tak ada masalah untuk gurl luah kan perasaan. Dengan kata lain, kalau hmpa yakin yang dia pun suka kat hampa, cepat-cepat luahkan perasaan. Or else you gonna lose game.

Lelaki dan perempuan berbeza. Kalau lelaki tu tak handsome, gemuk dan bla bla sekalipun, tapi dia pandai mengayat awek, sure akan cayaq awek tu. Tapi kalau perempuan, once lelaki tu tak suka sebab fizikal perempuan, super susahlah perempuan tu nak tackle lelaki tu.

2. You are not desperate.
I dont know about the girls. Tapi kalau lelaki tu tak suka certain perempuan ni,  10 kali perempuan tu mengurat lelaki, 100000 kali lelaki tu akan rasa rimas. And once lelaki tu rasa rimas, there are no way lelaki tu akan suka kat perempuan tu. Okay fine mungkin ada chance. Chance tu sentiasa ada. Tapi super low. Dan itu, akan membuatkan perempuan tu nampak pathetic. And desperate.


Tapi, kalau lelaki. 10000 kali perempuan rasa rimas, 10000000000 kali lah lelaki akan terus mengurat. Lelaki akan cuba, cuba, cuba dan terus cuba sehingga dia dapat buat perempuan tu cayaq. Biasalah. lelaki; the most amazing creature in the world. Never give up. Ehem ehem.

**********

So, kalau anda (girls) tak ada dua benda di atas, tapi anda nak juga luahkan perasaan, then you guys are taking a big risk. 

Well, dalam seumur hidup aku, aku pernah jumpa sekali je a couple yang perempuan buat first move.*eHem*Caranya, perempuan tu luahkan perasaan kat lelaki tu. Well, perempuan tu memang hot stuff ah. Dah lah hot stuff, alim pulak tu. Bak kata orang Hot and Cold. Two in one. Tu belum masuk lah perangai dia yang malu-malu dan pendiam. Cara perempuan tu tackle lelaki yang dia suka tu senang je. Dia pergi kat lelaki tu, then dengan selamba dia cakap "Saya suka awak". Di tambah dengan keberanian bak srikandi melayu dan kecomelan semasa malu-malu, perh. Cayaq beb.

So, dengan mudah je lelaki tu coupel dengan perempuan tu. Tapi, ianya hanya bertahan selama beberapa bulan. Which is giving the attribute to "Perigi tak patut mencari timba".


Aku tak pasti lah macam mana. Tapi, dari apa yang aku perasan, lelaki lebih suka perempuan yang aggressive. Serious shit, lelaki tak suka perempuan yang terlampau lemah gemalai. Terlampau lembik. Lelaki suka a girl yang boleh stand up for herself. Dan yang penting, berani melawan. Sebabnya, lelaki suka mengusik. Alah, macam cerita Korea lah. Si lelaki dan si perempuan mesti hari-hari gaduh. Tapi hampa yang tonton mesti rasa romantik kan? Macam tu lah. Lagi pun, kalau susah nak mengusik, bosan ah. Dah la lelaki cepat bosan dengan seorang perempuan. Then bila lelaki mintak putus, terus kata lelaki tu player. Padahal, lelaki tu bosan ja.

"Abis tu, macam mana nak tau yang pasangan tu sesuai dengan kita dan tak akan rasa bosan?"

Actually, hampa tak akan tau. Tapi, andai kata masa bergayut pun hampa berdua boleh rasa bosan, apa tah lagi bila masa tak bergayut, kan? Maksud aku, try ah cari someone yang kalau hampa duduk berdua tanpa cakap apa pun, hampa akan rasa.... indah. Err, ya, indah mungkin perkataan yang sesuai.

Cuba hampa bayangkan. Duduk di atas bukit yang tinggi, di waktu malam sambil melihat bintang. Tak ada kata-kata yang keluar. Yang ada hanya bunyi angin dan suasana samar-samar sinar malam. Duduk di situ untuk menikmati suasana hening. Feeling beb. hampa tak pernah ke rasa macam ni? Aduhh. Tak romantik langsung.

When a girl comes and approached a boy;

“Adakah lelaki akan pandang rendah kepada perempuan yang confess kat lelaki?"

No. Why? Rujuk balik dua point di atas. And if you are wondering :

"Betul ke lelaki hanya suka perempuan cantik / lawa / comel dan kurus je?"

Well, honestly, yeah. Secara kasaqnya, boleh kata 60% lelaki di dunia PREFER perempuan kurus dan ramping. *macam Az***. Maksudnya, depa suka perempuan kurus. Tapi kalau dah jatuh cinta dengan perempuan chubby-chubby sikit tak ada hal. 25% lelaki di dunia memang tak akan tertarik dengan perempuan berisi. 5% lelaki suka perempuan berbadan besar / gemuk. 10% gay yang suka lelaki ada six pack. Sama seperti perempuan yang suka pandang perut lelaki.

"But, the beauty is always in the eye of beholder."

Maksudnya, kau huduh macam mana pun. Kau pendek macam mana pun, mesti akan ada orang suka. Jadi, jangan la fikirkan sangat pasal cinta. What is cinta anyway?

Tengok lelaki ah. Perut buncit. Tapi awek, mak ai. Keliling perut. Yang perempuan, make up sana sini, sedut lemak sana sini, pak we tak der gak.

So, find someone you can live with. Not dying for..(i like dis statement)

Sunday, 24 July 2011

Cara untuk minta kawan baik bayar hutang

BFF dan GFF sekalian.

Kawan baik. Well, good to know yang hampa da ramai kawan baik. Okay now, sapa yang ada kawan baik tapi kawan baik tu dah bertukar jadi your worse enemy ever, sila angkat tangan. Yeah, I can see that ramai betul BFF dan bertukar kepada musuh utama yang tau semua rahsia.

Well, antara masalah yang kadang kala berlaku adalah bila kita dah rapat dengan someone, someone tu datang kepada kita untuk meminjam sedikit duit. Kita pulak kalau tak bagi mula lah rasa bersalah. Actually, kalau duit tu cukup, nak kasi pinjam tu tak dak hal. Masalahnya, adalah bayar balik.

Well, hampa ingat senang ke nak mintak balik hutang yang kawan baik pinjam? Susah beb. Andaikata hampa nampak BFF hampa tu dari jauh. hampa usha dia rapat2. Then slow-slow hampa gerak ke arah dia then approach dia dengan ayat.


"Haiii :). Hutang aQ bila nak bayaQ?"


Kalau hmpa perasan, even hmpa buat muka baik macam mana pun, hmpa pasti akan nampak amat jahat bila masuk bab nak mintak bayaq hutang kan? Tak percaya try ah. Well, aq pun tak tau psaipa tapi serious apa-apa yang berkaitan dengan hutang akan merosakkan suasana. Dan itu akan membawa kita ke situasi seterusnya which is situasi kekok antara hmpa dan your BFF.


Kekok? What kekok?Untuk pengetahuan hmpa, situasi kekok tu akan menjadi teruk kalau kawan-kawan baik hmpa tu tak dak duit atau tak mau bayar hutang. Tu belum kira lagi kalau hmpa perlu keluaqkan kenyataan-kenyataan yang menyedihkan tentang psaipa hmpa perlukan duit sangat-sangat pada masa tu and then selepas mengeluaqkan hujah-hujah sedih, boleh pulak dia kasi respond dengan


"Alaaa, nanti aq bayaq la. Macam la aq tak dak duit" (Obviously tak mau bayaq)
"Minggu depan boleh tak? Minggu ni aq tak dak duit ah."
"Ha ni asyik nak mintak hutang ja. Kan aq dah kata nanti aq da duit aku bayaq la."
Bila benda seperti di atas berlaku, confirm hmpa dah rasa segan dan malu nak mintak again kan? Lebih-lebih lagi bila kawan kita tu tak mau bayaq sebab dia takut dia tak cukup duit untuk makan.

So, ini adalah apa yang hmpa patut buat untuk meminta balik hutang kat kawan or kenalan hmpa tanpa mewujudkan situasi yang kekok dan pada masa yang sama, tak kan putuskan persahabatan hmpa.


Do it in a flash.
hmpa pakai baju smart-smart. Galas beg di bahu dan ready. Bila hmpa nampak je si peminjam duit tu di depan mata, hmpa teruih berjalan laju menuju ke arah dia seolah-olah hmpa dah lambat nak p kelas. Dengan rentak perjalanan yang pantas dan tanpa berhenti, hmpa teruih cakap


"Weh, minggu ni aq macam tak dak duit lah. Esok hg bayaq hutang aku ya?".
Then terus blah. Tak yah tunggu dia respon. Why? Sebab apa yang dia perlukan adalah notification tentang hutangnya. Dan masa yang kita bagi adalah 24 jam. Itu adalah rasional.

Bila buat cara flash macam ni, dia dah macam tak dak alasan nak bagi sebab ianya seolah-olah perjanjian telah termeterai yg dia kena bayaq hutangnya pada keesokan harinya.(yeay~~)


SMS berbentuk arahan.

Antara cara yang paling senang untuk ask your best friend to pay back whatever depa borrow adalah dengan menghantar satu SMS yang amat simple. Contohnya


"Salam. Hari Rabu ni hg bayaq hutang aq ya. Aq dah tak ada duit nak makan. Nanti aq mai bilik hg ambek duit."


Kelebihan SMS adalah 'ruang untuk berpikiaq'. Ya, pada masa ni, si peminjam biasanya akan ambek masa yang lama untuk reply mesej hmpa. Dan SMS juga tak kan membuatkan situasi kekok berlaku. Damn i hate situasi kekok. Tapi kalau dia tu lelaki dan jenis hati kering, dia mungkin akan reply dengan ayat "Tak dak duit". Well kalau ini berlaku, hmpa boleh guna next step.

Lepak-lepak dengan si peminjam duit.Hmpa cuba la cari masa-masa yang sesuai untuk duduk-duduk dengan si peminjam duit. Duduk sambil makan dan tengok TV misalnya. Then masa tengah layan TV tu, hmpa buat la ayat macam

"Aq ingat nak beli buku Bio macam kat TV tu lah. Tapi tak dak duit doe. Classmate / roomate aq pinjam duit tapi tak reti nak bayaq balik."
Ya, hmpa buat-buat seolah-olah si peminjam duit tu tak berhutang dengan hmpa. Then hmpa tibai ah macam.


"Benci betul lah aq dengan classmate aq tu. Pinjam pandai, tapi nak bayaq haram jadah. Pastu mengaku kawan. Tak guna."
Then selepas dah puas kutuk, hmpa keluaqkan ayat maut

"Eh, baru aq ingat, bukan ka hg pun ada pinjam duit aq ka dulu?"
Nailed it! Sumpah dia terasa. Dia terasa tetapi aku bet yang tak kan berlaku sebarang pergaduhan. Dan cara ni mungkin hanya berfungsi kat lelaki since lelaki tak sensitif sangat. Kalau hmpa perempuan dan hmpa guna cara ni kat perempuan yang sensitif, rasanya sure dia akan baling pinggan tu kat hmpa sambil putus kawan.

Suruh dia bayaq hutang Aq tanpa dia sedari.Cara lain yang mudah untuk dapatkan duit hutang hmpa adalah dengan membuatkan si peminjam duit tu membayaqnya tanpa dia sedar. Contohnya macam

"Weh, pinjam Rm50 hg sat, aq nak repair tayar moto aq lah".
Then keesokannya bila dia mintak duit, hmpa kata lah

"Oh, duit kau tu kira tolak hutang aq la. hg kan hutang aq RM50 hari tu."
Yeah, cara ni damn ohsem lebih-lebih lagi kalau digunakan pada hari dia dapat gaji / loan PTPTN or MARA. Dan please guna cara ni HANYA jika si peminjam tu TAK NAK bayaq hutang hmpa. Aq perasan most of the peminjam bukan tak mampu tetapi tak nak bayar hutang. Ya, kalau dia tak nak bayar, boleh guna cara yang agak kejam ni. Tapi kalau dia betul-betul tak dak duit, cara ni amat-amat tak di galakkan.



Well, bila si peminjam duit tu tak mampu nak bayaq, kita jangan lah paksa sangat. For the win-win situation, kita bleh guna cara lain which is offer bayaran balik secara ansuran. hmpa mungkin boleh suruh dia bayaq RM10 seminggu or atau Rm30 sebulan, janji bayaq. Tak pon, hmpa boleh suruh dia tanggung hmpa punya lunch. Yeah, itu pretty nice. Dia pun sure tak akan rasa terbeban untuk bayar balik.

Actually, aq rasa as long hmpa da duit lebih, memang tak ada hal lah kan nak bg orang lain pinjam duit. But then agak tak boleh blah lah bila depa dah ada duit, tapi still tak nak bayar. Dan, lagi-lagi tak boleh blah kalau si peminjam duit tu guna kan duit yang kita pinjamkan semata-mata untuk enjoy / beli baju,kasut whatever n so on sedangkan kita yang nak isi perut sendiri ni pun sebenaqnya berkira nak makan.

Apa pun, kalau hmpa kaya dan tak rasa perlukan duit, kira langsai je la hutang tu. Jadikan hutang tu sebagai sedekah. Ingat, the more you give, the more you get. Pengalaman aku, semakin banyak orang pinjam duit aq, semakin perlahan lah flow duit aku. Aq makan itu ini sampai perut membulat tapi duit rasa macam tak luak pun. Padahal masa tak dak orang hutang tak beli apa-apa tapi duit bergerak macam air.

Dan yang terakhir, meminjam duit dari kawan adalah satu "Friendship Killer". So, try your best untuk tak pinjam duit yang bukan ja dari kawan, tapi jugak dari siapa-siapa ja.

Saturday, 23 July 2011

Cara nak tau lelaki betul2 suka kt gurl (serius)

hello overemo and steady boys. . . .

lma xupdate.. tiba2 patik rsa nk update blog ni
so entry kali ni pasai seperti tajuk kt atas. .(hehehehe)

Well, kesian betoi kan bila aQ tengok ramai awek-awek comel di luaQ sana asyik kena dump dengan lelaki penipu. Berkali-kali kena dump. Sebab tu lah aQ tak support couple-couple ni. Aq tak penah kata couple ni haram atau apa. Cuma, jangan couple dengan lelaki yang hampa baru jumpa beberapa bulan. Sebab hampa sure end up dengan heartbroken.


So, memandangkn Nuna hari ni bek hati. Nuna nak bagi tau sikit lah apa yang lelaki akan buat bila dia betoi-betoi suka kat perempuan 2. .


Perangai dia berubah bila bersama dengan gurl.
Penah tak hampa jumpa lelaki yg garang gila. Bila lepak dgn member, pakai baju stock mat rempit ah koyak rabak. Rambut pulak tak kalah nak style punk ja. Tapi bila dengan gadis yang dia sayang, dia jadi lembutttt sangat(auuwww). Lembut macam bukan setakat pijak semut tak mati tapi pijak gajah pun tak terasa. Suara pun romantik ja bila tengah gayut.(perrrggghhhh)


Lelaki macam ni memang taste perempuan suka. Ahhh, tak payah cakap you girls nak lelaki yang muka jambu macam pelakon korea. Bullshit ja semua tu. Girls zaman la ni suka lelaki yang muka jahat. Perangai jahat. Tapi baik. Err i mean, yala, lelaki tu pakai baju koyak rabak. Rambut punk. Nek motor RXZ. Baju seluaq semua hitam. Tapi tolong nenek tua lintas jalan. Perh, confirm cayaQ perempuan tengok.

Dia marah gila-gila, tapi bila gurl pujuk, mudah ja dia hilang marah.

Lelaki memang sukakan benda-benda cantik. Benda-benda cantik seperti.... ikan dan seahorse. Dan tak lupa jugak perempuan. Lelaki memang sukakan perempuan cantik. Dan comey. Tapi tak guna gak kalau cantik dan comel kalau tak memikat kan? Apa yang aQ maksudkan di sini adalah kemampuan sorang perempuan. Ada certain perempuan tu ada muka yang membuatkan lelaki rasa sejuk ja bila tengok. Dan ada certain perempuan yang amat pandai memujuk tanpa menggoda. Dengan kata lain, kalau lelaki tu marah gila-gila then anda la satu-satunya orang yang mampu buat dia sejuk then itu maksudnya dia mungkin ada wink-wink dengan hampa.
Sebagai contoh, you girls lah. hampa emo gila. Mungkin emo sebab kena marah, atau sebab kena tinggal dalam mall atau whatever. Mesti di saat tu hmpa inginkan lelaki yang anda sayang untuk pujuk hampa kan? Actually bukan ada pa pun (over sgt). Emo hampa tu bila-bila ja boleh hilang. Tapi still hampa nak lelaki yang hmpa suka tu pujuk kan?
Mengada-ngada.(geli aQ)

Bila lelaki luangkan masa dengan hampa. 
hampa tau tak betapa specialnya hmpa kalau ada lelaki pause dota semata-mata sbb hmpa? HAMPA TAU TAK? God... seriously hampa kena sedaq nak-nak bila lelaki tu tengah main DOTA online (Garena). Lelaki kalau dia gilakan dota, dia memang akan utamakan dota. Tapi once dia utamakan gurls, maknanya dia utamakan hmpa dari game? It's a big deal. Duh.(i like dis)

Dan besanya, kalau lelaki tu suka kat hmpa, dia akan cuba sebaik mungkin untuk cari masa untuk hmpa. Tak kira la situasi pa sekalipon, dia mesti akan da masa untuk hmpa ya tak? Paling busuk pun tengah lunch mesti dia boleh text kan? Dan bila dia kata 3 hari straight dia tak dak masa langsung untuk hmpa, itu maksudnya hmpa dalam bahaya dan mungkin hampa dah membosankan dia.(ooo...shit!!)

Bila lelaki tu perasan dgn benda-benda yang paling kecik yang hmpa ada / buat. 
Kadang kadang, lelaki bila dia bergayut (Calling-calling) atau borak-borak dengan awek dia. Si lelaki bukan dengaq sangat pun apa yang si perempuan tu cakap. Kadang-kadang lelaki romantik macam *ehem* hanya akan tengok gelagat dia, cara dia bercakap dan sebagainya. Kalau bergayut pulak, aq lagi suka dengaq dia bebel. Dengar dia ketawa sensorang then ikut dia gelak bila dia gelak. Kelakar doe. Kelakar dan comey. Dan sweet. ( hehehehe )


So, apa yang lelaki akan perasan? Lelaki akan perasan tentang cara dia bercakap. Lelaki akan perasan bila masa besanya si gadis akan gelak. Lelaki akan perasan tentang cara si gadis susun ayat. Contohnya bila ada "Tapi" di belakang ayat. Dan most of the time, lelaki akan perasan si gadis punya nada. Actually lelaki romantik macam *ehem* ja yang perasan. Besalah, romantik. Lelaki melayu kan romantik.
Dia mula kenaikan hmpa dengan famili dan kawan dia.
Ini adalah benda yang amat common. Aq nak cerita pun malas. Tapi bila si lelaki ajak lepak-lepak dengan kawan-kawan dia, tu ada beberapa maksud. First, itu bermaksud dia nak cakap (lebih kurg cmni ar) "Oi kawan-kawan, tengok ah sini. Walaupun aq huduh, tapi awek aQ comelllll. Tak macam hmpa. Muka hensem. Tapi awek tak dak gak. Dan maksud yang ke dua adalah... Wait, why the hell bila lelaki kenaikan awek dia kat mmbe2 dia bermaksud lelaki tu serious?(not so sure)

Yes, dia akan kenaikan hmpa kat kawan-kawan sebab lelaki dan kawan-kawan memang tak boleh di pisahkan. Dan kalau boleh, lelaki nak semua kawan-kawan dia berkawan dengan si awek. So boleh la si lelaki tu keluar dengan awek dia bersama kawan-kawan dia. Dan pada masa yang sama, lelaki tak mau si perempuan tu mengongkong dia dari keluar dengan kawan-kawan lelaki.

Well, hmpa boleh tanya kawan dia.
hmpa boleh menyamaq sebagai bekas kawan sekolah bf hmpa then hmpa tanya la kawan bek dia. Most of kawan lelaki akan tau samaada kawan-kawan dia sedang bercouple / playboy atau tak. Tapi lelaki besanya tak cetakan sapa awek dia kat kawan-kawan dia even kat kawan rapat dia. Tapi, kawan lelaki sure tau samaada your boy tu dah ada special someone or not, kan? So, hmpa boleh susun langkah track your boy. 

Bila hmpa lari, lelaki tu akan kejaq.
Lelaki mudah bosan. yup. Kadang-kadang, dia rasa nak main game je memanjang. Dia mungkin akan main PC game sampai ignore awek dia. Tapi once dia habis main that game, dia akan mula tercari-cari awek dia. Then bila awek dia ignore, perh, lagi la si lelaki rasa nak cari. Yup, semakin perempuan lari, semakin kuat lah si lelaki kejar. Well, aq pernah tonton sebuah movie di Diva. Tajuk ceta tu adalah Play The Game. Antara quote dalam movie tu lebih kurg cmni ar. . 
"Love; You either know it when you meet her, or when you lose her." 

So bila si lelaki tu rasa dia kehilangan that girl, dia besanya akan rasa gelabah. Masa ni lah hmpa boleh gelak-gelak tengok apa yang dia buat untuk dapatkan you balik. Fun thing yang lelaki besanya tak boleh buat kat perempuan.



Kalau dia betul-betul suka kat korang, dia akan hormat segala batas.
Hormat yang aq maksudkan kat sini adalah pergaulan hampa. Tak daknya kalau hmpa bercouple, si lelaki usap-usap tangan hmpa sambil bayangkan benda bukan-bukan. Dan tak daknya lelaki tu pandang punggung hmpa sambil meleleh air liuQ. Okay fine memang ada(HAHAHAHA). Tapi lelaki macam tu mostly kejaQ seks semata-mata. Dan kebanyakkan girls adalah bodoh tak bijak sebab fall for him.

Tapi cuba you all fikir balik. Andai kata HMPA sayangkan satu benda, hmpa nak jaga elok-elok tak? Kalau LAn lah kan. Kalau dy jumpa seorang awek comey, bertudung litup, muka suci then pakai baju kurung setiap hari, dy rasa macam nak culik gurl dan sorok dalam almari. yelah. Dia tu comel. Tapi macam mana kalau ada lelaki playboy yang jahat tapi pandai mengurat nak tackle dia? Macam mana kalau awek tu TERjatuh cinta kat that boy? Mesti rosak that girl kan? See, aq dah kata *ehem* ni baik hmpa ja tak percaya. *Ehem.*(tersedak). .

Tapi hmpa kena ingat. Lelaki ni pandai. Perempuan pulak tak berapa nak pandai. Eley, perempuan belajar tinggi-tinggi tapi balik-balik kena tipu dengan lelaki lepasan SPM gak. End up masuk bilik gak.

Yes, most of perempuan tau yang lelaki serious bila lelaki tu ajak kawen. Tapi hmpa kena ingat. Lelaki pun tau yang perempuan tau. So, bila-bila masa ja lelaki boleh ajak perempuan tu kawen dan berpura-pura serious. Then bila perempuan setuju dan happy gila, si lelaki dengan bijaknya akan berckp "You you. Kita akan kawen nanti kan. So, apa kata you buktikan cinta you kat I. Malam ni check in hotel jom?"

Eh, jangan terkejut kalau aQ kata ramai dah terpedaya dengan lelaki buat ayat macam tu.

Dan, conclusionnya, yes, seseorang lelaki tu MUNGKIN sukakan hmpa kalau dia buat benda-benda di atas. Persoalannya, lama mana dia akan suka kat hmpa?


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template