Thursday, 6 October 2011

perempuan steady


so entry ni sal perempuan steady cam patik(perasan sgt)
ehem2..eh sakit tekak lak :)
so sapa rindu patik angkat ibu jari kaki..huahuahua 

assalamualaikum..
perempuan steady boleh di justifikasikan sebagai 'kapten kepada' perempuan nakal. Ia juga selalu dirujuk kepada separuh dari perempuan show-off dan perempuan low-profile. Dan lagi 30% menyamai perempuan muslimah (akan di review kemudian).


Firmly stable in equilibrium which free from change, variation or interruption.

Ada persamaan antara perempuan steady dan perempuan nakal. Walaubagaimanapun, setelah di analisis, perempuan steady lebih cool, rileks, tak cepat melatah dan kebarangkalian untuk para jejaka terpikat juga tinggi.(betul x)

Contoh stereotype

1. Seseorang perempuan steady mempunyai nickname yang educated dan serba cool. Nama menjelaskan sifat. Mereka takkan menggunakan nama dari buah-buahan, sayur-sayuran mahupun binatang seperti nama Cik Starfruit, LadyKangkung, mahupun Kak Tiger. Jenis nama perempuan steady yang boleh di ambil contoh ialah Elena Reeney, Maria Elena, SueAnnaJoe, Perempuan Jomblo, Rysa The Sheandroid dan sebagainya. Nama yang terlalu Melayu seperti nama Mahirah Kamal,  Lyana Hashim dan sebagainya tidak boleh di kategorikan sebagai perempuan steady, ia lebih sesuai di masukkan dalam kategori Perempuan Nakal. Apatah lagi kalau nama LuvElyaTiqAh, F4t3n Goj3s dan miEmiYbUchuK, tak masuk akal langsung, mungkin kategori perempuan gedik?

2. Perempuan yang steady tidak kekok menyesuaikan diri dengan perjumpaan, majlis, presentation mahupun sesiphotoshoot. Berperangai gila-gila? Mungkin. Lebih penting, mereka aktif, dan lain daripada yang lain aura aksinya. Sila rujuk gambar di sebelah untuk lebih memahami definisi perempuan steady.

3. Sama ada perempuan steady itu bertudung atau tak bertudung (menutup aurat atau tak menutup aurat), perilaku perempuan steady yang sentiasa ke depan dan menonjol tidak terhalang. Dapat dilihat, jika dalam sebuah kumpulan wanita, perempuan steady lebih menarik perhatian. Maka ini menidakkan kajian Prof.Dr.Sir.Dato'.Haji. Azizi Lokman yang mengusahakan perniagaan MLM Minda Power, dimana, kenyataan beliau bahawa 'perempuan steady tak berkarisma' adalah tidak tepat.

4. Salah satu fakta yang menarik mengenai perempuan steady, mereka di kenali bukan kerana kontroversi. Tapi, kerana berkat usaha daya gigih mereka dalam kerjaya dan hobi. Ya, perempuan steady kebanyakkannya  boleh berbahasa Inggeris dengan cemerlang. Berseni orangnya dan jika dalam bidang sains, mereka di kalangan antara yang genius.

Lelaki yang bercinta dengan perempuan steady. Apa kelebihan dan kekurangannya?

Kelebihan

1. Simbol Gegurl Power™.
Jangan salah sangka dulu. Ini tak sama maksudnya dengan simbol seks. Gegurl-Power™ merupakan satu trademark yang di khaskan untuk sekalian para wanita yang berani kehadapan mengetuai sesuatu isu, topik dan kajian. Mereka berani untuk bersuara, tak suam-suam kuku diam macam orang tongong. Ramai lelaki moden sekarang sukakan perempuan sebegini di jadikan teman wanita bahkan isteri supaya dapat melancarkan lagi keharmonian perhubungan agar tidak suram dan tidak membosankan.

2. Hebat di ranjang?
Mungkin fakta ini agak sedikit kontroversi. Benarkah perempuan steady hebat di ranjang? Menurut responden dalam 'Kajian Wanita Era Moden oleh Dr Fritzhaulger Watson' yang kita ketahui sebelum ini, 64 dari 100 orang responden wanita merupakan golongan wanita yang mempunyai kehidupan seks yang aktif.  Kemudian, 51 dari 64 orang responden wanita tersebut telah di kenal pasti sebagai perempuan steady. Di Malaysia, kajian seperti ini mungkin hanya valid kepada wanita yang telah berkahwin kerana isu seks masih menjadi taboo dalam masyarakat. Namun, cuba kita fikir kembali. Sifat yang di tunjukkan oleh perempuan steady yang dominan itu, adakah ia langsung tidak mempengaruhi corak laku seks nya yang lebih dominan di ranjang?

3. Pemangkin kreativiti perhubungan dalam mengimbangi status lelaki.
Ia sedikit sama dengan klasifikasi dengan perempuan nakal. Namun, bezanya di sini ialah nilai kreativiti yang lebih maksima di praktikkan. Sebagai seorang lelaki, kita mahukan teman wanita kita berkomitmen dan setia. Namun, semua komitmen dan setia itu hanya akan jadi sia-sia jika kita sebagai lelaki sahaja yang beria lebih-lebih menjaga perhubungan bukan? Jadi, resolusinya ada pada perempuan steady yang mampu memberi impak equilibrium dalam memangkinkan nilai kreativiti perhubungan. Fikirkan, anda seorang lelaki berkerjaya, takkan anda hendak mencari perempuan yang biasa-biasa saja? Nak cari perempuan operator pengeluaran je ke? 5.49 je? Nafsu kita sebagai lelaki berkerjaya semestinya nak cari yang up-up macam kita jugak kadang-kala bukan?
4. Cun-melecun dan menyerlah.
Yeah. Ini yang pasti-nya yang di mahukan oleh para lelaki di luar sana. Bergaya, dan nampak elegant. Berlilit ke, bunga besar ke,ada aku kesah™? Perempuan steady jarang untuk memakai pakaian bercitarasa pelik dan kebudak-budakkan. Macam mana pelik tu, rujuk gambar sebelah. Ini kerana, ramai di antara perempuan steady merupakan trend-setter sesuatu fesyen dan ideologi. Bila mereka mengenakan pakaian, mesti akan ramai perempuan-perempuan lain akan cuba ikut. Yang selalu ikut, konfemlah perempuan nakal. Obvious.


Kekurangan

1. Maintenance tinggi
Perempuan yang steady, memerlukan belanja yang banyak dalam mengekalkan aura mereka tersendiri. Kalau duit mereka tak di habiskan ke make-up mahupun set facial SK-2. Mereka akan habiskan duit itu dengan membeli fesyen. Shawls, heels, baju, denim, cardigans, aksesori, jam tangan, dan sebagainya. Kalau dapat yang branded, lagi suka. Selalunya mereka akan kata 'tak kesah murah, asalkan cantik'. Namun, itu semua tak valid bila ada sales di MNG. Walaupun 50% discount sekalipun, tapi 50% dari RM400, ia masih di kira mahal bukan? So, lelaki yang hendak mengendalikan perempuan steady, kena lah ada duit yang banyak. Takde duit, mungkin boleh guna senjata mulut? Kalau dapat lah.

2. Arrogant
Baiklah, ini merupakan sebuah keburukkan bersifat peribadi. Mungkin ada yang mempunyai sikap sebegini, dan ada yang tak. Perempuan steady selalu mendapat perhatian orang lain. Once thing yang kita kena tahu mengenai perempuan steady, mereka takkan jual murah dan menggedik bila ada lelaki hendak cuba memikat mereka. Jadi mereka akan jual mahal, tunjuk arrogant sedikit. Jelingan tajam dengan gaya seolah berdendam itu memang biasa datang dari perempuan steady yang cuba memberikan amaran kepada lelaki lain yang cuba menggatal terhadap dirinya. Apatah lagi kalau perempuan steady itu dah berpunya. Kita sebagai lelaki nampak ia sebagai arrogant. Namun, sebenarnya ia merupakanprotected-shields bagi perempan steady.

3. Mangsa kutukan
Isu di sini mudah saja. Sebab pandangan setiap orang adalah berbeza. Ada orang panggil perempuan steady sebagai perempuan kuat mencapap. Ada yang panggil sebagai cool and fun (pandangan aku lebih kepada ini). Namun, sebagai iconic kepada perempuan nakal, golongan perempuan steady sentiasa tak lekang dari gosip, kutukan dan syarahan agama free-free di internet. Jadi, bila kita ada teman wanita perempuan steady, adakah kita akan kekal memberi supportif atau mula rasa jelek dengan segala mulut orang yang jeles? Di sini lah cabaran yang perlu di sahut oleh lelaki yang bercinta dengan perempuan steady. Bersedia untuk menerima tempias kutukan dari orang lain. Kalau di puji, standard lah kalau hidung kembang ye dak?

Kesimpulan


Dalam mengimbangi bilangan wanita yang semakin ramai di Malaysia, keperluan perempuan steady telah bertambah seiring dengan trend dan permintaan semasa. Perempuan steady merupakan sebuah simbol kepada perempuan-perempuan di Malaysia dalam menerajui era moden. Ramai perempuan mendambakan gaya seperti perempuan steady, namun.... Hak alah, jadi diri sendiri sudeyhh. tak payah lah nak ikut orang lain sangat.

Kan kan kan?


p/s : Nak reference ke? ok. semua gambar adalah sekadar hiasan semata bertujuan menerangkan lebih lanjut mengenai artikel ini. Gambar 1st diambil dari hentakbelipat. gambar 2nd, helly yg bagi. gambar atas ni, aku lupa mana aku dapat. tapi perempuan gambar atas ni memang steady! credit to all! 

Tuesday, 4 October 2011

perangai perempuan memang susah difahami


saja wat entry ni.. aq trjumpa..hohoho

Tuesday, 20 September 2011

favourite singer

wonderful voice...patik terpegun sangat . . .

nice video,very cool..

ala...aq suka ni.tenang je bila dengar. . .flute 2 menusuk kalbu,argghhhhh~~~~i'm in love with him (:

Wednesday, 14 September 2011

rentetan hati


Awak sayang dia.
Awak sayang dia sepenuh jiwa.
Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.


Awak cinta dia.
Awak cinta dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.



Awak suka dia.
Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.
Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?


Awak, segalanya sudah berakhir lewat masa.
Tiada apa lagi yang tinggal untuk awak kononnya setia.
Awak bukan manusia yang dia tunggu dengan ceria.
Bahkan mungkin (dan ternyata) dia mahu awak pergi dengan segera.
Dalam hidup dia.
Dalam kisah mereka.

Awak, sudah menitis air mata.
Awak, secepat mana pun awak seka, ia sudah tumpah juga.
Tumpah sedikit untuk dia yang tidak buat awak gembira.
Perkenalan dengan dia hanya bikin hidup awak celaka.
Kalau ada sedikit kenangan suka, hanya satu kepingan kecil di celahan duka.
Ya, hidup awak sudah hilang senyuman bahagia.
Lama.


Aneh bukan?
Awak simpan perasaan.
Awak duduk menyulam kedukaan keseorangan.
Tetapi dia dengan seenaknya merangkul pasangan.
Awak diam dan menoleh pun enggan.
Awak cuba pertahankan persahabatan.

Tetapi dia bila mula bernyawa sudah berperangai macam bajingan.
Bukan awak yang dia perlukan.
Bukan awak yang berikan dia kegembiraan.
Walaupun awak sudah banyak berkorban.
Tetapi ternyata, awak terkorban.
Rasa sedikit syaitan?
Permainan?

Awak, sakit dada?
Menahan perasaan yang mencengkam jiwa.
Menahan sakit yang dipendam di lubuk atma.
Menahan tumpahnya air mata.
Mengalir tiga minit dan awak seka.
Tiga minit untuk hilangkan sakit berapa lama?

Awak, masa untuk tinggalkan segala duka.
Masa untuk tinggalkan segala nestapa.
Masa untuk berhenti mengalirkan air mata.
Masa untuk lupakan segala.


Awak, kalau sekalipun dia akan kembali, itu hanya mimpi.
Kerana bila susah sahaja awak akan dicari.
Bila dia jatuh sahaja awak tempat dia paut berdiri.
Bukan saat dia sudah mampu bernyawa sendiri.
Bukan saat dia sudah boleh minum air guna tangan kiri.
Bukan saat dia sudah tersenyum nampak gigi.


Awak, kesakitan mengambil masa untuk sembuh.
Gunakanlah senjata awak yang paling ampuh.
Kekuatan dan ketabahan awak untuk tempuh.
Sebab awak kuat untuk rempuh.


Awak, di saat awak mahu secalit gembira, dia sudah musnahkan dalam diam.
Janganlah awak simpan perasaan dendam.
Bukankah hati awak tempat terbaik untuk elakkan benda masam?
Bukankah awak masih lagi mampu tersenyum walaupun hati dijeruk pendam?
Simpanlah dan jadikan pengajaran mendalam.

Awak, di sebalik duka pastinya akan ada gembira.
Sudah tiba saat awak kembali buat kerja gila.
Tiada lagi hati yang awak perlu jaga.
Tiada lagi awak perlu membuang masa.
Mengambil berat pada orang yang tidak hargai jasa.
Mengambil tahu atas nama berkongsi rasa manusia.
Tiada lagi awak perlu jaga atas dasar keluarga.
Tiada.


Awak tidak mampu hadir sebagai pasangan.
Awak tidak mampu hadir sebagai kawan.
Awak tidak mampu hadir sebagai lawan.
Masa untuk selamat tinggal jadi ucapan.

Selamat jalan.
Selamat menemui kebahagiaan.
Selamat berjumpa karma yang sakitnya kalah manusia pelacuran.
Selamat merasai apa itu kesakitan.
Selamat daripada tangan yang menggigil mahu melakukan pembunuhan.

Selingan :

Berbuat baik dengan mereka yang kita tidak sukai (atau mungkin juga benci) bukanlah hipokrit ataupun bermuka-muka. Itu tandanya kita sudah berjaya membesar dengan mata dan juga itulah tanda sifat profesional.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template