Friday 24 March 2023

Ibu mengandung, jangan paksa diri berpuasa jika ada 5 tanda ni

 “Ala sejam je lagi nak berbuka. Boleh kot tunggu”


“Dah tengah hari, rasa sayang plak nak berbuka posa”


“Mengandung sebelum ni elok je puasa penuh, takkan mengandung kali ini tak boleh kan?”



Ya Nuna tahu, ibu cukup sihat dan mampu berpuasa Ramadhan

Namun demikian, ada few conditions yang Nuna nasihatkan untuk segerakan berbuka puasa.

Keadaan di mana ibu hamil yang berpuasa dinasihatkan untuk berbuka :

1) baby kurang gerak - berbuka puasa segera kemudian pantau gerak baby selepas tu, kalau masih kurang sila jumpa Dr. 

2) ibu mula berasa contraction yang sakit - buka puasa dan pantau keadaan, kalau terus menerus contraction berserta rasa sakit sila jumpa Dr.

3) ibu berasa tak sihat - demam, rasa nak pitam, sangat dehydrated ; sila la berbuka puasa. 

4) Ibu dengan GDM pada mulanya BSP ok, tapi setelah berpuasa BSP jadi tinggi dan tak terkawal / atau BSP menjadi terlalu rendah - sila la berbuka puasa. 

5) Bila si ibu bimbangkan keselamatan dirinya dan keselamatan baby dalam kandungan - sila la berbuka puasa. Hal ni sama pada ibu yang menyusukan anak.

Segala keberkatan Ramadhan tak bermakna, jika si ibu tetap degil meneruskan berpuasa walaupun dah ada mudarat kepada dirinya dan bayi dalam kandungan. 

Jangan paksa diri. Islam itu mudah, lagi memudahkan. 

Tips kenyang lama, Nuna minum ESP + Kurma . Alhamdulillah khasiat ESP dapat dan kurma pon dapat! 

Produk Shaklee paling laku bila time puasa.

Sesuai untuk ibu Mengandung dan menyusukan anak. 

Nak dapatkan ESP boleh terus wassap Nuna ye. Klik DI SINI untuk order tau. 

Selamat Berpuasa bagi semua ibu ibu di Malaysia. 

Wednesday 22 March 2023

TIPS berpuasa untuk ibu Mengandung

Ramai ibu hamil selalu ingat kalau dah hamil/ mengandung tak wajib puasa. 

Ini salah. Tapi ibu hamil yang TAK LARAT berpuasa baru boleh berbuka. 

Ibu yang tak ada masalah kesihatan,sihat WAJIB berpuasa. 

Harini Nuna nak bagi TIPS berpuasa untuk para ibu. Semoga ibu dapat manfaat dan syafaat berpuasa untuk bulan yang mulia ini. 

1. JANGAN SKIP SAHUR ! 

Kalau anda skip sahur, sepanjang berpuasa anda akan rasa lesu, tak bertenaga. Sebab bila bersahur, nutrien dalam makanan akan bekalkan tenaga untuk anda sepanjang hari ! 

tak lalu makan nasi, Nuna cadangkan ambil ESP(Energising Soy Protein) untuk kenyang lebih lama dan  bertenaga sepanjang hari. Tak la asyik tido ja time puasa.

Berat badan terkawal dan bertenaga

Minum protein soya Shaklee tau

2. Pastikan diri anda terhidrat

Minum air kosong/mineral secukupnya semasa bersahur dan berbuka puasa. Wanita hamil memerlukan purata air yang lebih disebabkan nutrisi yang diserap oleh bayi dalam kandungan. 

Ibu hamil juga digalakkan untuk makan buah buahan dan sayur yang lebih supaya kekal terhidrat. 

Nuna nasihatkan elak makan makanan masin tau! 

Shaklee juga ada air isotonik untuk ibu kekak hidrat sentiasa. Yang special boleh mix dengan buah buahan untuk rasa yang lebih sedap! 


PD LIME + TEMBIKAI 

3. Mempunyai diet yang seimbang

Mengekalkan diet yang seimbang adalah perlu untuk memastikan anda dan bayi anda menerima nutrien yang mencukupi. Pastikan makanan anda pada waktu sahur dan iftar mengandungi keseimbangan nutrien seperti karbohidrat, protein, vitamin dan serat.

Makan karbohidrat yang lebih kompleks akan membantu anda berasa kurang lapar kerana karbohidrat kompleks melepaskan tenaga dengan lebih perlahan. Karbohidrat kompleks termasuk makanan seperti beras perang dan roti wholemeal dan pasta. 

Protein tanpa lemak dan lemak sihat daripada makanan seperti kacang dan minyak zaitun juga merupakan sumber nutrien yang baik yang anda perlukan untuk kekal sihat pada bulan Ramadan.

Nak mudah boleh minum CINCH Shake sebab kandungan protein dan serat yang lengkap. Ada 3 perisa pulak tu. 

Perisa Chocolate, Latte dan Vanilla. 

4. Kawal saiz bahagian anda

Jaga portion makan, jika anda makan banyak makanan yang tinggi gula dan garam. Makan la secara bersederhana. Ini akan menghalang anda daripada mendapat berat badan atau berasa tidak selesa selepas makan.

Kalau tak nanti nak pi terawih malas pulak,sebab mengantuk dan terlebih kenyang. 


5. Bergerak untuk kekal aktif

Anda boleh briskwalk dekat area rumah anda, siram pokok bunga atau pun anda aktif melalui senaman sederhana boleh membantu mengekalkan tahap tenaga anda sepanjang hari dan mengurangkan risiko sakit belakang, sembelit, dan berat badan berlebihan semasa mengandung. Masa yang lebih baik dilakukan kira-kira sejam sebelum sahur.

Nak dapatkan SET PUASA SHAKLEE boleh terus contact Nuna ye CONTACT NUNA





 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template