Saturday 8 September 2012

Single

Assalammualaikum,

selepas sekian lama,hari ini terasa nak update.mungkin entry ni agak bermadah, tapi layan je la. .hehehe :)

Kau sayang dia
Dia mungkin sayang kau
Kau cinta dia
Dia mungkin cinta kau

selama ini kau sahaja yang yakinkan diri bahawa dia segalanya buat kau, tetapi dia mungkin tidak mempunyai perasaan yang serupa. Kau tanam perasaan dengan harapan dia akan buat perkara yang sama pada kau. Tetapi harapan kau hanya kekal sebagai harapan. Kau pernah bagi tahu dia apa yang kau suka dan tidak suka,tetapi malangnya dia tetap buat ikut suka hati dia.

Kau malas nak ulang banyak kali,
Kau tak nak dia anggap kau pentingkan diri sendiri
Tapi kau sudah penat tanam perasaan makan hati
Kau susun semula perjalanan hidup apa yang kau mahu dalam menuju mati
Dan kau tak nampak keperluan dia di sisi

kau berhasrat mahu berhenti
BERPISAHLAH kau kini
Dengan dia yang tak mahu mengerti


Dan malangnya dia masih tidak mengerti
Mengapa kau melangkah pergi.

| n u n a | - kadangkala kita perlu jadi hero untuk diri sendiri, kerana orang yang kita tidak boleh hidup tanpa mereka, mereka boleh hidup tanpa kita.Lebih baik kita hargai kebolehan diri sendiri tanpa bersandarkan orang lain. ( 8 September 2012)

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template