Saturday 16 February 2013

Tidak Semestinya Dia

assalammualaikum. .

untuk santapan para sweet stalkers aku, sebelum aku balik ke bumi Perlis. Pasni lambat sikit aku nak update sebab busy dengan test, assignment and of course Final Exam.
Ini adalah nasihat untuk diri aku sendiri dan semua yang terlibat secara tidak langsung.

Awak,
Mengapa mahu lagi tunggu dia.
Yang sudah tiada lagi cinta.
Yang sudah makan gembira.
Manisan sudah tukar cuka.

Awak,
Mengapa mahu dikejar hingga gila.
Apabila awak sudah cukup berusaha.
Tetapi dia enggan mahu setia.
Tetap mencari cinta baru ikut suka.

Awak,
Kalau dia sudah tidak mahu.
Berhentilah jadi penunggu.
Tidak perlu buang waktu.
Untuk manusia begitu.

Awak, 
Buang saja rasa simpati.
Tanpa awak, dia masih boleh hidup sendiri.
Tanpa awak, dia masih kekal berdiri.
Tanpa awak, dia boleh cari cinta lain lagi.
Apa perlu awak terus menanti?

Awak,
Tak perlu korban segala untuk dia.
Bukan dia pandang awak siapa.
Dia tidak ingat bantuan awak masa dia jatuh papa.
Dia lupa masa dia susah awak sanggup jual segala.
Supaya dia dapat bangun dari jatuhnya.
Sekarang, dia sudah bagus awak dia buang begitu saja.

Awak,
Kalau dunia berpusatkan dia,
Awak masih punya banyak benda.
Dari Yang Maha Esa hingga keluarga.
Untuk apa menanti dia?
Orang luar tanpa ikatan bermakna.
Bahkan merosakkan jiwa.

Awak, 
Berhenti persiakan masa.
Masih banyak orang luar di sana.
Yang mencari pasangan setia.
Untuk mendirikan rumahtangga.
Bukan setakat jadi mainan masa gembira.

| n u n a |----> Awak, Percaya janji Tuhan kan?


0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template