Tuesday, 23 July 2013

awak, dia KAWAN atau CINTA HATI??

assalammualaikum. . .

Awak.
Dia kawan?
Atau sekadar kenalan?
Ataupon seorang pasangan?

Awak.
Dia tahu dalam cinta, pasangan adalah kawan.
Dia tahu dalam cinta, pasangan adalah teman.
Dia tahu dalam cinta,pasangan itu ada batasan.
Tapi dia tidak mengerti bila awak layan kawan macam pasangan.
Macam sudah terbalik bukan?

Awak.
Bila ada waktu lapang, dia mahu habiskan masa bersama.
Tapi awak selalu beri alasan sibuk bekerja.
Ada saja aktiviti awak, walaupon hakikatnya dia tahu awak ada waktu percuma.
Tapi bila kawan ajak keluar bersama,awak bingkas bersiap segala.
Awak katakan itu waktu untuk awak bergembira.
Jadi bagaimana dengan dia?
Bukan sesiapa?

Awak.
Siapakah dia sebenarnya?
Adakah sekadar peneman bila kawan awak tiada?
Adakah cuma kenalan biasa?
Adakah manusia yang awak cari bila awak suka?
Adakah dia orang yang awak cinta?
Dia sudah tiada jawapan lagi bagi soalan yang bergema.

Awak,
Dia tahu dia masih lagi mampu bertahan.
Walaupun semakin lama, semakin rapuh benteng pertahanan.
Walaupun semakin lama semakin reput kesabaran.
Walaupun semakin lama semakin perit kesakitan.
Walaupun semakin lama semakin nipis iman.
Dia menangung segala sebab awak masih lagi kesayangan.
Dan dia tak tahu berapa lama semua ini berkekalan.

Awak.
Siapakah dia sebenarnya?
Hanya awak yang boleh beri jawapan jujur berdasarkan apa yang awak rasa.
Dan dia tidak mahu lagi meneka.

nuna : Hati manusia adalah ruang yang terbaik menyimpan semua rasa. Alangkah kuatnya sekeping hati menahan segala macam perasaan, dari baik hingga seburuknya tetapi masih kekal berfungsi untuk dicanai terus benteng manusia.

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template