Awak,
Dia terjaga dari lena.
Dia mimpi yang membuatkan dia tersenyum bahagia.
Dia mimpi benda yang buatkan dia gembira.
Tapi rasa itu tidak kekal lama.
Dia terfikir, apakah harapan tinggi mengundang celaka?
Adakah syurga yang diidamkan akan bertukar neraka?
Ah, dia mula sakit kepala.
Awak,
Kalaulah awak mengerti.
Kalaulah awak memahami.
Kalaulah awak memerhati.
Kalaulah awak menyayangi.
Kalaulah awak merindui.
Kalaulah awak sedia berkongsi.
Mimpi itu memang indah.
Khayalan yang dicipta memang meriah.
Angan yang dikarang bersama tiada yang susah.
Segala yang dicitakan tiada erti payah.
Awak.
Untuk terus bersama, dia sanggup kesat air mata.
Untuk terus bersama, dia sanggup kekal berpura.
Untuk terus bersama, dia sanggup senyum palsu sentiasa.
Untuk terus bersama, dia sanggup berlakon ketawa.
Untuk terus bersama, dia sanggup terus bersandiwara.
Awak.
Tapi awak tahu sesuatu yang buat dia kecewa?
Itu semua hanya mimpi dia.
Yang membunuh sebab dia mengharapkan ia menjadi nyata.
Dalam diam dia mati begitu sahaja.
Nota kaki :
Hari dan dunia yang panjang semoga makin mematangkan dan memudahkan segalanya.
Disambut dengan senyuman, dilalui dengan penuh redha dan tabah demia apa yang dipanggil kejayaan.
0 Comments:
Post a Comment