Friday, 6 May 2011

sederhana lebih baik???

Assalamualaikum. Hai semua! Siapa yang rindu patik, angkat muka dan pandang skrin cepat. Okay, baguiH. patik dah cukup terharu dah ni. Kikiki.

La ni, patik nak tules something untuk lu orang fikirkan. Kalau lu orang pesen malas fikir, patik takleh tolong la. Otak lu orang kan, pepandai la nak guna. patik tak masuk campuq.

Patik kalau tengok pasangan depan mata patik, patik selalu terfikir; 'Bagusnya ada orang sayang. Tapi, betul ke dia sayang ? Macam mana tahap perasaan sayang dia tu?'

Soalan ni biasanya akan terdetik dalam benak kepala geliga gua lebih-lebih lagi bila patik tengok pasangan tu macam melebih-lebih. Melebih-lebih ke terlebih sudah ke, idok ler pulek patik ketahui. Tapi, itulah dia. Penah tak lu orang tengok, kenapa bila pompuan tu dah kena macam-macam dah dengan pasangan dia, tapi maseh nak jugak bertahan Kenapa bila lelaki tu dah kena cukur sampai habes licin bulu kaki dia, pon maseh lagi terhegeh-hegeh? Jangan gtau patik itu semua sebab cinta. Cinta itu buta lagi membutakan semua tu patik dah tahu. Tapi, apa yang patik nak tahu skang ni, apa punca dia jadi tak boleh tinggalkan je pasangan dia kalau sampai tahap tak larat dah nak melayan kerenah pasangan dia tu? There must be something fishy... Ah sudah. Jangan bagi patik speaking. Kehkeh.

Contohnya patik boleh bagi, macam dia penah melabur banyak duit ke untuk pasangan dia sampai sayang gila nak putuskan hubungan. Ataupon, depa penah buat apa-apa yang di luar jangkaan ke sampai tak sanggup nak lepaskan si dia pergi. Atau apa saja. Yang penting, jangan bagi patik alasan, "Ittew cayawng diew cangawt cangawt. Ittew ta leyh hidorp tanpew diew. Ittew lewbeyh welew (rela) matiew dawipadew hidorp tadew diew". patik luku jugak la la 2..

Bagi patik, dalam hubungan ni, elok kiranya jika kita dapat bersederhana dan tidak melebih-lebih. Seriously. Sebab once kita dah overdo in a relationship, we'll tend to regret soon. hah!!suda speaking suda.. Kenapa ada orang boleh meroyan sampai dua tiga tahun lepas putus dan lebih dahsyatnya tak kawen terus lepas putus cinta? Sebab dia terlampau mengagung-agungkan perasaan yang pernah dia alami tanpa membuka ruang untuk peluang yang seterusnya. Dan pasaipa pula ada orang dengan sangat mudahnya melepaskan pegangan dalam satu-satu hubungan? Sebab mungkin dia bersambil lewa dalam hubungan dan tidak memupuk perasaan dengan bersungguh-sungguh, maka jika putus sekalipun, apedehal.

Dalam graf hubungan percintaan, jangan melebih-lebih. Dan jangan pula mengurang-ngurang. Maksudnya, just be moderate. Bukan dalam kehidupan je kita kena bersederhana, dalam percintaan pon macam tu jugak. Untuk meroyan tahap dewa19 sbnanye membuktikan yang kita sbnanye sangat melebih-lebih dalam perhubungan. Tapi, untuk tidak meroyan langsung pula menunjukkan yang kita tak beria langsung dalam perhubungan yang sebelumnya. Serba salah bukan? Maka, bersederhanalah. 

Maksud bersederhana dekat sini adalah bukan tak boleh meroyan dan bersedih langsung. Boleh je. Tapi, jangan melebih-lebih. Satu dua minggu sedih sudah lah. Lepas tu, move on. Move on dekat sini pulak tak semestinya kena dapatkan pengganti, cukuplah sekadar tidak hidup dalam bayangan memori silam.

Ya, patik tak nafikan yang kebanyakan pengalaman lampau mengajar kita erti kehidupan. Tapi, patik juga tak nafikan yang memandang ke hadapan tanpa menoleh ke belakang dengan lebih kerap turut mengajar kita erti kehidupan. Bagi patik, lebih banyak penyesalan yang akan berlaku kalau kita kerap sangat menoleh ke belakang. Sebab nanti, mulalah; 'Kenapalah aku kenal dengan dia. Kalau aku tak kenal dia, takde la aku meroyan macam skang ni...'

So, hati lu orang, lu orang sendiri jaga. Jangan nak harap sangat orang lain tolong jagakan. Nanti dia bukan jagakan, dia tolong hancurkan, ada la. Otak lu orang, lu orang sendiri fikir. Jangan nak harap sangat orang lain fikirkan. Kang jadi Pak Pandir pulak. 

Hidup kita ni sbnaqnye memang tak lari daripada konsep kebergantungan. Cuma, sederhanakan tahap kebergantungan tu. Sebab kita juga perlu sedar yang dalam kebergantungan kita pada orang lain, sbnanye kebergantungan pada Sang Pencipta adalah yang teragung. Jangan nak seronok sangat bercinta sampai lupa pada segala benda yang menjadi tanggungjawab. *efek cengkerik*

Kenapa mesti melebih-lebih bila kita tahu kita boleh pilih untuk bersederhana?

O k a y t h a n k s b y e .

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template