Friday 10 June 2011

pergi xkembali

kau suruh aku pergi..

dan aku benar-benar pergi..

selamat tinggal, jaga diri..

ihsan google [link]

kadang-kadang patik tak faham dengan manusia yang bernama lelaki. lelaki selalu tuding jari kepada perempuan, sebab perempuan sering meletakkan emosi di hadapan apabila berhadapan dengan kemelut masalah yang menjerut-jerut. tapi sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kalau dalam hati kita tidak semaikan benih sabar, macam itu lah jadinya.

sekejap..

isu ini meluas. tidak semestinya terhad kepada hubungan kekasih-kekasih, malah boleh juga terpakai dalam hubungan kawan-kawan.

yang terjadi, bila salah faham timbul, salah satu pihak mahu pergi. salah satu pihak menjauh. salah satu pihak berdiam. salah satu pihak akan suruh pihak yang lagi satu itu pergi dari hidupnya. tinggalkan dia. pehhhh !! emosi tak agak-agak.

macam budak-budak baru mumayiz tahu?

bila seorang naik minyak, seorang lagi pulak membara-bara macam api
sikit pun tak mahu semai sifat sabar dalam diri
apa salahnya sekali sekala cuba jadi air
tidak akan terkalahkan ego seorang manusia kalau berlembut seperti air
air itu sebenarnya lebih power daripada api kau tahu?

patik ada menonton satu drama di TV1 tempohari
pasangan yang saling mencintai, bercerai macam tu saja hanya kerana sifat baran dan sifar sabar
talak tiga pulak tu
lepas tu aku malas nak cerita panjang.. cuma isu yang mahu aku highlight terang-terang di sini, lelaki pun boleh jadi super emosi bila hati mereka kosong, sifar sabar.

jadi..
tolong semai sikit sifat sabar dalam hati..
jangan bercakap ikut sedap mulut sendiri..
sebab bila minyak bertemu api..
terbakar hangus, tak ada gunanya lagi..
kau tabur saja abu dalam sungai nanti..



p/s: sedalam-dalam lautan, dalam lagi hati seorang perempuan. kau suruh pergi? dia pergi tak balik-balik lagi.

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template