Sunday 28 August 2011

wHy u like heR??

assalamualaikom..
terasa nak update blog,akhir2 posa ni. Entry kali ni mungkin da kena mengena ngan personal life aQ..so harap terhibur (:

"aQ suka dy sebab dia adalah dia"

apa maksud hg dia adalah dia?

aQ just suka dia sebab dia adalah diri dia yang sebenar,yang aq boleh terima,dia adalah sebahagian dari hidup aq.
.


Lelaki sering memberikan jawapan yang seakan seperti di atas. Ia seperti bait-bait dalam lagu I Knew I Love You oleh Savage Garden. Bertemu dengan cetusan hati. Apabila dada seseorang lelaki itu berdegup secara tidak sekata dengan sebuah pandangan pertama. Itu lah cara seseorang lelaki sejati menemukan cinta. Ia tidak sama dengan lelaki yang 'sekadar cuba mencuba'. Mungkin lah ada, tapi ia boleh di katakan terpencil.

Namun, perasaan cetusan hati dari lelaki itu juga boleh terjadi kepada yang bukan pandangan pertama. Ia pernah berlaku dan akan terus berlaku kepada kawan-kawan, kawan sekerja, sekuliah, kawan lama, dan kenalan-kenalan. Malah ada juga yang terjadi kepada sepupu dan saudara jauh.

Kalau kau tanya aku, adakah cetusan hati itu senang terjadi atau tak. Aku akan jawab sebagai TAK. Dan cetusan hati itu tidak boleh di samakan dengan istilah Crush. Kerana crush itu untuk perempuan. Ia sebenarnya tak boleh di gunakan untuk lelaki. Kerana, perempuan mempunyai jiwa yang lembut. Fragile. Mudah tersentuh. Beralun. Maka mudah untuk perempuan kerap Crush kepada seseorang lelaki. Tetapi, lelaki tak!

Semua orang tahu hati lelaki bagaimana. Keras dan.. ya, puaka. Kadang-kadang busuk hati. Yang tidak busuk hati itu mesti cukup solat lima waktu. Kehkehkeh.(mmg padat)

Jadi, apa kejadahnya crush bagi lelaki? Aku rasa kita kena letakkan istilah baru untuk cetusan hati lelaki ini. Sebab cetusan hati lelaki, bagi aku jarang berlaku. Kita namakan sebagai.... Touch.

Dari touch inilah terjadinya scene dialog di atas. Ia seolah seseorang lelaki itu tiada alasan lain untuk men-describe-kan kenapa lelaki itu menyukai dan menyintai kekasihnya. Kalau crush (perempuan), kita akan dapat reason seperti ; 'Dia hensem, muka macam Jung Hung Yun, Kim Hung Ju, Ju-On, susu cap junjung, badan berketak, baik hati sebab belanja, pandai belajar, banyak duit dan sebagainya'. Ataupun kerana suka dengan Leplep kerana kelakar melihat fanpage 1000 orang menyukai Leplep barangkali.

Mungkin kita boleh beri excuse kepada lelaki yang menyukai perempuan kerana kecantikkan. Ya, kecantikkan itu realiti. Tapi, semua lelaki rasanya sedar bahawa kecantikkan perempuan itu tidak kekal. Besok lusa sudah tua, besok lusa kena simbah acid, besok lusa gara-gara salah produk pencuci muka, muka keluar tompok-tompok hitam, keluar radang dan sebagainya. Tak menyesal ke muka dah elok-elok, tapi sebab nak cantik punya pasal, tiba-tiba kena effect yang sooooooooo... Nauzubillah, tak baik kutuk ciptaan Tuhan.



I love you because i know my future is only with you.

Frasa di atas selalunya timbul apabila seseorang lelaki itu ada keyakinan dan jaminan. Keyakinan kerana percaya bahawa perempuan yang di cintainya itu akan menjadi miliknya. Jaminan kerana perempuan yang di cintainya itu telah memberi balasan kepercayaan kepadanya. Itu saja.

Tapi, aku terus-terang nak cakap. hampa boleh lupakan semua apa yang aku cakap tadi kalau kau seorang lelaki yang tiada ;




Duit.

Love needs money. But, money don't need love.

Kalau masih ada yang katakan tanpa duit pun boleh bercinta, berkahwin dan beranak-pinak zaman sekarang. Sila-silakan ringankan tangan bagi penampor sepam-dua.

1 Comments:


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template