Friday 2 September 2011

apa yang girls nak dari seorang lelaki??


hello overemo boy and overgedik girl..
sapa rindu aq buka mata tgok screen sambil tongkat dagu anda,,hehe
tak sangka ramai yang jadi peminat..
so baca entry ni sampai abes,jgn xbaca lak..
  • Errgghh. Lelaki memang sukar di fahami. Apa yang dia nak dalam hidup? Apa yang dia nak dalam suatu masa? Susah nak di terjemahkan. Yang lelaki tahu balik-balik ; 'Rilek dulu, isap rokok sebatang, kalau ada, adalahh tu'.
  • Kenapa susah sangat nak decide? village mall atau centre square? Tak pasal-pasal kereta kena hon kat simpang Jam Besar pasal argue ke mana tempat hangout yang best nak pergi. Lambat!Errgghh! Benciiii!!
  • Kenapa lelaki suka buat keputusan drastik tiba-tiba? Penatlah girl mengharapkan sesuatu yang boleh di kongsi. Contohnya, berkaitan masa depan. Kenapa kebanyakan lelaki suka mengelak bercerita tentang masa depan? Yang lelaki tahu, hanyalah bagi harapan pum-pang-pum-pang! Tapi, dari semua tu, hampir separuhnya harapan palsu. 
Apakah yang perempuan risau mengenai lelaki?

  • Taklah risau mana. Emm, risau jugak. Risau dengan lelaki yang nampak tak serius dalam perhubungan. Macam anggap perhubungan ni seperti permainan forex. Macam anggap kita yang perempuan ni diperlukan bila 'on-call' saja. Pleaseee, kami perempuan ada perasaan tau x? Silalah serius kalau kami kata serius.
  • Bukan girl tak kesah dengan hobi lelaki. Tapi, berpada-pada lah. Ini bila awec call, ada benda penting nak cakap. Jawab call macam tak nak jawab, nada tak ikhlas. Isyhh, nak nangis tau bila girl tau di perlakukan sebegitu. Tengok-tengok bukan ada kerja penting yang dia buat. Tak habis-habis download siri How I Met Your Mother. Mana yang dia pilih, Robin Scherbatsky atau kami niii?
  • Lagi satu, huh!, tak puas hati kalau suka sangat down kami macam kami ni bodoh sangat. Tau lah kami perempuan, lemah. Tapi, jangan ingat kami ini tin kosong tak tahu segalanya. Penatlah mak bapak kami hantar kami ke universiti. Kami belajar penat-penat. Memanglah kami tak dapat jawab soalan 'Apakah nama menteri perikanan Mexico?'. Tapi, macamlah hampa yang lelaki boleh terangkan 'Apa itu organometallic compound in details?' Kita semua ada kelemahan okaayy. Urghhh, geramnyee..
Apakah harapan perempuan kepada lelaki?

  • Kami bukan nak sangat dengan harapan dan janji. Perempuan normal seperti kami hanya mahukan lelaki yang boleh memberikan masa depan terbaik untuk kami. Jangan salahkan kami kalau kami tinggalkan lelaki dengan 'sekadar berlalu pergi'. Frust menonggeng orang lelaki nanti. Sudah tak guna untuk rasa deep. Tak guna untuk hembus asap rokok dengan rasa berat. Semua itu dah tak berguna tau x? Dah terlambat! Bohonglah kalau lelaki tak menangis bila putus cinta. Lelaki yang tak menangis tu bukan lelaki, tapi gigolo.
  • Kami mahukan lelaki yang tak berputus asa. Yang tak buat kerja sekerat jalan. Yang tau bahawa setiap perkara harus di setel satu-satu dahulu. Setel sampai habis. Biar pun susah, harus hadapi dan tempuhi. Itu lah lelaki yang kami mahu. Kalau gagal sekalipun, tak mengapa. Dah berjuang. Ia lebih baik dari lari dari perjuangan. Tuhan murka dengan orang yang lari dari medan perjuangan. Ia selangkah ke neraka.
  • Kami juga mahukan lelaki yang pandai cari duit. Itu mesti. Dari melanguk depan komputer 24jam. Baik pi cari lubang kerja. Atur hidup dengan baik. Bukannya tau tidur saja. Okey, fine. Memanglah duduk depan komputer boleh dapat duit. Tapi, ingat lah. Kami yang perempuan tak mahu teman lelaki kami leka. Sebab kami tahu, lelaki kalau dah leka, bila-bila saja girlfriend sendiri boleh di campak sana-sini. Kami tak mahu itu. Selisih malaikat 44 di jauhkan lah.
p/s : guys ambil pengajaran dari cini...
o k a y b u b y e (:

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template