Wednesday, 14 September 2011

rentetan hati


Awak sayang dia.
Awak sayang dia sepenuh jiwa.
Awak sayang dia kalah awak sayang nyawa.
Awak sayang dia sebab pada awak dialah segalanya.


Awak cinta dia.
Awak cinta dia sampai tahap buang manusia.
Awak cinta dia hingga lupa segala benda termasuk kerja.
Awak cinta dia tanpa gentar halangan termasuk bantahan keluarga.



Awak suka dia.
Awak suka dia sangat hingga tidak tidur lena.
Awak suka dia tiada tolok banding kegilaannya.
Awak suka dia walaupun dia mungkin punya perasaan berbeza.
Tapi, awak bukan pilihan dia.
Pedih bukan rasa?


Awak, segalanya sudah berakhir lewat masa.
Tiada apa lagi yang tinggal untuk awak kononnya setia.
Awak bukan manusia yang dia tunggu dengan ceria.
Bahkan mungkin (dan ternyata) dia mahu awak pergi dengan segera.
Dalam hidup dia.
Dalam kisah mereka.

Awak, sudah menitis air mata.
Awak, secepat mana pun awak seka, ia sudah tumpah juga.
Tumpah sedikit untuk dia yang tidak buat awak gembira.
Perkenalan dengan dia hanya bikin hidup awak celaka.
Kalau ada sedikit kenangan suka, hanya satu kepingan kecil di celahan duka.
Ya, hidup awak sudah hilang senyuman bahagia.
Lama.


Aneh bukan?
Awak simpan perasaan.
Awak duduk menyulam kedukaan keseorangan.
Tetapi dia dengan seenaknya merangkul pasangan.
Awak diam dan menoleh pun enggan.
Awak cuba pertahankan persahabatan.

Tetapi dia bila mula bernyawa sudah berperangai macam bajingan.
Bukan awak yang dia perlukan.
Bukan awak yang berikan dia kegembiraan.
Walaupun awak sudah banyak berkorban.
Tetapi ternyata, awak terkorban.
Rasa sedikit syaitan?
Permainan?

Awak, sakit dada?
Menahan perasaan yang mencengkam jiwa.
Menahan sakit yang dipendam di lubuk atma.
Menahan tumpahnya air mata.
Mengalir tiga minit dan awak seka.
Tiga minit untuk hilangkan sakit berapa lama?

Awak, masa untuk tinggalkan segala duka.
Masa untuk tinggalkan segala nestapa.
Masa untuk berhenti mengalirkan air mata.
Masa untuk lupakan segala.


Awak, kalau sekalipun dia akan kembali, itu hanya mimpi.
Kerana bila susah sahaja awak akan dicari.
Bila dia jatuh sahaja awak tempat dia paut berdiri.
Bukan saat dia sudah mampu bernyawa sendiri.
Bukan saat dia sudah boleh minum air guna tangan kiri.
Bukan saat dia sudah tersenyum nampak gigi.


Awak, kesakitan mengambil masa untuk sembuh.
Gunakanlah senjata awak yang paling ampuh.
Kekuatan dan ketabahan awak untuk tempuh.
Sebab awak kuat untuk rempuh.


Awak, di saat awak mahu secalit gembira, dia sudah musnahkan dalam diam.
Janganlah awak simpan perasaan dendam.
Bukankah hati awak tempat terbaik untuk elakkan benda masam?
Bukankah awak masih lagi mampu tersenyum walaupun hati dijeruk pendam?
Simpanlah dan jadikan pengajaran mendalam.

Awak, di sebalik duka pastinya akan ada gembira.
Sudah tiba saat awak kembali buat kerja gila.
Tiada lagi hati yang awak perlu jaga.
Tiada lagi awak perlu membuang masa.
Mengambil berat pada orang yang tidak hargai jasa.
Mengambil tahu atas nama berkongsi rasa manusia.
Tiada lagi awak perlu jaga atas dasar keluarga.
Tiada.


Awak tidak mampu hadir sebagai pasangan.
Awak tidak mampu hadir sebagai kawan.
Awak tidak mampu hadir sebagai lawan.
Masa untuk selamat tinggal jadi ucapan.

Selamat jalan.
Selamat menemui kebahagiaan.
Selamat berjumpa karma yang sakitnya kalah manusia pelacuran.
Selamat merasai apa itu kesakitan.
Selamat daripada tangan yang menggigil mahu melakukan pembunuhan.

Selingan :

Berbuat baik dengan mereka yang kita tidak sukai (atau mungkin juga benci) bukanlah hipokrit ataupun bermuka-muka. Itu tandanya kita sudah berjaya membesar dengan mata dan juga itulah tanda sifat profesional.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template