Saturday 3 September 2011

'eEe' atau bahasa rempit zaman sekarang

Menjawab persoalan sseorang untuk entry kali ini..harap2 terjawab la ye


Soalan:

Dulu hg ckp hg anti penggunaan "yew", "napew", "sayunk" n etc..kalau org yg hg suka(sayang) guna pkataan mcm tuh gak mcm mana? kau mluat jugak tak? (bahasa mat rempit)


Actually la kan. Aku bukan anti dengan penggunaan ayat cam "Yew", "Cayunk", "k0", "aWaK dAh MakAN kE bEluM?" atau apa-apa bahasa mat rempit.. I am just dislike.

Contohnya. Kalau dalam handphone, orang (kebiasaanya perempuan) suka gantikan o (huruf oo) dengan numbor 0 (kosong). Ya aku faham sebab agak cerewet la kalau nak tulis laju-laju nak-nak kalau anda bukan pengguna handphone Xpress Music yang side slide atau anda bukan pengguna handphone yang ada fully keypad yang macam keyboard. Tapi agak pelik lah bila dalam facebook pun anda gunakan 0 (zero) instead of o (huruf).

Sebenarnya, perkataan "ko" sendiri pun aku tak berapa suka. Tapi memandangkan hampir semua populasi dunia melayu menggunakan "ko" aku pun redha je la. Isk.


Berbalik kepada soalan anda. Aku pernah baca-baca buku kat Popular masa tunggu ayah aku. Kat Popular Book Store tu, 85% buku boleh di baca kecuali novel. So kalau kau nak duduk dalam Popular dari pukul 10 pagi sampai 10 malam baca buku pun boleh. Tarak hal. Dan aku tengah bosan-bosan, aku amik semua buku yang pasal perkahwinan. Dan ada satu ayat yang aku ingat adalah

"Bila kita suka kat seseorang, bermaksud kita suka dengan kelebihan yang dia ada. Tapi bila kita kahwin dengan seseorang tu, maksudnya kita bukan sahaja sudi terima kelebihan, tetapi segala kelemahan si dia."

Lebih kurang macam tu la ayat dia. Yang tulis tu lelaki tau. Perh. Mesti dia romantik gila.

Dan aku rasa, quote di atas dah menjawab soalan anda.kan??

Konsep dia sama macam cita rasa perempuan gak. Bila tanya nak laki macam mana, mula la keluar list dia nak yang baik, rendah diri, hormat orang blah, tak merokok blah, blah, blah. Tapi bila dah couple, tengok-tengok lelaki tu lah yang raja merokok, perangai bukan-bukan. Bila di tanya, terus jawab "Dah jodoh, nak buat macam mana."

Baru couple, dah kata jodoh. Eish.

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template