Thursday 14 June 2012

Chances

assalammualaikum. . .

lama dah xupdate blog. sebab buzy dengan new semester. so sapa-sapa yang rindu saya, tolong kenyitkan mata hampa * dua-dua belah* siap ada sound effect lagi * wink-wink*.


Memang betul peluang hanya datang sekali dalam hidup kita. Peluang yang datang kemudiannya mungkin tidak sama seperti yang kita mahukan. Malangnya, apa yang kita mahukan biasanya takkan muncul kembali- atau mungkin muncul atas sebab yang mungkin kita sendiri tak dapat jangka. Manusia lemah mana bisa tahu benda yang menjadi rahsia Allah.

Begitulah dalam perhubungan. Kadangkala, peluang yang datang dalam membina bahagia itu hanya sekali. Manusia yang setia itu barangkali hanya akan muncul sekali sahaja. Barangkali rasa sayang selama ini hanya palsu atau sekadar permainan yang tidak dijangka memandangkan proses pencarian siapa yang paling layak bertakhta di jiwa. Mungkin dia saja yang mampu mencairkan hati yang penuh noda. Anda mungkin tidak sedar dan terus mempermainkan manusia sedemikian rupa.


Peluang hanya datang sekali ( mungkin ). kESABARAN manusia dalam memberi peluang adalah sangat nipis. Kalau kita bicara tentang peluang yang Allah berikan untuk kita, pastinya itu sudah menjadi kisah lain. Tetapi dengan manusia yang mempunyai banyak kelemahan, lebih-lebih lagi yang melibatkan perasaan, dan emosi, kita perlu prihatin sebenarnya. Adakah peluang itu sudah habis kita guna?

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template