Monday 18 June 2012

Kecewa

Assalammualaikum .

Rajin bebenor aku update entry untuk bulan ni. Sebab thats a lot thing happen in my life.
Jangan la hampa kata aku pulun sebab selalu update blog. Blog is part of my life, the place where I shared happiness, sadness and so on. Aku seorang yang tak pandai nak luahkan perasaan melalui kata-kata. I think this is the place.

Hidup yang kita mahukan seringkali hanya tinggal impian. Bukan kita tidak berusaha, ke arah yang kita impikan, cuma usaha itu tidak mencukupi, tidak berhasil dan belum ada rezeki dan kemungkinan manusia macam kita semua untuk berputus asa amatlah tinggi. Mana ada manusia yang tidak kecewa apabila yang mereka usahakan bersungguh-sungguh tiada hasil pada penghujungnya - tetapi akhirnya, kita perlu kembali kepada kenyataan bahawa kekecewaan itu nilai yang dibawa oleh manusia itu sendiri.

Kecewa dengan keputusan peperiksaan.
Kecewa dengan percintaan manusia.
Kecewa dengan penulisan yang menemui jalan buntu.

Tetapi hanya kita saja yang tahu, berapa lama kita mahu tenggelam dalam rasa kecewa- menanam diri sendiri dalam kenyataan bahawa usaha tidak berbaloi dan macam-macam lagi. Bukankah lebih baik bangkit dan ukir senyuman untuk diri sendiri??



N U N A : Tiada siapa yang memahami erti penderitaan dan kebahagiaan manusia itu sendiri kecuali mereka sendiri selain daripada Yang Maha Esa tentunya.

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template