Wednesday, 17 April 2013

Awak, Bukan bersama.

Assalammualaikum. .

Awak,
sapa kata cinta harus bersama?
sapa mampu tentukan hala tuju jiwa?
Sekuat mana pon mencuba,
Mungkin terjadi perpisahan di akhirnya.

Awak,
Tiada sapa dapat menduga,
Sekuat mana berusaha,
Sekental mana tenaga,
Jika bukan milik, penghujungnya tidak bersama.

Awak,
Dia relakan awak pergi,
Kerana kesakitan itu tidak mampu ditanggungi lagi,
Betapa kuat dia memaksa dia tidak mampu berdiri.
Untuk berjalan dia sakit, apatah lagi mahu berlari.
Lari dari kenyataan dia terpaksa hadapi.

Awak,
Jalan yang pilih memutuskan hubungan,
Antara awak dengan dia hanya kenangan.
Tiada lagi panggilan.
Tiada lagi pesanan.
Sejarah buangan.

Awak,
Kalaupon awak tidak bahagia,
Dia harap awak tidak kembali kepadanya.
Lebih baik awak lari dan tunjukkan wajah suka.
Supaya dia tidak kesal melepaskan awak pergi dari cinta.

Awak,
Selamat jalan.
Doa agar tidak bertemu di persimpangan jalan.
Dia benci diselubungi kesakitan.



0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template