Saturday 4 February 2012

Beza antara Cinta, Sayang, Suka dan Minat

Cinta
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya.
(cinta di tujukan kepada seseorang yang kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yang ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


Sayang
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita.
(sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


Suka
Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu.
(suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)


Minat
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.
(minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )


p/s :: TAPI YANG PALING PASTI TANPA MINAT,SUKA DAN SAYANG,KITA PASTI TAKAN CINTA SESEORANG.TIMBUL PERASAAN MINAT,SUKA DAN SAYANG,MAKA TIMBULLAH PERASAAN CINTA B)

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template