Awak.
Bukankah cerita sudah tamat?
Mengapa awak muncul dan bikin palat?
Kehidupan dia sungguh sangat penat.
Tidak perlu awak datang dalam bayangan musibat.
Kerana dia sudah enggan ambil berat.
Awak,
Untuk apa awak datang lagi.
Bukankah segalanya jelas kali terakhir awak muncul di sisi.
Dia bukan dulu yang awak kenali.
Dia sudah ada jalan hidup sendiri.
Awak datang kononnya menagih janji.
Tapi ingatkah awak pernah buat dia separuh mati?
Awak.
Berhenti seksa dia.
Benarkan dia hidup gembira.
Dia mengira jalan menuju bahagia.
Kenapa awak mahu terus buatkan dia terluka?
Salah apa lagi dia setelah berikan awak kebebasan yang awk suka?
Awak.
Dengan awak dia simpan banyak kenangan.
Bukan semuanya penuh kepahitan.
Ada yang dia mahu ingat kemanisan.
Tidak perlulah awak datang dan cemarkan.
Dia mahu mengingati awak sebagai kawan.
Seorang yang memuliakan persahabatan.
Bukan sebagai lawan.
Awak.
Dia boleh jadi kawan paling baik di dunia.
Tapi dia juga boleh jadi lawan yang mengheret ke neraka.
Bukankah awak mahu meniti jalan ke syurga?
Berhenti cari dia.
Nuna: Bila senyuman itu bukan untuk kau lagi, bolehkah kau hindarkan diri dan biarkan dia pilih jalan hidup dia sendiri?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment