FUH FUHH FUHHH ! berhabuk dah. Second entry for 2014. check it out!
Pasangan itu mungkin manusia yang kau sayangi sepenuh jiwa. Yang kau hargai sepenuhnya, walaupun dia tak lakukan begitu rupa pada kau.
Alasan dia mungkin mudah.
Dia ada cara tersendiri untuk menunjukkan dia kisah.
Walaupun pada hakikatnya, itu semata tipu helah.
Kau telan saja walaupun mengah.
Kau hadam saja walaupun lelah.
Kau sudah malas mahu telagah.
Bila tipu muslihat dia semakin indah.
Kau senyum sahaja dan minta dia dijauhkan dari tulah.
Cantik.
Dia mungkin pasangan paling cantik untuk manusia lain, tapi dia kurang cantik untuk bergandingan dengan kau. Bukan dia tidak menarik, atau kau kurang daya penarik, cuma bila dipasangkan berdua, kalian nampak agak sedikit carik dan tiada istilah pelik. Mungkin juga jelik?
Entah.
Dia pasangan kan?
Kalaulah dia dan kau ada hubungan.
Ah, dia mohon manusia sekeliling berhenti berangan.
Dia sudah benci pasang angan.
Pergi mati sana impian.
Dia cuma hidup untuk masa hadapan.
Nuna : Kadangkala kita mahu semua benda kekal seperti dahulunya, tetapi kita kekal dalam angan dan impian. Manusia berubah dan manusia tidak akan kekal lama di satu tempat,walaupun kita pertaruhkan hati sendiri sebagai galang gantinya,
0 Comments:
Post a Comment