Monday, 15 September 2014

Hope.

[Now Playing : Kotak Hati by Hujan]

Ada benda kita nak, kita tak dapat.
Ada benda kita nak, kita dapat.


Ada benda kita nak, kita dapat tapi lambat.
Ada benda kita nak, kita tak dapat walaupun lambat.


Dan bila terjadinya perkara sebegini, kita akan berhenti merengek.
Kita akan berhenti menangis daripada tetap mahukan benda tersebut.
Benda yang kita nak, kita tak dapat dan kita belajar untuk cari benda lain, benda baru.


Bukan semua benda kita nak, kita dapat.
Benda yang kita nak, kita dapat.
Benda yang kita nak, kita tak dapat.
Perkara biasa kan?


Kita berhenti berharap dalam sesetengah perkara.
Ada benda yang kita nampak jadi milik kita, tapi kita tahu kita tidak akan dapat.
Jadi, tiada benda yang kita harapkan lagi.


Untitled



Sama macam kita sukakan seseorang.
Kita suka dia, kita nak dia, tapi tak semestinya kita dapat dia. Kita mungkin hanya akan dapat suka dia, tapi akhirnya dia, dia akan jadi hak orang lain. Berusaha kuat macam mana pun, kita nak berada di samping dia, dia tidak berusaha, semuanya akan jadi tak berguna. Jadi, tak semua benda boleh jadi apa yang kita mahukan. Kita mungkin berusaha lebih, tapi jika sebelah pihak tidak berusaha,semuanya akan jadi sia-sia juga. Buat apa membazir masa? Angkat kaki mungkin pilihan terbaik.


Kadangkala orang terpaksa pura-pura faham, sebab dia malas mahu telagah. Dia angguk,senyum sahaja disebabkan dia malas mahu banyak bising. Ulang benda yang sama,yang serupa boleh menjadikan sesuatu perhubungan itu membosankan. Nanti dikatakan mahu mengawal semua benda walaupun hakikatnya, dia cuma mahukan hubungan itu berjaya. Bukan setelah dia berusaha, segalanya akan terkubur begitu sahaja tanpa tanda.


Nuna: Awak akan menyesal suatu hari nanti sebab mengabaikan manusia yang terlampau menyayangi awak. Awak layan dia sambil lewa sebab awak tahu dia bodoh dan hanya akan sayang awak seorang sahaja? Awak belum kenal lagi hati dia sepenuhnya,

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template