Sunday 25 December 2011

Perempuan Nakal

Perempuan nakal boleh di klasifikasikan sebagai separa perempuan liaq, separa perempuan muslimah, dan separa perempuan jiwang.

Ia berada di posisi tengah-tengah. An average stereotype due to an expression of women's attitude.
Berkawan dengan perempuan nakal umpama macam berkawan dengan sesama jantan. Maksud lebih jelas, situasi berkawan antara lelaki dan lelaki lebih kurang sama antara lelaki dan perempuan nakal.

Contoh stereotype.

1. Member lelaki adalah kaki jamming. Manakala, sebilangan besar perempuan nakal juga boleh bermain alat muzik.

2. Member lelaki adalah kaki futsal. Dan, ya! perempuan nakal juga boleh menyepak bola dan paling penting, bergiat cergas dalam sukan terutamanya tenis dan bola jaring.

3. Member lelaki adalah kaki menganjing/mengutuk. Perempuan nakal juga sebilangan besarnya kaki troll orang, dan kaki stalker yang super pantas mendapatkan info dan gosip.

4. Member lelaki adalah kaki blue. Hmm, setakat ini dalam pemerhatian, majoriti perempuan juga menonton porno. Cuma, berani atau tak berani saja yang jadi pemisah. Perempuan nakal sama berani dengan perempuan liar menonton porno berbanding jenis perempuan yang lain.

5. Member lelaki adalah kaki surau. Perempuan yang nakal juga masih beringat untuk ke surau atau masjid bila tiba waktunya walaupun dalam misi membeli-belah di shopping complex.

Contoh yang last,

6. Member lelaki adalah kaki havoc. Perempuan yang nakal memang tak sah kalau tak havoc sama. Fakta ini tepat, jika di lihat gaya ketawa mereka yang satu burger king boleh dengar.

Lelaki yang bercinta dengan perempuan nakal. Apa kelebihan dan kekurangannya?

Kelebihan.

1. Sekepala dalam banyak perkara.
Tak dapat di nafikan, bila gaya mereka banyak ke arah member-member lelaki, maka seorang pakwe itu mudah menyesuaikan diri dengan makwe perempuan nakal. Senang di ajak berbual dan di bawa ke tempat-tempat menyeronokkan. Of course dalam memilih tempat makan. Rata-ratanya tak memilih. Mamak pun takde hal. Tempat penuh dengan asap rokok pun bukan masalah. Apatah lagi kalau di ajak tengok wayang cerita 2Alam. Jom saja.


2. Berfesyen.
Pakwe mana yang tak suka makwe nya lawa dan trendy? Perempuan nakal banyak ciri trendy. Lebih-lebih lagi yang bertudung. Senantiasa menampilkan gaya tudung terbaru dengan membeli di blogshop mahupun online shopping di fesbuk. Celik IT. Seseorang pakwe itu jarang nak cakap terang-terang yang dia suka penampilan perempuan nakal. Sebaliknya akan mengimplikasi rasa sukanya dengan 'tak berkelip mata memandang'. Kalau yang free-hair, lihat saja pada garis di dada. Mau juling biji mata.

3. Cepat manja.

Ini merupakan kesukaan para lelaki. Biarlah di katakan nampak gay dan jiwang karat. Bila perempuan nakal mula mengeluarkan suara nakal dan manja. Hati yang keras dan marah boleh runtuh sekelip mata. Ia umpama electric-shockkerana perempuan yang nakal bijak menggunakan kelebihan pada diri untuk memikat pakwenya berbanding perempuan muslimah dan perempuan jiwang. Salah satu senjata rahsianya ialah cara mereka melantunkan suara mereka ke tahap desibel paling halus sehingga membuatkan pakwe mereka rasa nak cubit-cubit pipi sebab nakal sangat. Geram.

4. Ada wawasan.
Ini paling penting. Ada visi untuk berjaya dalam hidup seperti bersungguh-sungguh untuk dapatkan gred A dalam subjek Mathematic Method yang di ketahui antara level paling susah dalam cabang matematik. Mengajak perempuan yang nakal untuk study bersama adalah lebih mudah berbanding mengajak perempuan muslimah. True!

Kekurangan


1. Lelaki perlu setapak kehadapan.
Ini adalah risikonya. Berhadapan perempuan yang nakal bermakna menghadapi kelebihan akal yang ada pada perempuan nakal. Hanya lelaki yang tahu merancang atau jenis bertaktikal sahaja layak dan mampu bercinta dengan perempuan nakal. Jika lelaki jiwang dan lelaki nerdy. Alamat kirim salam nampak gayanya mahu menempah keranda dek tak tertahan dengan sikap menekan atau push yang ada pada jati diri perempuan nakal.



2. Ego yang lebih tinggi dari mana-mana kalangan perempuan.
Tak percaya? Bandingkan dengan perempuan liar. Pada eksperimen kod 243JHN/76 dalam 'Kajian Wanita Era Moden oleh Dr Fritzhaulger Watson', ada menyatakan ego seseorang wanita itu di pengaruhi dari 3 perkara, iaitu keturunan, gaya hidup, dan pencapaian. Menyentuh point gaya hidup ataulifestyle. Setiap perlakuan membentuk sifat. Perempuan liar hanya ego pada sesuatu yang tedesak kerana mereka lazimya menjadi liar bila terdesak dalam hidup. Namun, perempuan nakal mempunyai ego dalam setiap perkara kerana mereka sentiasa mahu mencuba pelbagai perkara dalam hidup. Hipotesis eksperimen ini jelas releven dalam menjelaskan ego perempuan nakal lebih tinggi di antara perempuan-perempuan lain.

3. Segi kewangan.
Berdampingan dengan perempuan nakal memang 100% benar wang lelaki akan jadi 2 kali ganda di habiskan untuk pelbagai aktiviti bersama. Ini kerana, keseronokkan melepak dan beraktiviti dengan perempuan nakal memang seronok tak ingat, jadi boleh terlupa bahawa rm50 sudah di habiskan begitu saja dalam masa 2 hari kerana bersama makan di Secret Recipe dan menonton filem 2Alam 3D.

Hipotesis yang boleh di lampirkan dalam abstract ini ialah ;

Perempuan yang nakal mempunyai peluang yang cerah dalam percintaan era moden berdasarkan permintaan lelaki yang kini menggemari perempuan yang trendy, cool dan bijak.

Setuju atau tak, belakang cerita, komen saja.

p/s : semua gambar dicedok dari awekcomel.net dan google image.

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template