Friday, 6 April 2012

Ego perempuan

Assalammualaikum.

hello kepada jejaka dan gadis semalaya sekalian. Entry hari ini sedikit sebanyak berkaitan dengan aq. so harap dapat paham bila baca ni.


Mungkin sesetengah lelaki akan pikiaq perempuan yang payah untuk mulakan apa-apa dulu sebab ego punya pasai. Contohnya, sebelum couple, the guy did all the works. Dari bahagian meng’usha’, bersusah payah dptkan nombor telefon, ajak keluaq hinggalah mengayat jd gf. Perempuan pilihan tu hanya tunggu and nantikan whats next. Tapi sebenaqnya dalam proses menunggu tu, banyak yg berlaku. Hampa dah tau kan perempuan byk pikiaq, jadi dalam masa itu sebenaqnya perempuan tengok keikhlasan lelaki tersebut, cara dia melayan, kaji latar belakang lelaki tu (aku tak panggil ‘stalking’ aku panggil ‘kaji selidik’ ). Even, baca artikel tentang hubungan (tak semua tetapi bagi yang pernah ada sejarah hitam dlam bercinta), tengah basuh pinggan, basuh baju semua pun pikiaq patut terima atau tak. Bagi mereka, sebab untuk tak memulakan dulu takut nampak terhegeh-hegeh, seperti perempuan murahan senang sgt nak dapat sebab tu perempuan berikan cabaran selain tgk sejauh mana kesanggupan lelaki tu untuk dapatkan cinta tulus suci, auwww.




Perempuan bukan ego tapi depa berhati-hati or beringat la katakan . Kalau depa dah suka, depa pikiaq caqa tak nak bagi hang bosan tapi depa masih letakkan benteng supaya tak mudah nak ceroboh hati depa. Bila dah couple, si lelaki yang mulakan semua, lama kelamaan lelaki rasa tak adil, bosan, jiwa kacau, tak disayangi. Memang tak adil tapi itu untuk sementaqa waktu bila perempuan tu dah betul2 selesa, able to lower their guards. Kenalah bersabaq dan teguq secara tak langsung.


Keep the communication going. Baru depa nampak dan cuba untuk berubah. Itu pun tak boleh buat ke? Perempuan tak mesej/sms atau call dulu bukan sebab ego tapi maruah beb. Bukanlah girlfriend hampa langsung tak nak buat dulu kan cuma most of the time hampa yang kena buat.perempuan insan yang lemah beb hampa kena paham.

 


Traditionally(ayat kemain lagi), biaq lelaki nampak macho jadi gentleman, err comel. Perempuan suka macam tu, rasa diperlukan. Sebab depa takut bila depa mulakan, lelaki akan rasa selesa (comfort zone) dan serahkan semua pada perempuan, mula untuk ambil mudah, fikir yg apa2 pun perempuan tu tetap akan caqi dia, kemudian rasa bosan dan usha awek lain. Takut ditinggalkan bila lelaki feel the urge to chase some other girls. Jadi kenapa masa nak usha tak kisah buat semua kerja bila dah dapat, rasa selesa, kemudian bosan dan kejaq perempuan lain? Rutin hampa sama je kan. so pathetic!!!


Sayangilah girlfriend hampa, manjakan depa secara berhemah, setia(paling penting), komitmen sebab untungnya hampa bila berjaya tawan hati perempuan idaman. Perempuan baik-baik yang perlukan usaha untuk dapat. Cabaran yg hampa tempuh adalah untuk kesenangan dimasa hadapan. Tinggi mana pun ego sorang perempuan itu tak kan dapat melampaui ego seorang lelaki. Kalau hampa tau handle girlfriend hampa, hampa akan tau cara untuk puaskan hati depa dan ya, berjaya kekalkan hubungan. Berkorbanlah sikit, dah kahwin nanti balas dendam suruh depa masak ketam lemak cili api dan jaga anak-anak yg ramai.


N U N A said :Girls build a wall not to let anyone in because they are afraid of uncertainty. When you manage to destroy the wall, you know you are one special guy.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template