Saturday, 2 July 2011

antara 2 lelaki

entry kali ini dengan 1 situasi..(baca leklok)

Ada sorang awek biasa-biasa je macam orang lain takde special sangat muka pun bolehlah tahan. Awek ni paling tak suka orang yang merokok terutamanya lelaki, normal lah tu aku pun tak suka orang yang merokok ni. Dia siap dah aim dah lelaki-lelaki yang merokok dalam kelas dia memang ramailah kan, tapi ada sorang ni dia paling tak suka sampai tahap benci dah hanya sebab lelaki tu tak sengaja cucur baju dia dengan putung rokok dan sebab lain lelaki tersebut agak nakal. Kalau aku, aku pun marah nak nak baju yang baru beli. Grrr!


Kalau dah sekelas mestilah ada grouping untuk assignment. Entah macam mana ada satu subjek ni pensyarah dengan selamba meletakkan awek dan lelaki yang beliau benci tersebut dalam satu group. Woa! Kalau aku, susah sikitlah nak kerja macam ni. Tapi awek tu professional macam aku gak jadi dia terima dengan hati yang terbuka walaupun dalam hati membara rasa nak ketuk kepala mamat tu hari-hari. 


Hari demi hari, sikit demi sikit mamat tu merapatkan diri dengan awek tu dan cuba melembutkan hati beliau. Sape tahan kalau hari-hari kena marah sebab benda yang tak pasti mana silapnya. Entah macam mana usaha mamat tu berjaya juga akhirnya melembutkan hati awek tersebut yang keras bagaikan konkrit. Mereka jadi agak rapat sampai boleh keluar berdua. Macam dah lebih pulak kan.


Dijadikan cerita (tapi bukan karut), awek ni jumpa dengan sorang lagi mamat yang amat berbeza dengan mamat pertama, kononnya mamat kedua lebih baik dari mamat pertama. Tak merokok pulak tu.  Si awek ni rasa sangat dihargai bak kata omputih, "you complete me,". Awek tu rasa diri beliau perfect bila bersama dengan mamat yang kedua ni. Tapi dalam masa yang sama, hati beliau dah terpaut dengan mamat yang pertama.


jalan-jalan dengan pakcik google terjumpa gambar ni.



Kalau korang berada di tempat awek tu, mana korang pilih? Orang yang bersusah payah membuka hati korang ataupun seorang mamat yang agak baru dikenali tapi korang dah berkenan sebab korang rasa korang sangat perfect bila bersamanya. 

Perkataan yang paling mudah untuk perempuan tu, tamak. Aku tiba-tiba terfikir, macam mana mamat yang kedua tu boleh nak pikat dia kalau bukan dia yang membuka ruang untuk mamat tu. Betul tak? Takkanlah disebabkan seorang lelaki yang baru dia jumpa dia dah boleh rasa perfect or whatsoever. Mudah sangat jatuh hati. Aku tak dapat nak bagitahu apa yang patut perempuan tu buat sebab bagi aku perempuan tu sendiri yang bawa diri dia dalam masalah macam ni, dilema macam ni. Kalau dia betul sincere dengan mamat yang pertama tu, takkan ada hati berbelah bahagi macam ni.

Mungkin aku hanya mampu cakap-cakap je sebab aku bukan dalam situasi awek tu. Dan mungkin awek tu sendiri taktahu macam mana boleh terjebak dengan masalah ni. Daripada ulasan kat atas ni pun dah nampak yang aku menyarankan awek tersebut memilih lelaki pertama. Orang yang bersusah payah melembutkan hati dia bukan orang yang baru datang dalam hidup dia dan berkebolehan mencairkan hati dia dengan mudah. Ye, mungkin mamat kedua tu mempunyai ciri-ciri seperti putera idaman si awek, tapi tak bermakna mamat yang pertama tu patut dibiarkan begitu saja semata-mata mengejar putera idaman. Tak semua benda yang kita idamkan akan tercapai, sebab kita hanya merancang dan Allah yang menentukan.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template