Sunday 24 July 2011

Cara untuk minta kawan baik bayar hutang

BFF dan GFF sekalian.

Kawan baik. Well, good to know yang hampa da ramai kawan baik. Okay now, sapa yang ada kawan baik tapi kawan baik tu dah bertukar jadi your worse enemy ever, sila angkat tangan. Yeah, I can see that ramai betul BFF dan bertukar kepada musuh utama yang tau semua rahsia.

Well, antara masalah yang kadang kala berlaku adalah bila kita dah rapat dengan someone, someone tu datang kepada kita untuk meminjam sedikit duit. Kita pulak kalau tak bagi mula lah rasa bersalah. Actually, kalau duit tu cukup, nak kasi pinjam tu tak dak hal. Masalahnya, adalah bayar balik.

Well, hampa ingat senang ke nak mintak balik hutang yang kawan baik pinjam? Susah beb. Andaikata hampa nampak BFF hampa tu dari jauh. hampa usha dia rapat2. Then slow-slow hampa gerak ke arah dia then approach dia dengan ayat.


"Haiii :). Hutang aQ bila nak bayaQ?"


Kalau hmpa perasan, even hmpa buat muka baik macam mana pun, hmpa pasti akan nampak amat jahat bila masuk bab nak mintak bayaq hutang kan? Tak percaya try ah. Well, aq pun tak tau psaipa tapi serious apa-apa yang berkaitan dengan hutang akan merosakkan suasana. Dan itu akan membawa kita ke situasi seterusnya which is situasi kekok antara hmpa dan your BFF.


Kekok? What kekok?Untuk pengetahuan hmpa, situasi kekok tu akan menjadi teruk kalau kawan-kawan baik hmpa tu tak dak duit atau tak mau bayar hutang. Tu belum kira lagi kalau hmpa perlu keluaqkan kenyataan-kenyataan yang menyedihkan tentang psaipa hmpa perlukan duit sangat-sangat pada masa tu and then selepas mengeluaqkan hujah-hujah sedih, boleh pulak dia kasi respond dengan


"Alaaa, nanti aq bayaq la. Macam la aq tak dak duit" (Obviously tak mau bayaq)
"Minggu depan boleh tak? Minggu ni aq tak dak duit ah."
"Ha ni asyik nak mintak hutang ja. Kan aq dah kata nanti aq da duit aku bayaq la."
Bila benda seperti di atas berlaku, confirm hmpa dah rasa segan dan malu nak mintak again kan? Lebih-lebih lagi bila kawan kita tu tak mau bayaq sebab dia takut dia tak cukup duit untuk makan.

So, ini adalah apa yang hmpa patut buat untuk meminta balik hutang kat kawan or kenalan hmpa tanpa mewujudkan situasi yang kekok dan pada masa yang sama, tak kan putuskan persahabatan hmpa.


Do it in a flash.
hmpa pakai baju smart-smart. Galas beg di bahu dan ready. Bila hmpa nampak je si peminjam duit tu di depan mata, hmpa teruih berjalan laju menuju ke arah dia seolah-olah hmpa dah lambat nak p kelas. Dengan rentak perjalanan yang pantas dan tanpa berhenti, hmpa teruih cakap


"Weh, minggu ni aq macam tak dak duit lah. Esok hg bayaq hutang aku ya?".
Then terus blah. Tak yah tunggu dia respon. Why? Sebab apa yang dia perlukan adalah notification tentang hutangnya. Dan masa yang kita bagi adalah 24 jam. Itu adalah rasional.

Bila buat cara flash macam ni, dia dah macam tak dak alasan nak bagi sebab ianya seolah-olah perjanjian telah termeterai yg dia kena bayaq hutangnya pada keesokan harinya.(yeay~~)


SMS berbentuk arahan.

Antara cara yang paling senang untuk ask your best friend to pay back whatever depa borrow adalah dengan menghantar satu SMS yang amat simple. Contohnya


"Salam. Hari Rabu ni hg bayaq hutang aq ya. Aq dah tak ada duit nak makan. Nanti aq mai bilik hg ambek duit."


Kelebihan SMS adalah 'ruang untuk berpikiaq'. Ya, pada masa ni, si peminjam biasanya akan ambek masa yang lama untuk reply mesej hmpa. Dan SMS juga tak kan membuatkan situasi kekok berlaku. Damn i hate situasi kekok. Tapi kalau dia tu lelaki dan jenis hati kering, dia mungkin akan reply dengan ayat "Tak dak duit". Well kalau ini berlaku, hmpa boleh guna next step.

Lepak-lepak dengan si peminjam duit.Hmpa cuba la cari masa-masa yang sesuai untuk duduk-duduk dengan si peminjam duit. Duduk sambil makan dan tengok TV misalnya. Then masa tengah layan TV tu, hmpa buat la ayat macam

"Aq ingat nak beli buku Bio macam kat TV tu lah. Tapi tak dak duit doe. Classmate / roomate aq pinjam duit tapi tak reti nak bayaq balik."
Ya, hmpa buat-buat seolah-olah si peminjam duit tu tak berhutang dengan hmpa. Then hmpa tibai ah macam.


"Benci betul lah aq dengan classmate aq tu. Pinjam pandai, tapi nak bayaq haram jadah. Pastu mengaku kawan. Tak guna."
Then selepas dah puas kutuk, hmpa keluaqkan ayat maut

"Eh, baru aq ingat, bukan ka hg pun ada pinjam duit aq ka dulu?"
Nailed it! Sumpah dia terasa. Dia terasa tetapi aku bet yang tak kan berlaku sebarang pergaduhan. Dan cara ni mungkin hanya berfungsi kat lelaki since lelaki tak sensitif sangat. Kalau hmpa perempuan dan hmpa guna cara ni kat perempuan yang sensitif, rasanya sure dia akan baling pinggan tu kat hmpa sambil putus kawan.

Suruh dia bayaq hutang Aq tanpa dia sedari.Cara lain yang mudah untuk dapatkan duit hutang hmpa adalah dengan membuatkan si peminjam duit tu membayaqnya tanpa dia sedar. Contohnya macam

"Weh, pinjam Rm50 hg sat, aq nak repair tayar moto aq lah".
Then keesokannya bila dia mintak duit, hmpa kata lah

"Oh, duit kau tu kira tolak hutang aq la. hg kan hutang aq RM50 hari tu."
Yeah, cara ni damn ohsem lebih-lebih lagi kalau digunakan pada hari dia dapat gaji / loan PTPTN or MARA. Dan please guna cara ni HANYA jika si peminjam tu TAK NAK bayaq hutang hmpa. Aq perasan most of the peminjam bukan tak mampu tetapi tak nak bayar hutang. Ya, kalau dia tak nak bayar, boleh guna cara yang agak kejam ni. Tapi kalau dia betul-betul tak dak duit, cara ni amat-amat tak di galakkan.



Well, bila si peminjam duit tu tak mampu nak bayaq, kita jangan lah paksa sangat. For the win-win situation, kita bleh guna cara lain which is offer bayaran balik secara ansuran. hmpa mungkin boleh suruh dia bayaq RM10 seminggu or atau Rm30 sebulan, janji bayaq. Tak pon, hmpa boleh suruh dia tanggung hmpa punya lunch. Yeah, itu pretty nice. Dia pun sure tak akan rasa terbeban untuk bayar balik.

Actually, aq rasa as long hmpa da duit lebih, memang tak ada hal lah kan nak bg orang lain pinjam duit. But then agak tak boleh blah lah bila depa dah ada duit, tapi still tak nak bayar. Dan, lagi-lagi tak boleh blah kalau si peminjam duit tu guna kan duit yang kita pinjamkan semata-mata untuk enjoy / beli baju,kasut whatever n so on sedangkan kita yang nak isi perut sendiri ni pun sebenaqnya berkira nak makan.

Apa pun, kalau hmpa kaya dan tak rasa perlukan duit, kira langsai je la hutang tu. Jadikan hutang tu sebagai sedekah. Ingat, the more you give, the more you get. Pengalaman aku, semakin banyak orang pinjam duit aq, semakin perlahan lah flow duit aku. Aq makan itu ini sampai perut membulat tapi duit rasa macam tak luak pun. Padahal masa tak dak orang hutang tak beli apa-apa tapi duit bergerak macam air.

Dan yang terakhir, meminjam duit dari kawan adalah satu "Friendship Killer". So, try your best untuk tak pinjam duit yang bukan ja dari kawan, tapi jugak dari siapa-siapa ja.

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template