Wednesday 6 July 2011

faktor yang buat guy terpikat kat gurl

The issue is, why ramai gila orang (terutamanya girls) yang bertanyakan pasal love eww-eww? pasaipa susah sangat nak dapatkan someone yang kita suka? Yeah, pasaipa? Aku pun tak tau pasaipa. Tapi lepas aku lepak-lepak dengan Bruno Mars beberapa bulan lepas, dia ada bagi tau aku. "Nuna. Ingat. Love; Easy come, easy go". So yeah, that is why kalau boleh, jangan la cari yang easy-easy. Sebagai contoh, cer hampa tengok ceta Cinderella, Sleeping Beauty dan Rapunzel. Mana ada easy-easy love ni. Semua easy-easy love ni bullshit ja. Bila tak easy, baru lah thrill. Baru lah adventure. Baru lah fun. Fun fun fun fun fun.

So memandangkan aku ni seorang gurl yang baik, pemurah, setia, gojes dan.. baik, maka now Im gonna tell you beberapa faktor dan MajorTurnOn yang kadang-kadang membuatkan lelaki benci. Tapi most of the time, lelaki akan tertarik. 
Coloured eyes (Natural)


Ada dua jenis perempuan di dunia ni yang matanya ada colour. Satu, semulajadi dan satu lagi contact lenses. Bagi girls yang matanya semulajadi warna biru, hijau atau hazel, ianya akan nampak amat cantik. Amat-amat cantik TAPI  KALAU PAKAI CONTACT LENSES, BOLEH BLAH LA. HAHA. Girls, sila jangan pakai contact lenses bewarna. Kalau rabun, pakai ja spectacles / glasses.Yeah. Mari kita ulang balik.
Rule No 17 - Cute Girls yang rabun:
  • Cute girl + Contact Lenses = Tak cute
  • Tak cute girl + Spectacle = Cute
  • Tak cute girl + Contact Lenses = Double tak cute.
  • Cute girl + Spectacle = Angel.

See? Just another simple calculation on How To Be Cute When You Are Rabun. No lens indeed. Girl with glasses = COOOL. No glasses but with lens = NOT COOL.

Girls in Uniform.


Imagine. Imagine yang hmpa adalah seorang lelaki yang baru balik dari kerja. Penat gila ah ni. Baru hari isnin dah penat. Belum malam Jumaat. Then tengah penat-penat sambil driving tu, hampa nampak pulak sekumpulan student Nurse yang pakai seragam nurse. Perh, dari mata yang sebelah terbuka tu, terus dua-dua luas terbuka beb. Yeah, girls in uniform memang superb. Termasuk lah uniform askar ke, uniform sekolah ke (Oh my) memang memukau.

Special & Detail habits. 
There is a moment yang best bila hampa (lelaki) lepak-lepak dengan a girl. Then atas certain reason, that girl tengah risau plus gelabah. Most of the girls, bila dia risau dia akan gigit bibir kiri bawah at the same time. Seperti gambar di bawah.

Tak yah buat muka menggoda. Buat muka risau dan cuak dah cukup untuk membuatkan lelaki langgaq tiang bila tengok.Small habits macam ni kadang-kadang menarik hati lelaki. Kadang-kadang, benda macam ni la yang mengingatkan lelaki kat hampa. Atau pun dengan kata lain, body language dan sex appeal. Kadang-kadang, cara berjalan. Kadang-kadang, cara girl tu berpakaian. Semuanya berkaitan dengan sex appeal. Dan benda-benda kecil yang girls selalu buat sebagai habits besanya akan menarik hati lelaki. psaipa? xtau lah. For me, aku rasa ianya comel kot.hahahhaha 

A girl yang unik, sombong dan susah nak tackle.


Hampa ingat lelaki tak bosan ka tengok perempuan yang lebih kurang ja? Balik-balik, awek yang tergedik-gedik. Balik-balik, awek yang bajet muka lawa sambil tunjukkan assets di dada. Balik-balik, awek yang mudah cayaq. Balik-balik awek yang desprate. Lelaki ni, depa suka tukar awek tau. hampa tau pasaipa depa suka tukaq awek? Yeah, sebab bosan. Bosan la dah semua perempuan lebih kurang ja. Tak unik.  Tak special. Tak berbeza. Tak ada kelainan.Kadang-kadang, girl yang berbeza dari gurl yang lain tu cool tau. Girl yang berbeza dari lelaki lagi lah cool. Berbeza dan membuatkan kita tertarik.Dan most importantly, sila jadi sombong dan susah nak ditackle. Jangan jadi desprate. Lelaki tak akan suka kat perempuan yang desperate. Lelaki tak akan suka kat the girl yang mudah fall for you melainkan atas beberapa sebab. So please jangan jadi perempuan yang terlampau desperate. Aku bukan cakap ni tanpa sebab kerana aku perasan ramaiiiiiii gila girls yang rasa lonely tanpa lelaki. There is no way you guys patut rasa lonely kerana lelaki. So, sila jadi unik, jual mahal dan susah untuk di tackle.Oh wait.. hampa tak nak jual mahal sebab takut kena mark sebagai sombong? Well, who the fuuu cares?

Aggressive & Garang Girl.


Hampa perasan tak kat lelaki yang suka kacau perempuan? Bila ada sekumpulan lelaki lepak-lepak, then depa nampak awek comel lalu, teruih depa kejaq. Bila dah kejaq, teruih cucuk-cucuk nak masuk line. Aku tak kesah bab nak cucuk line tu. Tapi please la boys, perlu ke bagi ayat "Hai, nak berkenalan boleh?". Alaa, trick tu dah basi la. hampa guna trick ajak nak berkenalan tu memang memalukan ah. Nak cucuk tu, biar la ada kelainan dan romantik sikit. Buat-buat terlanggaq ka. Buat-buat nak culik tapi tak sampai hati ka. Baru la girl(s) terpikat. Hadoi. Besanya, kalau lelaki tu kacau perempuan, lagi perempuan tu marah, lagi suka ah lelaki tu suka kacau kan? Yeah, hampa agak psaipa? Sebab lelaki suka tengok perempuan marah. Bila perempuan tu marah, akan nampak kawaiiiii. Cer hampa tengok. Kalau lelaki tu kacau perempuan, then perempuan tu ignore. Mesti lelaki tu boring kan? Ya lah. Dah tak dak respond. Siapa tak bosan. Seolah-olah kacau tunggul kayu. Lelaki mana suka menyakat tunggul kayu? Tak feel langsung.Sebab tu lah lelaki sukakan girls yang bagi respond. Bila respond tu sebagai marah, lagi lah suka. Dan besanya, girls yang mudah marah berjenis aggressive. Well, you know the moment bila perempuan bebel-bebel tetapi si lelaki hanya pandang sambil tersenyum? Sweet kan? Yeah, saya tau saya memang sweet.(blueeekkk)

A girl yang tahu tutup aurat dan pandai jaga diri.

Hampa tau x, kalau lelaki tengok girls yang pakai tube memang lelaki akan tertarik sebab seksi beb. Di tambah pulak dengan pakai short pants. Short yang dah betul-betul paras kangkang. Perh. Kalau mana-mana lelaki tengok pun sure meleleh. Meleleh macam, perh. Perh. PERH.And there is a point di mana lelaki tu start nak get serious in relationship. Which is lelaki tu nak cari girl untuk di buat bini. Lelaki nak cari girl untuk bawak balik rumah dan tunjuk kepada mak bapak. And hampa pikiaq mak bapak hampa setuju ka nak dapat menantu yang pakai baju tak cukup kain? And most of lelaki sendiri pun sure ah tak mau ada isteri yang seksi gila. Siapa nak ada isteri yang seksi then lelaki lain pandang je sambil terliur. Pulak tu, kalau ada anak perempuan, nak ke si suami tengok anak dia pakai macam mak dia? Eww. No way.Anggaplah hampa ni lelaki. Then kat depan hampa ada 50 awek-awek comel. Out of all, ada seorang yang pakai tudung, muka ayu, muka suci, pakai baju longgaq then bila tengok, rasa sejukk ja perut. Mesti hampa akan start perasan kan betapa specialnya gadis yang pandai jaga diri dan pandai tutup aurat.Ya. Bayangkan, dalam banyak-banyak girls yang ada tu, ada sorang girl yang pakai tudung bawal bersama baju Jubah Seluar Vietnam. Perh. Nak pula baju dan tudung bawal tu warna purple. Cayaq beb. Nampak lembut je. Nampak macam nak ajak kahwin je. Fav aku tu tudung bawal + Jubah Seluar. Well, bila hampa dalam situasi ni, mesti hmpa sedaq betapa cutenya girl yang reti tutup aurat. Sebab tu lah realitinya zaman sekarang. Brapa orang yang betul-betul tutup aurat?Yeahh, itu adalah dua jenis pakaian berbeza kan?
  • Well, lelaki tengok awek seksi pakai tube tunjuk dada = Rasa macam nak bawak masuk bilik. 
  • Lelaki tengok awek tutup semua + sopan santun = Rasa macam nak bawak masuk masjid. 
Well, memandangkan you girls suka masuk bilik, then I have nothing to say. HAHA


    A girl with no make up. Yet, cute.


    Ini adalah benda yang paling memukau. Imagine hmpa tengok a girl yang gila ah comel di pasar malam kat belakang rumah korang. Dah la comel, gebu pulak tu. Dah la gebu, comel pula tu. Then memandangkan hmpa dah terpikat kat that girl, hmpa pun cepat-cepat jumpa famili dia ajak kahwin. Bila dah kahwin, perh cun beb hari dia masa hari perhahwinan tu. Then bila malam, bila habis semua make up di buang, terus hilang semua kecantikan. Then apa perasaan hmpa bila tengok muka your wife tak seperti yang hmpa jumpa kat pasar malam kat belakang rumah semalam. Yeah, make up boleh ubah muka seseorang dengan banyak gila. Kalau hampa tak percaya, hampa boleh Google Image "With and without make up" Then hmpa akan nampak beratus gambar yang 'before' and 'after' make up.Dan, PLEASE LAH. laki aq(kalau ada) tak mau ah pagi-pagi hari masa nak pergi kerja then bila dia kiss dahi wife(aq), dia rasa berdebu. Bila kiss pipi berasa habuk. Kiss mulut, berasa melekit. Ewww. Pehlis. No make up okay.
    ***********

    Well girls, bila nak cari pasangan hidup dan dibuat kahwin, hampa sebenaqnya ada banyak pilihan. Termasuk lah orang boleh pilih yang muka tak handsome tetapi boleh dipercayai. Atau hampa boleh cari lelaki bermulut manis yang playboy. Sometimes, lelaki yang playboy adalah lelaki yang setia. Dan most of the time, lelaki yang tak playboy adalah lelaki yang tak setia. For example, a boy, dari umur dia 5 tahun hingga ke 20 tahun dia asyik bertukar-tukar awek. Umpama bertukar seluar. Hari ni seluar lain, esok awek lain. Well please, jangan salahkan dia, he is just being a man dan siapa suruh para gadis comel sangat. Hihi. Tapi, one day, that player boy bila dia jumpa someone yang dia betul-betul suka, dia akan melekat kat hmpa gila-gila. Yeah, selama ni dia just menacai girl untuk di eww-eww.Dan kalau boleh, jangan cling too much on love and boyfriends. They are nothing anyway.Apa pun, thanks sebab sudi baca entri aku. Double thanks kat sesiapa yang baca blog aku sambil tungkat dagu dan kepala guna tangan kiri.(pulun suda)

    0 Comments:

    Post a Comment


     
    LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template