Wednesday, 9 November 2011

benda-benda couple perlu ADA

assalam to pecinta wanita n pecinta lelaki sekalian....

Nampak macam geli-mat. Ye, tapi sweet and steady. Kata nak berkasih sayang. Ada makwe, ada pakwe tapi jijik nak jiwang, baik tak payah bercinta. Tu, pergi bercinta dengan beruk. Gasak kau lah.
1. Tshirt couple edition dan baju yang sama.

Cuba korang bayangkan bila hampa  berdua pakai baju Levi's couple tu. Pergh, mesti mata-mata orang lain pandang-memandang. Ye, memang ada pandangan kata "Hek eleh, macam beria sangat nak bercinta". Eleh, tu ayat-ayat orang jeles sebenarnya. Tapi,hampa kena ingat, ada juga mata-mata memandang merasakan "Oh sweetnye couple ni pakai baju sama, baju couple. sehati sejiwa." Saat hampa berdua berjalan seiringan berpegangan tangan dengan gah baju yang sama atau baju couple tu, sekurang-kurangnya hampa ada keyakinan dalam bercinta. Ada rasa percaya antara satu sama lain yang dapat memupuk lagi perhubungan korang ke peringkat lebih tinggi. Feewiitt! Beli saja baju yang sama dan rare seperti baju Welcome To Terengganu atau kalau banyak duit, beli baju couple kat Levi's tu. Oh, Uniqlo pun ada kan?


2. Jam tangan.

Swatch selalu menampilkan jam tangan yang sweet-sweet buat para couple sekalian. Sesekali kalau ada duit, beli lah sepasang jam yang sama. Psss, beli Swatch classic pun okay gak. Nampak old-skool. Oh, Casio petak yang RM10 tu pun okay gak pe. Bila hampa pakai jam tangan yang sama, setiap kali melihat jam di tangan waktu berseorangan, ahhh, sejenak itu hampa akan teringat pada pasangan masing-masing. Apa lagi, tangan gatal terus nak mesej.

3. Telefon bimbit.

Ok, bila dah nak call/mesej. Ya, kat sini pulak hampa akan ada telefon bimbit yang sama jenis. Ala, satu hari tu, belilah henpon sama-sama jenis la. Beli yang biasa pun takpe. takdak 3G pun takpa, bukan hampa pakai sangat pun 3G tu. Lainlah kalau nak tayang 18SX. Mesti tak nak kan? So, lupakan 3G, 4G ni. Kalau boleh 3310 lagi bagus. Nanti, bila dah henpon sama, bolehlah tukar-tukar. Ya, sharing. Kita bukan sebab nak tukar saja-saja. Tapi, sebenarnya nak 'bau tangan' pasangan kita. Tu je. Lagi menambah rindeww woo.



4. Sneakers.

Okay, ni agak rare sikit. Jarang untuk couple tu pakai jenis kasut yang sama. Kalau ada, memang diorang ni loving-loving habes. Macam belangkas. Sebab, kasut banyak melambangkan identiti. Dan jarang untuk perempuan pakai sneakers lelaki. Tul tak? Lelaki pun tak teringin sangat nak pakai sneakers perempuan. Ok, kalau korang nak try. Pergi kat Converse, atau Everlast. Ya, beli sama-sama sneakers yang pesen macam tu. Sebab Converse dan Everlast agak unisex. Bayangkan ini bila hampa pakai kasut yang sama, setiap langkah adalah seiringan dengan pasangan cinta kita. Awesome siot!



5. Keychain, small doll, anything souvernier yang boleh di gantung kat beg dan henpon.

Ala, hampa takkan tak pernah jumpa keychain yang berbentuk hati yang boleh dipecahkan dua, dan bila di sambung, akan berbentuk hati dan tertulis Love Forever. Ha, apa lagi pergi beli sekarang. Pergi beli kat kedai hadiah. Berlambak. Takpun, nak nampak tomey-tomey. Beli anak patung Mr Bean yang boleh buat keychain tu. Gantung kat beg. Ni semua untuk kenangan manis yang tak boleh di lupakan beb. Fuh fuh fuh!

Anyway, kalau hampa tak mencuba, hampa xkan tau. Ini kedekut bila bercinta apa barang? Nak hadiahkan pakwe/makwe sendiri pun jarang-jarang. Patutlah tak bahagia. Kedekut.

0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template