Saturday, 26 November 2011

Jejaka Perasan

asaalamualaikom :)
entry kali pasai laki prasan dalam bhasa kasaqnya ar.so layan bai.

Gua sangat yakin perkataan "perasan" ni mesti orang selalu guna. Kalau lu tak pernah guna mesti lu ni tergolong dalam spesies baik,pergi umrah pun dah dua tiga kali. Tapi apa yang menyebabkan kita dicop oleh orang lain sebagai perasan? Pernah fikir tak? Pernah perasan tak? Untuk entri kali ni,gua akan cerita bagaimana seorang lelaki itu boleh menjadi jejaka perasan.

Bila lu tengok semua makwe yang cantik,semuanya lu nak ngorat,semuanya lu nak poke dalam fesbuk,semuanya lu nak like status fesbuk dia,semuanya lu nak chat dengan dia dan akan mulakan perbualan dengan cara paling hambaq sekali macam,"hai,u buat apa tu?" sambil kasi smiley bajet comey. Cilake,Johnny Depp pun tak buat perangai macam ni tahu? Lu bajet lu hensem sangat? Perasan!

Bila lu berjalan kat mana-mana dan ada makwe tengok lu,lu mula berkelakuan gila. Betoil-betoikan rambut,betoi-betoikan kolar baju,kalau ada cermin tengok cermin dan lu akan approach terus makwe tu. Eh,macam tu ke eja approach? Ahh,pi mampos ar dengan ejaan. Apa lu bajet semua makwe yang tengok lu tu suka lu? Dia tengok sebab lu jalan kemain mendada serupa ayam jantan,bukannya sebab dia tertarik kat lu. Perasan!


Bila lu bersembang dengan mana-mana makwe,semua topik lu sapu. Semua benda lu paling terer. Semua benda lu paling power. Orang ceta pasal Aloq Staq,lu sembang pasal France. Orang ceta pasal Myvi,lu ceta pasal Lamborghini. Orang ceta orang dapat ikan 3 kilo,lu cerita pasal lu dapat ikan 30 kilo. Kalau power sangat,pergi masuk Who Want To Be A Millionaire la,sembang dengan makwe bukan boleh dapat duit. Perasan!


Lelaki perasan ni mudah dikesan kat tempat-tempat yang ada ramai makwe,kalau dia blogger dia pergi gathering blogger,kalau dia syaitan twitter dia pergi twtup,kalau dia orang kerja kerajaan dia akan pergi Family Day. Kalau lelaki lain lepak dengan lelaki lain kat event tu,lelaki jenis ni lebih banyak melepak dengan makwe-makwe dan sibuk bercerita pasal diri dia. Apa lu ingat kisah diri lu tu happening sangat sampai semua makwe nak beri perhatian kat lu? Perasan!


Ok,gua syak baik gua hentikan kriteria-kriteria lelaki perasan ni sebelum ada yang terkena pada diri kawan2 gua. Tapi gua rasa depa bukan perasan,depa ultra konfiden!kahkahkah!!Gua akhiri entri ni dengan sebuah lagu yang paling sesuai buat semua jejaka perasan di luaq sana dengan ucapan,kalau lu rasa lu kacak,akan ada seribu kali orang yang lagi kacak dari lu,kalau lu rasa lu hebat,akan ada seribu kali orang yang lagi hebat dari lu,jadi diri sendiri dan lu akan jadi satu-satunya lelaki seperti itu.





0 comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template