Sunday 6 November 2011

lelaki dan FAKTA

Selamat kepada semua. Selamat Hari Raya, Selamat Hari Satu Malaysia, Selamat Hari Ulangtahun, Selamat untuk Move On, Selamat untuk Menackle Awek Baru, Selamat Hari Pertunangan, Selamat Menjadi Pengantin, Selamat Menyambut Anak dan sebagainya. Kemain banyak lagi SELAMAT. Gua tahu hari-hari hampa tak akan bermakna tanpa membaca blog gua. Ecehhhh..

Okay, hari ni gua tertarik nak menulis pasal awek-awek semua. Setelah gua amati dan selidik dan pertimbangkan, al-maklumlah gua ni kan dah dikira separa lelaki. Dari kecik-kecik sekolah tadika ke dah tua bangka, kengkawan lelaki lagi ramai dari kawan perempuan. Jadi gua boleh dikatakan cukup masak la dengan perangai depa ni. So kat sini gua nak list down kan hasil pemantauan gua selama bertahun-tahun lamanya.



1) Lelaki Tak Suka Perempuan Banyak Tanya

Hampa tau tak yang kaum Adam ni jenis cepat rimas? Jadi pertanyaan hendaklah K.I.S.S (Keep It Simple Stupid!) Ini tak, kalau dah janji nak dating, bf/suami lu lambat sikit, lu dah menggelabah nenen. Call je dah 16 kali. Lepas tu tanya kat mana, lalu jalan mana, kenapa lalu jalan tu, tak reti tengok jam ke, pasaipa kat sana hujan kat sini tak pun. Soalan feveret: Awat tak angkat phone? awat lambat angkat phone? Awat tak balas SMS? awat itu? Awat ini? Pehhhh.. Kalau gua jadi lelaki, dah lama gua shoot dengan machine gun tau?

Paling untung kalau laki tu dpat gf/bini yang hanya tanya "Baby dekat mana? Jauh lagi eh? Lembap ah baby ni. Okay bye."

Habis cerita. Lu nak bising bising pun bukan dia boleh sampai cepat pun. Gila ka apa?

2) Lelaki Memang Gila Bola. Sila Pasrah.


Kalau BF keluar dengan kawan2 dia lepak mamak sampai 3,4 pagi tak payah la nak jadikan isu besar. Lu tak bagi depa keluar macam depa dah jadi suami. Ada ke patut suruh layan bola dekat ASTRO sensorang? Tak berperi kemanusiaan langsung. Tengok bola je kot. Bukannya apa sangat. Jadi sebagai kaum perempuan, tak banyak, sikit pun jadilah untuk hampa amik info pasal bola sikit-sikit. Bukannya apa, at least kalau BF/Laki korang nak keluar tetengah malam tengok bola, cakap MENYU vs SPURS punya game, boleh ah korang detect betul ke tak. Tak pun tanya score ke. Paling tak pun lu tarik selimut tidur je lah tetengah malam. Takde pekdahnya pun nak tunggu dia balik sampai pagi buta.




Paling untung dapat GF/Bini yang kaki bola sekali. Boleh gak lepak sama-sama tengok bola. Kan senang, depan mata.

Habis cerita.


3) Lelaki Suka Awek Sempoi.

Lu tau sempoi tu apa? Sempoi ah. Tak payah nak menggedik sangat. Tak payah nak poyo sangat. Tak payah nak garang sangat. Tak payah tu tak boleh, ni tak boleh. Perempuan sempoi yang boleh tolak ansur dalam semua benda and faham yang lelaki ni jenis tak boleh nak dipaksa paksa. Yang jenis sempoi boleh cuba nak sesuaikan diri dalam semua keadaan/tempat. Yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan kecik tanpa drag sampai merajuk 16 hari. Perempuan sempoi yang tak perlu berlebih-lebihan tapi still gojes mengalahkan Fasha Sendat.




Paling untung yang boleh dapat awek yang lelaki boleh share semua benda, boleh cakap semua benda dan faham keadaan lelaki tu macam mana.

Habis cerita.


4) Lelaki Suka Perempuan Pandai Masak dan Pandai Mengurut.


Lebih praktik kepada pasangan suami/isteri. Yang GF/BF pun boleh. Gua apa ada hal ye tak? Adalah penting bagi korang kaum perempuan belajar memasak dan mengurut. Ini adalah FAKTA tahu? Sesiapa lelaki yang tak setuju dengan gua, dah boleh berhenti jadi lelaki. Cuba selidik apa makanan kegemaran si dia, then boleh lah belajar sikit sikit. Lagi satu kalau dia amik hampa balik kerja. Tengah jem pepenat tu. Tolong lah urut urut sikit kepala dia. Bahu ke apa ke. Jangan urut tang lain sudah. Kehkehkeh. Jadi sebelum laki hampa menempah mana-mana rumah urut, baik menyediakan payung sebelum hujan. Lelaki ni nampak kasar tapi suka dibelai tahu?




Paling untung dapat gf/bini memang power gila memasak dan juga seorang guru urutan 'Cakar Harimau'. Kehkehkehkeh.

Habis cerita.

5) Lelaki Tak Suka Layan Benda-Benda Remeh dan Emosi.

Kalau hampa dok bergaduh 24 jam, bf/laki hampa buat bodoh je bukan maknanya depa tak kesah pasal hampa. Benda remeh temeh lagi lah tentang hati dan perasaan ni lelaki seboleh-bolehnya nak simpan. Lu ingat muka macam Leplep tu tak pernah rasa rabak ke? Ingat kental macam Lan tu tak pernah menitis air mata ke? Silap silap. Kadang-kadang depa lagi emo dari perempuan. Tapi kalau boleh depa taknak campur aduk kan dan juga berat nak share atau luahkan. Takpe, bagi depa masa, InsyaAllah tak ada apa.



Paling untuk dapat awek yang jenis COOL je 24 jam. Gaduh pun gaduh tapi still boleh gelak-gelak bila cakap tentang benda yang tak berkaitan dengan apa yang digaduhkan. Ni tak, belum kahwin dah gaduh macam setan.

Peh peh peh.. Gua dah rasa macam menulis untuk majalah REMAJA plak. Gua harap kaum perempuan pun boleh amik iktibar. Dan kaum lelaki jangan amik kesempatan ke atas kebebasan yang kaum perempuan berikan.

Takpe lah, gua beransur dulu. Semoga anda semua berbahagia dunia akhirat.

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template