Friday 4 November 2011

Apa itu saka?knapa orang bela saka?



Hello girls yang takut hantu sekalian. Stay up late tonight? Good.


Kalau hampa dulu-dulu sekolah berasrama dan stay kat asrama, mesti hampa suka bersembang kan? Kalau tak bersembang bergossip sambil memuji pakwe masing-masing, mesti hampa suka bukak cerita hantu dan saka kan? And then last-last, semua takut sampai tak boleh tidur sampai ke pagi. Yeah, I know.


Dan aku agak lah kan some of your guys mesti ada yang mewarisi saka kan? Well, dari apa yang aku tahu, 70% orang yang mewarisi saka tak tau pun yang dia tu ada saka. But seriously, hampa tahu tak saka tu apa kebenda sebenarnya?


Yeah bro, what the fuuuu is saka?
Saka adalah jin / hantu yang akan sentiasa ikut tuan dia. Tuan dia suruh dia buat A, dia akan buat A. Tuan dia suruh buat B, dia akan buat B. Dengan satu syarat, tuan dia kena buat upacara khas untuk beri makanan kat dia. But, korang mesti tertanya-tanya, macam mana jin or hantu tu ada tuan kan? Well actually, jin dan hantu tu dah buat perjanjian dengan manusia. Bila perjanjian di buat, secara automatiknya manusia tu akan jadi tuan dia. Dan biasanya, perjanjian tu adalah sehingga kiamat. Sebab tu lah saka ni boleh diwarisi.


Ada orang kata saka adalah roh orang mati. Roh sultan, Roh raja dan roh orang-orang tertentu seperti roh seorang pahlawan. Tapi sebenarnya tak. Saka is not roh orang mati. Hantu juga bukan roh nenek moyang kita. Bukan roh nabi. So, kalau dia kata yang dia jumpa Nabi, or Sultan selepas dia buat upacara etc, then itu maksudnya dia baru sahaja bullshitting you. Saka is saka. Saka is ghost. Saka is hantu. Saka is jin and of course, syaitan.


Jenis-jenis saka.
Jin saka ni ada banyak jenis. Ada yang jenis pro, ada yang jenis amateur. Maksudnya, ada jin yang gila kuat dan ada jin yang lemah. Tapi tak kira lah saka kuat or lemah, korang tetap kena jaga dia. Tiap-tiap malam tertentu, korang kena buat ritual untuk saka korang. Dan ini adalah termasuk dengan bermain dengan dia. Tak kisah lah main apa-apa pun. Main lompat-lompat ke, apa ke, asalkan saka tu happy. Kalau tak happy, dia akan sakitkan hati orang di sekeliling hampa. For example, hampa adalah perempuan. hampa ada saka. Setiap malam jumaat, hampa kena pergi ke tandas untuk berborak dan bermain lap ta li lap dengan saka hampa. Kalau tak, saka tu akan kacau seluruh ahli rumah or ahli keluarga hampa.




And dari beberapa sumber yang aku tahu, semakin kuat saka tu, semakin besar ritual yang hampa kena buat. For example, if saka yang korang ada tu hanyalah saka biasa-biasa je, then hampa just perlu asapkan barang perantaraan dia seperti keris, cincin, pedang dan etc. But if level saka tu makin tinggi, hampa mungkin perlu korbankan ayam, kambing hitam dan sebagainya. And dari apa yang aku dengar lagi, sampai satu tahap, hampa kena korbankan nyawa untuk bagi kat saka hampa. Why? Sebab to earn something, you must give something. Something like your-normal-life.


Camne nak tahu eh kot-kot aku ada saka ataupun tak?
Senang je kalau hampa nak tau yang hampa ada saka ataupun tak. hampa tengok je diri hampa. First tengok diri korang masa tengah tidur.


  • Korang susah tidur malam tak?
  • Orang yang ada saka biasanya akan dapat mimpi pasal kucing, tikus, serigala, ular, anjing and unta. Or selalu mimpi apa-apa yang menakutkan.
  • Mimpi terjatuh dari tempat tinngi or berada di tempat kotor plus kawasan perkuburan.
  • Mimpi nampak budak kecil, salib dan gereja.
  • Bunyi gigi berlaga masa dok tengah tidur. (Actually, dalam sains, ini pertanda orang tu banyak cacing dalam badan)
  • Bila terjaga dari tidur, akan rasa takut je.
  • Selalu mimpi / mengigau sampai menangis, ketawa dan merintih dengan kuat masa tengah tidur.
  • Lebam-lebam (Kesan gigitan saka)
  • Bermimpi buat seks dengan hantu / jin / makhluk menyerupai binatang etc.


Dan jangan risau, if hampa pernah mengalami benda-benda kat atas, tak bermaksud hampa surely ada saka. Kadang-kadang,mimpi hanyalah mimpi. And for those yang ada saka, tak bermaksud hampa akan bermimpi pasal semua yang tersenarai. Sebab ianya tak boleh di duga. However, masa bukan tengah tidur pun, ada beberapa benda yang korang kena aware masa hampa tengah terjaga. Sebab, biasanya orang-orang yang ada saka ni akan ada berapa situasi tertentu. Contohnya:


  • Kepala asyik rasa pening. And make it as Migraine.
  • Susah nak buat ibadat.
  • Mudah penat.
  • Selalu rasa sakit di salah satu anggota badan terutama tulang belakang badan.
  • Bila dalam masalah je, terus rasa panik dan cuak.
  • Ada penyakit tertentu.
  • Mudah give up.
  • Amat mudah untuk marah-marah.
  • Sensitive and emo.
  • Selalu rasa macam ada benda kat bawah tapak kaki.


Apa hukum bela saka ek?
Buat member dengan jin under the name of 'khadam' adalah haram dalam Islam yaw. Ni dah dinyatakan dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t. Ertinya


"Dan bahawasanya ada beberapa lelaki dari kalangan manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki dari kalangan jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan." - Surah al-Jin: 6


So yeah, ianya haram. But how if jin tu yang memilih tuan dia? Itu lain cerita. But, if jin tu pilih hampa instead dari adik beradik hmpa, and then hampa terima dia dengan senang hati sambil menggunakan khidmat dia and buat ritual untuk dia, maka hampa baru je berjaya membuat suatu perkara yang syirik. Dengan kata lain, if you guys tahu yang korang ada saka, better cepat buang sebelum dia buat rampage sebab hampa tak nak layan dan beri makanan kat dia.
Dah tahu saka ni haram, dah tu kenapa still ada orang yang bela?


Yaaa. Hampa pun tau yang saka ni menyusahkan. Nak kena buat ritual lah, nak kena lepak-lepak dengan dia lah. Nak kena jaga hati dia lah. Dah tu, kalau tak buat saka tu happy, saka tu mungkin akan rosakkan hidup hampa. Nak bela skandal lagi mudah dari jaga saka. So again, kena ada orang still bela saka?
Protection.
Untuk zaman dulu-dulu, ramai nak pakai saka sebab saka ni dikatakan pentang untuk pertahanan diri. Iye lah, zaman perang Jepun and penjajahan dulu. Masa tu, antara cara paling mudah untuk survive dalam hidup adalah dengan membela saka. So untuk zaman sekarang pun, ada yang pakai saka untuk dapatkan kekebalan.
Superpower
Andai kata hampa tak puas hati kat seorang mamat ni. Mamat ni sapa? Yaa ex hampa. Di sebabkan dia ex hampa, dia tau nak rosakkan hidup hampa ja. Setiap hari dia stalk Facebook hampa then buat cerita buruk tentang hampa kat Twitter dia. And then, hampa rasa panas gila. Apa yang hampa boleh buat? Yeah, hampa boleh suruh je saka or pelesit korang kerjakan mamat tu. Tak der hal. And sure mamat tu akan merana gila.
Kecantikan
And then, kalau hampa rasa susah nak tackle mamat bangla yang handsome kat kilang korang, hampa boleh pertingkatkan kecantikan muka hampa dengan menggunakan saka hampa tu. Kalau hampa malas nak cantikkan diri,hmpa boleh ja gunakan kuasa pengasih.

Perubatan
Some certain saka boleh di guna untuk hilangkan penyakit. Contohnya, bomoh. Ada certain bomoh yang guna saka untuk ubatkan pelanggan dia. Bomoh ni akan baca beberapa mantera and puffff, penyakit tu hilang. But still, ianya haram dalam agama Islam. So, macam mana nak tau pasal bomoh yang guna saka dan bomoh yang guna cara Islam? Senang je. hmpa tengok macam mana dia rawat pesakit dia. Kalau bomoh tu keluar dari bilik yang gelap / tandas untuk berjumpa dengan hmpa, then probabaly yang bomoh tu bukan 'orang' adalah tinggi. Andai kata bomoh tu pakai lilin, then ianya adalah ilmu hitam. And macam-macam lagi lah. Dengan kata lain, jumpa lah ustaz.


Okay Mrs-Who-Knows-Everything. Now tell me bagaimana Saka tu boleh main waris-waris?
Ada banyak sebenarnya saka di wariskan. Ada yang secara direct dan indirect. For direct, tuan saka tu mungkin akan berkata "Jin, nanti bila aku dah mati, kau pi lah kat anak aku. Kau pi kat anak aku yang nombor 4 tu." So, bila si owner jin tu mati, jin tu cepat-cepat pergi kat anak lelaki yang nombor 4 tu. And nak tak nak, terpaksa lah si anak no 4 tu tanggung siksa jaga saka. Lagi siksa kalau dia tak tau apa-apa pun pasal saka. Kan?




As for the indirect waris, ianya lagi simple. Contohnya, pembawa saka tu dah mati. Tapi si mati tu belum sempat 'wasiat'kan saka dia. Bila dia tak sempat nak wasiatkan saka dia, saka tu akan jadi macam bini yang digantung tak bertali. Tak tahu mana hala tuju. Melayang-layang di atas muka bumi. Tak ada belaian kasih sayang. So, bila tak tau nak pi mana, dia cari lah waris kepada owner saka tu. Sebab tu lah banyak kes yang ada orang yang ada saka tapi dia tak tau pun yang dia ada saka.


So, kau kata saka ni haram. Then macam mana nak buang saka ni?
Saka ni, nak buang dia gila lah susah. Mana taknya, dah mak / ayah / nenek / moyang hampa dah buat perjanjian dengan jin-jin ni. Ingat senang ke nak langgar perjanjian? Apa hmpa ingat jin ni macam orang Melayu nak main suka-suka je langgar perjanjian? No way. Kalau ada jin yang mudah-mudah langgar perjanjian, sure dia akan di panggil Jin Melayu. Tapi hingga sekarang still tak ada nama Jin Melayu kan? Haaa. seee? Jin ni, memang pegang pada janji. Memang amat susah nak lari dari dia. So, kalau hmpa nak buang saka, pergi la jumpa Darussyifa'. Aku dengar ceta, ni antara tempat rawatan Islam yang terbaik setakat ni. Sebab kawan aku ada pernah pergi. And katanya ustaz-ustaz kat Darussyifa ni muda-muda semuanya. Bukan je muda malah hensem and suciii ja muka depa. Baru balik dari mesir agaknya.


Now you got good reason to take out your saka at Darussyifa

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template