Wednesday 9 November 2011

It's about L.O.V.E. not G.E.N.D.E.R.

salam gedik girl n boys sekalian. . .

Manusia dilahirkan pelbagai. Pelbagai sifat, sikap, keinginan dan juga nafsu. Sama juga dengan cinta. Seperti yang telah hangat serta gembar gembur diperkatakan dan juga sudah lama dipetik petik oleh para pembaca, hari ini aku nak berbual tentang 'Hubungan Cinta Telarang'.


Seperti yang kita tahu, terdapat 3 jenis Sexual Orientation yang UTAMA iaitu:


- Heterosexual : keinginan terhadap berlawanan jantina
- Homoseksual : keinginan terhadap jantina yang sama
- Transexual : lelaki/wanita yang menukar jantina mereka, tertarik kepada kaum sejenis
(Gender Identity Disorder)


Dan yang semakin berleluasa dan mendapat banyak kutukan dan juga kemunculan para #serbanistas di Malaysia ini ialah Gay, Bapuk, Pondan, Lesbian dan Pengkid.


Pada aku, melalui pengalaman aku yang lepas, aku pernah tengok membe aku sendiri bercinta dengan 2 pengkid dalam tempoh beberapa tahun. Yang pertama, aku rasa bertahan hampir 2 tahun. Yang kedua, dalam kiraan hampir 4 tahun dan still counting. Aku bukan hendak membuka pekung di dada atau memperjuangkan benda yang memang takkan menang. Aku sekadar berkongsi pengalaman hidup.



Aku sendiri memang tiada isu atau masalah dengan lelaki. Aku respect mereka seadanya dan kadang kala mereka sahaja yang kurang respect kaun hawa. Tapi itu bukan pointnya. Aku juga dulu pernah memandang serong kepada kaum Gay, Bapuk, Pondan. Tetapi setelah aku bercampuq dengan mereka, aku rasa tadak yang berbeza antara mereka dengan orang orang straight lain. Ada juga yang lebih baik, berbudi pekerti dan lebih menyayangi kawan dari rakan normal yang lain.

Aku hanya merasakan mereka yang ada hanya bersikap prejudis dan hidup dalam melabel orang orang seperti ini. Sama juga seperti makhluk normal, ada sesetengah dari golongan ini yang kurang menyedapkan mata yang memandang. Yang menimbulkan rasa meluat, sakit hati menyampah dan sebagainya. Aku juga begitu. Ingat tak dak ke segerombolan pengkid dan lesbian, bapuk gay dan pondan yang aku ANTI, yang aku menyampah dan kalau boleh aku nak tanam hidup hidup?


Tetapi apa yang dipertikaikan ialah kenapa golongan sebegini sering dilayan seperti kelas bawahan? Adakah mereka sebelum lahir telah merancang untuk jadi sebegini? Mengikut kajian ini terjadi mungkin kerana permasalah kromosom atau mungkin masalah sosial. Yang mana ianya terjadi atas pengaruh persekitaran. Pada aku, perhubungan yang dijalin bukan dasar nafsu. Ianya lebih kepada perkongsian dan pemahaman. Pernah dengar kan nafsu yang pelbagai? Ada orang mempunyai keinginan terhadap kanak-kanak 8 tahun ke bawah, ada juga pada bayi, ada juga pada binatang. Contoh :


NECROPHILIA

-keinginan bersetubuh dengan mayat. IShhhh.. ni memang betul betul gila.


OPHIDICISM
-kegiatan seks ransangan dari haiwan haiwan reptilia seperti ULAR. Damnnn!!


GYNOTIKOLOBOMASSOPHILIA
-Tidak kisah kalau anda tak boleh mengeja istilah super panjang dan rumit ini.yang penting anda tahu ertinya,bahwa orang ini mempunyai kegemaran seksual memasukkan anunya ke dalam telinga pasangannya,cukup tidak cukup. perghhhh..

Semuanya pelbagai kan? Aku just tak nak orang asyik menilai. Orang asyik ingin menjadi Tuhan, menentukan hang, hang hang dan hang ke syurga. Yang lain ke neraka. Aku tak pernah berniat nak menghalalkan cara, tetapi aku percaya kepada perubahan dari dalam. Aku yakin semua yang terjebak sudah tahu baik dan buruknya perkara tersebut, jadi aku harap kita bersama sama berdoa agar semuanya mendapat hidayah yang cukup.


Pada aku, jangan layan mereka semua dibawah telapak kaki. Point utama hanyalah setiap insan ingin mencintai dan dicintai. Tidak kira apa pun, masing masing ada cara sendiri. Ya, golongan tersebut kalah pada segala hadis serta hukum hakam tapi harus sampai bila? Bagi mereka peluang untuk hidup dan terus bernafas di bumi Allah ini kerana Dia sahaja yang berhak melimpahi dengan hidayah dan Nur-nya.


Siapa KAU, KAU dan KAU yang berhak menetukan yang KAU lebih MULIA dari DIA, DIA dan DIA?
Aku malas nak terpekik terlolong memperjuangkan apa yang ada. Aku hanya berdiri untuk menyuarakan pendapat daripada kawan kawan aku yang berada di kelompok yang serong sana tu. Mungkin kawan kawan aku yang lesbian itu lebih bahagia daripada isteri yang menjadi mangsa kekejaman suami dan mungkin juga kawan kawan gay aku itu lebih setia daripada suami mu yang berskandal tanpa pengetahuan isteri. Aku cuma rasa kita semua manusia dan di sisi Allah kita semua sama, tiada yang berbeza melainkan yang benar benar beriman kepadaNya.




Dan sesungguhnya CINTA membuat kita buta tanpa mengira jantina, agama, warna kulit, umur, kedudukan dan sebagainya. Aku taknak kau semua sedap melalak dan alpa mendabik dada, esok lusa hang jugak yang bermain bontot. Salah sapa? HAHA *gelak evil*


Yang beragama Islam, jangan nak menggedik terpikir nak 'GAY MARRIAGE' sangat. Hang nak kena panah petir ke apa?




*mampuih aq buh penampaq jepun secara beramai ramai*

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template