Monday 21 November 2011

ISTIDRAJ :: Jangan Kecewa Kalau Hidup Tak Best


Heloooo ahli-ahli SPM yang tension dengan study sekalian. Dah ready nak fail SPM or FINAL EXAM?

Dekat FACEBOOK, aku tengok ramai gila post pasal SPM. Ada yang post tentang motivasi tentang SPM, ada yang post tentang tips untuk berjaya dalam SPM dan ada yang post troll cara untuk fail dalam SPM.

But out of all, aku perasan ada yang complain pasal ketensionan ketika study untuk SPM. Ada yang bising-bising pasal:


"Apasal aku study tak masuk-masuk? Jealous la dengan kawan aku ni. Study sikit dah masuk."


"Aku baca topik satu, lupa topik dua. Aku baca topik dua, lupa topik tiga. Macam mana ni?"


"Aku hari-hari makan kismis and berdoa supaya otak aku mudah pickup. Tapi tak jugak."


Well, pernah tak korang terfikir kenapa hidup hampa amat SUCKS? Pernah tak hampa pikiaq pasaipa orang yang tak solat tapi setiap kali test, final exam, or SPM result dia jauh lagi tinggi dari hampa yang struggle dan beribadat all the time? Pernah tak hampa rasa cemburu dengan roomate yang asyik main game tetapi setiap kali final exam dia score the highest? Pernah tak hampa sakit hati bila hampa giving out all you have but at the end, the laziest yang mendapat straight A dalam SPM or dekan in FINAL EXAM? Sakit hati tak bila tengok orang-orang yang tak berusaha tapi bila buat sesuatu pekerjaan, dia boleh sebut alhamdulillah tapi bila kita tengok hasil usaha kita, kita nak sebut syukur pun teresak-esak? Why? Sebab takdir?


Pernah tak hampa berpegang dengan kata-kata guru hampa yang bekata "Orang MENIRU tak akan berjaya dalam final exam dan SPM" Tapi bila balik ke realiti, orang yang meniru dah berada di puncak kejayaan sedangkan hampa yang percaya kepada usaha sendiri, melutut tanpa nampak sebarang cahaya dari masa depan?

Where the fuuu is the real things? Do something good will ruin your life while be a bad person brings you the happiness?

The fact is, shit is always around us. And so does with the Istidraj.




Mungkin hampa tertanya-tanya, what the fuuu is Istidraj?
Anak orang kaya, hari-hari main perempuan. Ayah dia hari-hari minum. Mak dia pun sama. Tapi hidup depa amat cool. Hidup depa amat happy. Apa yang depa nak, semua depa dapat. Anak-anak depa, PMR dan SPM semua straight A. Perjalanan hidup depa amat mudah. But why? Pasaipa orang yang buat larangan Tuhan asyik dapat kebahagian hidup? Yes, itu adalah Istidraj. Istidraj bermaksud suatu kenikmatan yang Allah bagi untuk kasi depa makin lalai. Semakin banyak nikmat yang Tuhan kasi, semakin hina lah depa di sisi Tuhan.


So, here is the tricky question.
Adakah kita perlu jadi jahat untuk menikmati hidup ni? Apa guna kita hidup kalau dah semua yang kita nak kita tak akan dapat? Adakah kita berusaha untuk something yang tak wujud? Adakah kita bersusah payah terhadap sesuatu yang memang tak akan kita miliki?



Istidraj, the only harapan untuk orang-orang yang susah terus hidup. Why? Sebab orang Melayu mudah sangat jealous. Nampak orang berjaya sikit, terus dengki. Setiap kali aku nampak orang berjaya dengan cara betul, aku respect dia. Tapi setiap kali aku nampak dia berjaya dengan cara yang menipu / buat jahat tapi berjaya dalam hidup, aku cuma boleh kata "Itu mungkin Istidraj".


How about Hikmah?Aku teruk dalam study. Amat-amat teruk. Tapi aku amat jarang meniru. Of course la aku ada meniru. Tapi setakat ni, tak pernah lagi aku bawak kertas atau toyol ke dalam hall peperiksaan. Actually, dulu aku ada nak bawak. Tapi ada seorang brader yang bernama *****yang kata haram meniru ketika exam, tak berkat. So, aku tak bawak toyol. Aku tak meniru, aku study hard gila-gila. Tapi result? Result macam sial. Well, dalam kes ni, orang akan kata:


"Relax ah, mungkin ada hikmah"
Aku pandang dia dan berkata "Hikmah? Hikmah your head." Aku study gila-gila, hang meniru boleh ah cakap macam tu nak-nak bila result gempak gila. But guess what? Yeah, ada hikmahnya. Aku sedaq aku amat bad la jugak dalam study so, aku fokuskan pasal benda lain. Which is blog.


Ignore orang untuk mencapai kejayaan.
And hampa tau tak pasal Wikipedia? Ya, Google di ranking nombor 1 dunia. Facebook adalah di ranking nombor dua. Dan Wikipedia adalah nombor 7. Di wikipedia, setiap orang boleh menulis dan submit apa yang dia tahu. Well, hampa tau tak macam mana wikipedia ni wujud?

Wikipedia di ciptakan oleh seorang mamat yang ingin membina sebuah platform dimana setiap orang boleh menulis apa-apa sahaja info yang dia tahu tapi dia tak akan dapat bayaran dari apa yang dia tulis tu. Dan tahu tak apa masalah yang mamat ni dapat masa hendak mambuat Wikipedia? Dia dapat tentangan seperti:


"Eh wait, siapa yang akan tulis tentang info dan fakta tanpa dapat sebarang bayaran dan credits?"


Yeah, kalau hampa pun, hampa sure akan berfikir macam tu kan? Tapi tengok lah sekarang. Wikipedia ranked as #7 most visited site in the world. Yeah, expect the unexpected. Buat something yang orang tak duga. Just because hampa teruk dalam study (macam *****) tak bermaksud hampa akan gagal dalam hidup. (Rasanya dah penat aku ulang ayat sama macam ni. Tapi ramai still tak faham.) Well ya, aku tau yang manusia menilai orang based on a stupid piece of paper yang dipanggil "Result Final Exam" or "Result SPM". But, that is nothing actually.

So, kalau hampa nampak kawan-kawan hampa yang tak pernah solat, tak pernah puasa tapi dia dapat jawab soalan SPM dan final exam dengan senang, hampa relax je. Aku cakap ni based on pengalaman. Aku pernah berada di tempat hampa. Itu semua mungkin Istidraj. Mungkin Mesti ada hikmah di sebaliknya. Hampa hanya perlu play it cool.


Dan sebenarnya, jangan terlampau bergantung kepada SPM. SPM hanya penting untuk zaman remaja. Tapi after that, orang dah tak pandang SPM dah. And then, kalau result SPM hampa gempak, hampa ingat senang ke nak sambung dah success di IPT? Berapa ramai yang kini bekerja based dari apa yang dia belajar? Belajar Electrical tapi jadi boss di kilang gam (My uncle). Ambil course accounting, tapi buka saloon sendiri (My senior friend). Banyak benda di dunia ni yang kita tak akan sangka. Dan kadang-kadang, bidang yang kita kerja dan yang kita minat tu, tak berkaitan pun dengan bidang yang kita belajar.



Look at Mark Zuckerberg, Bill Gates, Steve Jobs and Michael Dell. Depa dropout and berhenti dari kolej dan jadi jutawan. How depa boleh jadi kaya? Maybe sebab depa buat seperti apa yang di tulis dalam "If You Want To Be Rich And Happy, Dont Go To School." Maksudnya, jangan rely on satu benda sahaja. Buat apa yang hampa minat dah surely hampa akan berjaya.

Okay maybe hampa boleh kata dia dia tu genius sebab tu depa boleh berjaya. Ada ke orang yang tak genius, tak belajar tinggi-tinggi tapi berjaya dalam hidup?

Yaa. Amat banyak. Ada yang berjaya hanya dengan mengembangkan perniagaan family. Ada yang berjaya dengan membuka perniagaan bundle. Dan ada yang berjaya dengan bakat yang tersendiri. Setiap orang ada bakat dan kelebihan yang tersendiri. Tak kira la betapa sucknya hampa, suatu hari nanti hampa akan jumpa something yang hampa really good at.

Point of this entry; study untuk SPM dan final exam tu, jangan la sampai tension-tension. Kalau hampa amat-amat bad dalam study, then maybe ada reasonnya yang tersendiri. Don't lose faith on God.





Life loves to play with us. So, play with the life and win the game.

SPM is just something, not everything.

0 Comments:

Post a Comment


 
LensaNuNa Blogger Template by Ipietoon Blogger Template